MODUL BAHASA MELAYU STF TAHUN 2008 SEKAPUR SIRIH
MODUL BAHASA MELAYU STF TAHUN 2008
SEKAPUR SIRIH Modul ini mengandungi elemen-elemen kurikulum yang berfokuskan kepada penambahbaikan dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran tersebut. Set-set bimbingan dan panduan merangkumi kelemahan-kelemahan murid, panduan guru, dan contoh kemahiran serta aktiviti sesuatu topik dalam bentuk yang mudah dan sesuai untuk murid tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, diharapkan melalui modul ini masalah pembelajaran mereka di peringkat awal dapat diatasi bagi kepentingan kemajuan pelajaran mereka seterusnya. Semoga penghasilan modul ini dapat membantu semua pihak menjayakan Skim Tuisyen Felda untuk mengurangkan jurang pencapaian antara murid yang berkemampuan dengan yang kurang berkemampuan dan kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat yang lebih tinggi akan meningkat.
CIRI-CIRI MODUL 1. Membantu guru-guru STF menjalankan P&P dengan lebih berkesan. 2. Membantu murid yang lemah memperoleh penguasaan minimum dalam setiap elemen bahasa. 3. Cadangan aktiviti yang disediakan, guru boleh mengubahsuai mengikut keperluan pelajar. 4. Soalan-soalan yang diagihkan kepada pelajar untuk tujuan latihan perlu dibincang bersama pelajar berpandukan teknik menjawab dengan betul.
KANDUNGAN TATABAHASA PEMAHAMAN PENULISAN
Menggunakan imbuhan yang tepat. • me : l, m, n, ng, ny, r, w • mem : b, “p”, “f” • men : c, d, j, “t” • meng : a, e, i, o, u, g, h, “k” • meny : “s” • menge : (cat, pos, lap, tin) * fkspt – Fatimah kalau sakit pergi tidur
Menggunakan ejaan yang betul. Contoh: Salah Betul bersa besar menaikan menaikkan keelokan berkerja bekerja dielakan dielakkan cermelang cemerlang
Imbuhan (i) dan (kan) • Selepas imbuhan (i) mestilah bertemu dengan kata nama benda yang hidup. • Selepas imbuhan (kan) mestilah bertemudengan kata nama benda yang tidak hidup. • Contoh: • Cikgu menghadiahi Ali sebuah buku. • Cikgu menghadiahkan sebuah buku kepada Ali.
Kesalahan Struktur Ayat • Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda. • Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan anda. • Dia tidak terlibat di dalam urusan itu. • Dia tidak terlibat dalam urusan itu. • Di masa ini saya berada di dalam kandungan sihat. • Pada masa ini saya berada dalam keadaan sihat.
Kesalahan Perbendaharaan Kata • Dia menerima sepucuk surat dari abangnya. • Dia menerima sepucuk surat daripada abangnya. • Dia datang bila dipanggil. • Dia datang apabila dipanggil. • Banyak orang berkelah di pantai itu. • Kebanyakan orang berkelah di pantai itu.
Kesalahan Perbendaharaan Kata • Adik saya sudah boleh membaca buku cerita. • Adik saya sudah dapat membaca buku cerita. • Di zoo negara terdapat berbagai jenis haiwan. • Di Zoo Negara terdapat berbagai-bagai jenis haiwan.
Kesalahan Perbendaharaan Kata • Banyak pengguna-pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang disediakan. • Kebanyakan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang disediakan. • Di waktu itu umurnya baru sepuluh tahun. • Pada waktu itu umurnya baru sepuluh tahun.
Kesalahan Susunan Ayat • Cuaca hari ini sangat panas sekali. (kata penguat) • Cuaca hari ini sangat panas. • Saya suka durian. (KA+KN+mesti ada kata sendi). • Saya suka akan durian. • Datuk suka makan goreng pisang. (Hukum DM) • Datuk suka makan pisang goreng.
Kesalahan Tanda baca • • • “Amboi! Cantiknya baju awak, ” kata Ali. “Amboi , cantiknya baju awak!” kata Ali. Eh, bilakah awak balik kumar! Eh! Bilakah awak balik, Kumar? Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “faedah membaca. ” Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Membaca”.
Kata Pameri “ialah” dan “adalah” • Ialah : digunakan jika bertemu dengan kata nama atau kata terbitan. Biasanya hadir di hadapan frasa nama atau terletak di tengah-tengah ayat. • Adalah: hadir di hadapan frasa adjektif dan ada juga di hadapan frasa sendi nama. Adalah tidak boleh bertemu dengan kata kerja dan tidak boleh bertemu bersama dengan kata nafi.
Kata majmuk yang telah mantap • • • antarabangsa sukaneka kakitangan matahari tanggungjawab setiausaha kerjasama olahraga jawatankuasa beritahu bumiputera • • suruhanjaya warganegara pesuruhjaya tandatangan
Rangkai kata bebas • • cita rasa temu janji alat tulis terima kasih jalan raya bandar raya tengah hari ibu bapa • reka cipta • mata pelajaran • atur cara
Panduan Menjawab Soalan Pemahaman Teks • Gunakan teknik membaca. • Semasa membaca petikan , garis isi, perkataan, dan rangkai kata yang penting. • Semasa menjawab carilah maklumat yang berkaitan dengan soalan serta garis dan letakkan no. soalan. • Pilih jawapan yang tepat serta menjurus kepada teks/tajuk. • Bagi soalan yang memerlukan pelajar memberi makna perkataan atau ungkapan, pilih jawapan mengikut konteks ayat.
PENULISAN BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. bermain gelongsor bermain buaian memanjat bermain jongkang -jongkit menunggang basikal
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. mengelap tingkap memadam papan hitam mengangkat pasu menyapu sampah menolong guru
a siap apa (kata kerja/aktiviti) keterangan di mana bila/bagaimana Ali dan Siti bermain buaian Encik Aziz menunggang basikal Abu memanjat tangga Ani dan adik lelakinya bermain di taman jongkang-jongkit permainan dengan gembira Faiz dan kawannya bermain gelongsor pada waktu petang di taman permainan di hadapan taman di taman permainan pada waktu petang pada setiap petang dengan berhati -hati
MEMBINA AYAT 1. Ali dan Siti sedang bermain buaian di taman permaian 2. pada waktu petang. 3. 2. Encik Aziz selalu menunggang basikal di hadapan taman 4. permainan pada setiap petang. 5. 3. Abu memanjat tangga besi di taman permaianan dengan 6. berhati-hati. 7. 4. Ani dan adik lelakinya sedang bermain jongkang-jongke 8. dengan gembira. 9. 5. Faiz dan kawan-kawannya bermain gelongsor di taman 10. permainan.
Kawan-kawan menghadapi masalah: Aku ! !! a w e Kec • Karangan terpesong ? • Sukar mencari idea/ isi ? Saya sedia membantu Ingin tahu caranya ? Gunakan MAS BBD
MAS BBD Apa dia? MAS BBD tu Singkatan Kata Tanya M: Mengapa A: Apa S: Siapa B: Bila B: Bagaimana D: Di mana
Mengapa perlu MAS BBD ? Sebabnya… • Cara terpantas menjana idea • Idea / isi tepat dan padat • Mengarang dengan tenang dan yakin • Peluang skor A amat cerah
APLIKASI MAS BBD ( Sebagai Pemangkin Penjanaan Idea Penulisan Efektif ) OBJEKTIF Melatih murid menggunakan metakognisi yang sesuai sebagai panduan untuk membina pelan karangan dengan cepat, tepat, dan padat. Meminimakan kebergantungan murid kepada guru dalam menangani cabaran penjanaan idea karangan. Memberikan pilihan kepada guru untuk mengajarkan Karangan secara berfokus dan berfikrah khususnya dalam aspek penjanaan idea.
• Pada sesuatu soalan terkandung petunjuk tentang: - Jenis & Format ( JF ) - Tajuk & Sasaran Isi ( TS ) Tulis laporan tentang pertandingan syarahan di sekolah kamu. J T S F
LANGKAH 1: Kenali tajuk karangan CARANYA : Tanya – Nak tulis tentang apa? CONTOH: Ceritakan lawatan kamu ke Melaka. T dan S LANGKAH 2: Kenali Sasaran Isi UMUM KHUSUS CARANYA : Uji tajuk dengan klu MASBBD
LANGKAH 3: Kenali jenis karangan CARANYA : Tanya – Apa tugas saya? CONTOH: Ceritakan lawatan kamu ke Melaka. JENIS : Cerita/ Keperihalan LANGKAH 4: Kenali format karangan CARANYA : Tanya – umum atau khusus?
Tajuk Sasaran Isi Sukan Tahunan di Sekolah Saya umum Klu Isi MAS BBD 1 Bila sukan? 1 B: Minggu lepas 2 Di mana diadakan? 2 D: Padang sekolah 3 Mengapa adakan? 3 M: Cungkil bakat 4 Siapa anjurkan? 4 S: PIBG 5 Apa acara? 5 A: Pelbagai acara 6 Bagaimana perjalanan? 6 Bg: Meriah
Tajuk Sasaran Isi Faedah Sukan Kepada Pelajar khusus Klu Isi A 1 Bila faedah sukan? 1 Pd: Sukan penting 2 Siapa faedah sukan? 2 A 1: Kesihatan 3 Apa faedah sukan? 3 A 2: Cungkil bakat 4 Mengapa faedah sukan? 4 A 3: Pupuk semangat 5 Bila faedah sukan? 5 A 4: Perpaduan 6 Bg faedah sukan? 6 Pn: Jadikan amalan
Tajuk Berkelah di Pantai Tajuk Aktiviti Semasa Berkelah 1 B Bulan lepas 1 Pd BDSM 2 D Batu Hitam 2 A 1 Mandi-manda 3 M Bersantai 3 A 2 Bina istana pasir 4 S Keluarga 4 A 3 Kutip siput 5 A Pelbagai aktiviti 5 A 4 Berkanu 6 Bg Gembira 6 Pn Gembira
Sukan Tahunan di Sekolah Saya Faedah Sukan Kepada Pelajar Sasaran : Umum Klu Isi : MAS BBD Sasaran : Khusus Klu Isi : Apa 1 B: 2 D: 3 M: 4 S: 5 A: 6 B: 1 Pd: Sukan penting 2 A 1: Kesihatan 3 A 2: Pupuk semangat 4 A 3: Cungkil bakat 5 A 4: Perpaduan 6 Pn: Jadikan amalan Minggu Lepas Padang sekolah Kesihatan PIBG Pelbagai acara Meriah
PENJANAAN IDEA SOKONGAN SASARAN UMUM B Minggu lepas KETERANGAN MASA Sabtu 18 Februari 8: 00 pagi 2: 00 petang Pihak sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan pada minggu lepas. Sukan itu berlangsung pada hari Sabtu, 18 Februari 2006. Majlis tersebut bermula pada pukul 8. 00 pagi dan tamat pada pukul 2. 00 petang.
Hatiku tersentuh apabila menatap album yang mengandungi gambarku sejak bayi lagi. Segala peristiwa digambarkan dalam foto-foto tersebut. Antaranya ialah majlis hari jadi, hari pertamaku ke sekolah, hari perayaan, melancong ke tempat-tempat menarik dan banyak lagi. Semasa mengamati gambar-gambar tersebut, aku menyedari betapa bertuahnya diriku kerana mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab dan menyayangiku. Tiba-tiba air mataku mengalir membasahi pipi. Aku menghargai pengorbanan merekamembesar dan menjagaku bagai menatang minyak yang penuh. Jasa mereka akan kubalas dengan menurut kata mereka, belajar bersungguh-sungguh danmenggembirakan mereka selalu. Tanpa sedari, ibu dan bapaku berada di sisiku.
Taman Seri Lambak merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup dengan harmoni. Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkang supaya pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat menjadikan tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman. Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat.
TEKNIK 5 K Kita Kita perlu patut digalakkan mesti wajar kebersihan bersatu padu mengenali jiran kesihatan menabur bakti sekiranya apabila jika agar
MENULIS ULASAN Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal kita. Kita juga patut hidup bersatu padu supaya negara kita aman. Kita digalakkan mengenali jiran-jiran berdekatan agar dapat merapatkan hubngan silaturahim. Kita mesti menjaga kesihatan diri supaya sentiasa sihat. Selain itu kta wajar menabur bakti.
PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK Bahagian A Bahagian B Bahagian C 10 markah 30 markah 20 markah Jumlah 60 markah
Bahagian A: 10 MARKAH: 15 MINIT • Memahami dan memindahkan maklumat. A B C D CEMERLANG BAIK MEMUASKAN MINIMUM CADANGAN MARKAH: 8 – 10 6– 7 3– 5 0 -2 1. Ayat jelas 2. Menepati grafik 3. Kosa kata sederhana 4. Sedikit kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan 1. Ayat mudah. 2. Sesuai dengan grafik 3. Kosa kata terhad 4. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan 1. Ayat gramatis 2. Menepati grafik 3. Kosa kata luas 4. Tanda baca, ejaan dan imbuhan tepat tanpa kesalahan. 1. Ayat terpesong 2. Tidak sesuai dengan grafik 3. Kosa kata tidak sesuai 4. Tidak menguasai tanda baca, ejaan dan imbuhan.
Bahagian B: 30 MARKAH: 40 MINIT • Kemahiran menulis karangan berformat/tidak berformat. A B C D CEMERLANG BAIK MEMUASKAN MINIMUM CADANGAN MARKAH: 24 – 30 16 -23 08 – 15 00 - 07 1. Penyampaian menarik 2. Pengolahan idea cemerlang 3. Ayat gramatis 4. Kosa kata yang luas 5. Tepat penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan. Tiada sebarang kesalahan. 6. Penyampaian jelas 7. Pengolahan idea baik 8. Ayat menarik 9. Kosa kata sederhana 10. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan 11. Penyampa ian ringkas dan mudah 12. Pengolahan idea dasar sahaja 13. Ayat dasar 14. Kosa kata terhad 15. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan 16. Penyampaian terpesong 17. Pengolahan tiada kaitan 18. Ayat tidak difahami 19. Kosa kata tidak sesuai 20. Tidak menguasai kemahiran tanda baca, ejaan dan imbuhan.
Bahagian C: 20 MARKAH: 20 MINIT • Memahami dan mengulas. A B C D CEMERLANG BAIK MEMUASKAN MINIMUM CADANGAN MARKAH: 16 – 20 11 – 15 5 – 10 0 -4 1. Ulasan jelas dan tepat 2. Ayat jelas 3. Sesuai dengan bahan ransangan. 4. Kosa kata sederhana 5. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan 1. Ulasan jelas. 2. Ayat mudah dan ringkas 3. Sesuai dengan bahan rangsangan 4. Kosa kata terhad 5. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan 1. Ulasan jelas, tepat dan menarik 2. Ayat gramatis 3. Menepati bahan rangsangan 4. Kosa kata yang luas 5. Tepat penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan. 1. Ulasan terpesong 2. Ayat tidak difahami 3. Tidak sesuai dengan bahan rangsangan 4. Kosa kata tidak sesuai 5. Tidak menguasai tanda baca, ejaan dan imbuhan.
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI AHLI PANEL: PUAN NORFAIZAH BINTI AHMAD ENCIK MOHD NASIR BIN JAAFAR PUAN AZIZAH BINTI SAID PUAN NORMAH BINTI OSMAN ENCIK ABDUL KADIR BIN OTHMAN ENCIK MAT DIN BIN KADIR SK BUKIT BERINGIN SK HUTAN PERCHA SK KEMENDOR SK MENGGONG SK FELDA BUKIT SENGGEH SK CHINCIN
- Slides: 44