MODUL 9 KEHAMILAN YANG TIDAK DIINGINKAN Objektif Kehamilan
MODUL 9 KEHAMILAN YANG TIDAK DIINGINKAN
Objektif • Kehamilan yang tidak diinginikan • Pengguguran yang tidak selamat • Kesan-kesan pengguguran tidak selamat • Undang-undang dan etika pengguguran kandungan di Malaysia
Pengenalan Kehamilan yang tidak diinginikan boleh berlaku kepada sesiapa saja – gadis bawah umur, remaja dan orang dewasa. Pengguguran yang tidak selamat boleh membawa maut. Pengetahuan tentang menyelamatkan nyawa. pengguguran boleh
Sudahkah anda bersedia untuk hamil? Kebanyakan wanita ingin hamil. Adalah lebih sesuai sekiranya kehamilan ini berlaku apabila seseorang itu bersedia untuk mempunyai anak dan mampu untuk menjaga anak mereka dengan baik. Namum ada juga wanita yang hamil tanpa dirancang. Ini mungkin disebabkan ◦ kegagalan kontraseptif/perancang keluarga ◦ tidak menggunakan pencegah kehamilan seperti kondom ketika mengadakan hubungan seks
Kehamilan yang tidak diinginkan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Malaysia melaporkan sebanyak 115 kes pembuangan bayi, pada tahun 2010. • Mengapakah ini berlaku? • Mengapakah ibu dan bapa sanggup membuang bayi mereka? • Mungkinkah mereka sebenarnya tidak ingin hamil Tanda kehamilan Tanda pertama kehamilan adalah tidak didatangi haid Lakukan ujian air kencing. Alat ujian air kencing kehamilan boleh dibeli di mana-mana farmasi Sekiranya ujian positif, wanita berkenaan harus berjumpa doktor untuk mengesahkan keputusan kehamilan.
Apakah pilihan bagi kehamilan yang tidak diinginkan? TIGA PILIHAN: • Melahirkan kandungan dan menyerahkan bayi kepada ibubapa angkat. • Melahirkan kandungan dan menjaga sendiri anak yang dilahirkan • Pengguguran – Di sisi undang-undang Malaysia, pengguguran boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kesihatan sahaja. Ianya mesti dilakukan oleh doktor yang berdaftar.
Bagaimana hendak membuat keputusan? ? ? Hanya anda yang boleh membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda Dapatkan maklumat mengenai semua jenis pilihan yang ada. Berkongsi maklumat dan berbincanglah dengan pasangan anda atau seseorang yang boleh anda percayai. Keputusan adalah di tangan anda!
Kaedah pengguguran yang selamat Pengguguran selamat dilakukan oleh pengamal perubatan yang terlatih dalam keadaan yang selamat dan bersih Ianya boleh dilakukan melalui kaedah pembedahan (biasanya aspirasi vakum) atau secara medikal (penggunaan pil) Di sisi undang-undang pengguguran hanya boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kesihatan sahaja dan perlu dilakukan oleh doktor yang berdaftar.
Pengguguran tidak selamat Selalunya dilakukan secara rahsia oleh pengamal tradisional atau seseorang yang tidak mahir atau diri sendiri. Menggunakan cara yang merbahaya dan tidak bersih. Kaedah pengguguran tidak selamat termasuk meletakkan sesuatu ke dalam vagina (seperti penyangkut baju) atau pengambilan ramuan tradisional, termasuk racun.
Kesan pengguguran tidak selamat Risiko terbesar pengguguran tidak selamat adalah jangkitan kuman (infeksi) yang boleh membawa maut. Pengguguran tidak selamat juga boleh menyebabkan pendarahan, trauma di bahagian faraj dan jangkitan kuman pada saluran reproduksi yang boleh menyebabkan kemandulan.
Pembelian Pil Secara Online Terdapat banyak pil pengguguran yang dijual melalui media sosial. Pengambilan pil yang tidak berdaftar yang dibeli melalui Facebook/ Whats. App/ Instagram mempunyai risiko yang teramat tinggi kerana kandungan sebenar dalam pil tersebut tidak diketahui. Sekiranya anda ingin mencari sebarang ubat atau maklumat, pastikan ianya daripada doktor atau laman sesawang yang boleh dipercayai.
Undang-undang dan etika pengguguran di Malaysia Undang-undang Malaysia yang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan menerangkan dengan jelas bahawa pengguguran boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dalam situasi 1 -3 di bawah. Sesetengah pakar undang-undang berpendapat apabila terdapat situasi 4 dan 5, iaitu rogol, sumbang mahram atau kemerosotan janin, kes-kes seperti ini akan diliputi dalam situasi 3. 1. Untuk menyelamatkan nyawa wanita hamil 2. Untuk memelihara kesihatan fizikal 3. Untuk memelihara kesihatan mental 4. Rogol atau sumbang mahram 5. Kemerosotan janin
Video: Abortion or Baby - Before You Decide
Mesej Penting Seorang wanita yang hamil tanpa keinginannya mempunyai 3 pilihan: qpenyerahan bayi kepada ibu bapa angkat, menjadi ibu atau melakukan pengguguran Hanya wanita yang hamil boleh membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri. Pengguguran selamat dilakukan oleh pengamal perubatan yang terlatih dalam keadaan yang selamat dan bersih. Pengguguran boleh di lakukan oleh doktor yang berdaftar atas sebab kesihatan bagi menyelamatkan nyawa seseorang wanita.
Kehamilan Tidak Diingini Pengguguran Tidak Selama. T
Terima Kasih
- Slides: 16