MODUL 10 KEGANASAN SEKSUAL OBJEKTIF Mengenalpasti Perhubungan yang
MODUL 10 KEGANASAN SEKSUAL
OBJEKTIF: Mengenalpasti: • Perhubungan yang sihat dan yang tidak sihat • Gangguan dan Penderaan seksual • Rogol dan sumbang mahram • Kesan penderaan seksual • Melindungi diri daripada penderaan seksual • Sumber bantuan
PENGENALAN Perhubungan sihat Perhubungan tidak sihat Perhubungan berunsur penderaan
PERHUBUNGAN SIHAT DAN TIDAK SIHAT Tidak sihat Sihat • • • Menyayangi Menghormati Menyokong Berkomunikasi Bertolak-ansur • • • Konflik Iri hati Tidak sensitif Berprasangka Tidak jujur Penderaan • • • Mengawal Menyakiti Mengkritik Menuduh Memarahi
PERSETUJUAN/KEBENARAN (CONSENT) • Persetujuan/ kebenaran bermaksud memberi dan menerima “Ya” daripada kedua-dua pihak yang terlibat. • Jika anda tidak dengar perkataan “Tidak”, ini tidak bermaksud “Ya” • Pastikan kedua-dua pihak memberi kebenaran yang sah pada setiap masa! Persetujuan/ Kebenaran adalah: 1. berdasarkan kebebasan untuk memilih 2. sesuatu yang aktif, bukannya pasif 3. suatu proses 4. berdasarkan persamaan kuasa dalam hubungan
GANGGUAN SEKSUAL • Lisan dan fizikal yang berunsur seksual • Memanggil nama seksual, tekanan untuk dating, komen seksual • SMS perkataan lucah, gambar dan video lucah • Adalah salah di sisi undang-undang
PENDERAAN / KEGANASAN SEKSUAL Mengikut World Health Organization (WHO) keganasan seksual, termasuk: • Rogol • Kelakuan seksual tanpa kebenaran • Penderaan seksual kanak-kanak • Perkahwinan paksa atau bersedudukan, termasuk perkahwinan anak-anak • Menolak penggunaan kontrasepsi atau alternatif lain untuk melindung diri daripada penyakit jangkitan seks • Pengguguran secara paksa • Kelakuan ganas terhadap integriti seorang wanita, seperti pencacatan genitalia wanita dan memeriksa keperawanan wanita. • Memaksa kerja seks dan penyuludupan manusia untuk tujuan exploitasi seksual
ROGOL • Rogol - Penembuasan seksual (penembusan faraj, dubur menggunakan mana-mana anggota badan, organ seks atau objek ke dalam mulut) tanpa kebenaran. • Sekiranya anda di bawah 16 tahun, perbuatan seks dengan ATAU tanpa kebenaran anda adalah rogol statutori. • Rogol adalah satu jenayah!
JENIS ROGOL • Rogol Kenalan - Keganasan seksual yang dilakukan oleh seseorang terhadap orang yang dikenali. • Perogol mungkin seorang rakan, jiran, majikan, rakan sekerja, atau sesiapa sahaja yang dikenali. • Rogol Orang Luar - Keganasan seksual yang dilakukan oleh seseorang terhadap orang yang tidak dikenali. • Boleh berlaku di tempat sunyi • Perogol memecah masuk ke dalam rumah mangsa • Perogol memulakan pengenalan dengan mangsa (secara bersendirian atau melalui online), mendapatkan kepercayaan mereka, mengajak mereka bertemu dengan niat untuk melakukan rogol.
JENIS ROGOL • Rogol dalam Hubungan Intim - Rogol ketika berada dalam hubungan seperti pasangan yang sedang berpacaran/suami isteri. • Rogol Secara Berkumpulan - Sekumpulan (dua atau lebih) perogol merogol seorang mangsa. • Rogol Menggunakan Dadah. Pengggunaan dadah untuk merogol dilakukan dengan memasukkan dadah ke dalam minuman mangsa. • Ini dilakukan tanpa pengetahuan mangsa dengan memberikan “sedative”/ ubat tidur agar mangsa menjadi keliru atau pengsan.
• Video: Rogol adalah rogol; Tiada Alasan, AWAM Rogol Adalah Rogol, Tiada Alasan. Sebarkan!!. wmv
SUMBANG MAHRAM • Sumbang mahram adalah hubungan seksual antara ahli keluarga atau mempunyai pertalian darah melalui perkahwinan. • Kebanyakan pelaku penderaan seksual kanak-kanak adalah terdiri daripada ahli keluarga sendiri (Bapa kandung, bapa tiri, bapa saudara, datuk, . . . ). • Sumbang mahram boleh mendatangkan impak yang negative dalam jangka panjang kepada mangsa.
KESAN PENDERAAN SEKSUAL • Kepercayaan terjejas dalam suatu hubungan • Rendah keyakinan diri • Mimpi buruk • Gangguan emosi • Penyakit jangkitan seks • Kehamilan - Mangsa rogol boleh mengambil Emergency Contraceptive Pill dalam masa 3 hari selepas aktiviti seks.
BAGAIMANA HARUS SAYA MELINDUNGI DIRI DARIPADA KEGANASAN/PENDERAAN SEKSUAL? • Setiap individu tidak kira lelaki atau wanita berhak untuk berasa selamat. • Anda berhak mengatakan ‘TIDAK’ atau ‘TAK NAK’ • Tiada sesiapa boleh memaksa anda untuk melakukan aktiviti seks tanpa kebenaran anda terdahulu. • Tiada sesiapa boleh menyentuh anda dengan apa cara yang menimbulkan anda rasa tidak selesa – bukan ibu, ayah, mak cik, pak cik, guru atau pun rakan. • Badan anda adalah hak anda sahaja dan anda berhak untuk menolak ajakan orang lain. • Sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan, anda haruslah melaporkan hal ini kepada seseorang yang boleh dipercayai (guru, kaunselor, talian pantas (hotline)).
STRATEGI PERLINDUNGAN • Tetapkan Batasan Anda. • Sekiranya anda berada dalam hubungan romantik, anda haruslah tetapkan had intim anda dengan pasangan seawal mungkin. • Bincang dengan pasangan secara terus terang tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh. • Membuat Pelan. • Jika anda menghadiri suatu majlis, pastikan anda pergi dan pulang bersama orang yang anda percayai. • Fikirkan Pelan Alternatif. • Sekiranya anda berada dalam situasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri anda : • Telefon orang yang anda percayai. • Cari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut.
STRATEGI PERLINDUNGAN • Sentiasa Berhati-hati dan Berwaspada. • Perhatikan sekeliling dan tingkah laku orang yang berada berdekatan anda. • Sekiranya anda berada dalam situasi yang agak merbahaya, pergi ke kawasan orang ramai dan hubungi rakan atau ahli keluarga. • Habiskan sebarang minuman sebelum meninggalkan tempat walau pun sekejap. • Gunakan Kepintaran Diri. • Cari alasan munasabah untuk menyelamatkan diri. • Gunakan kepintaran! Selamatkan diri!
DAPATKAN BANTUAN • One-Stop Crisis Centre (OSCC) beroperasi 24 jam sehari di hampir kesemua hospital kerajaan. • OSCC menyediakan rawatan perubatan dan pemeriksaan, pengumpulan specimen dan kenyataan, kaunseling, tempat perlindungan dan bantuan kepada mangsa keganasaan termasuk kanak-kanak. • Dalam kes gangguan atau penderaan seksual, mangsa terselamat akan dirujuk kepada OSCC secepat mungkin,
TALIAN PANTAS KRISIS KECEMASAN • 24/7 Bantuan Talian oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat • Talian Kasih Helpline – 15999 • AWAM Telenita Helpline (kaunseling + info sah): 03 7877 0224 • Isnin hingga Jumaat, 10 pagi to 4. 30 petang • WAO Hotline: 03 7956 3488 • Whats. App/SMS TINA: 018 -988 8058
• Women’s Centre for Change, Penang TALIAN PANTAS KRISIS KECEMASAN • 04 -228 0342 • Isnin hingga Jumaat, 9. 00 pagi to 6. 00 petang • Perak Women for Women • 05 -546 9715 • Sabah Women's Action (SAWO) Helpline • 088 280 200
KES ROGOL & SUMBANG MAHRAM DI MALAYSIA
MESEJ PENTING • Hormat dan menghormati adalah sangat penting dalam suatu hubungan. • Pastikan anda dan pasangan mempunyai persetujuan bersama serta kebenaran kedua-dua pihak pada setiap masa. • Keganasan seksual termasuk rogol, sumbang mahram, penderaan seksual kanak-kanak dan mencabul adalah satu jenayah. • Amalkan strategi untuk melindungi diri daripada penderaan dan keganasan seksual. • Buat laporan dapatkan bantuan kerana ianya BUKAN SALAH ANDA.
TERIMA KASIH
- Slides: 22