MODEL PERHUBUNGAN ENTITI ENTITYRELATIONSHIP DIAGRAM ER DIAGARAM Di
MODEL PERHUBUNGAN ENTITI ENTITY-RELATIONSHIP DIAGRAM (ER DIAGARAM) Di dalam bab ini, anda akan mempelajari: 1. entiti 2. atribut: jenis, nilai nol dan kunci 3. perhubungan: jenis, kardinaliti dan penyertaan 4. penggunaan entiti lemah, super-kelas, sub -kelas, generalisasi, pengkhususan dan pengagregatan 5. panduan-panduan dalam membina model perhubungan entiti.
PENGENALAN Model E-R diperkenalkan oleh Chen (1976) sebagai alat pemodelan pada peringkat reka bentuk konseptual. Model E-R berasaskan objek, bebas drp aspek fizikal & DBMS Digunakan untuk § menerangkan struktur pangkalan data § menyokong pandangan pengguna terhadap data Tiga komponen penting dalam model E-R ialah Entiti, Atribut, Perhubungan
ENTITI Entiti ialah sesuatu objek yang wujud dalam suatu persekitaran, boleh dikenal pasti dengan jelas dan berbeza dengan objek lain. (pelajar, pesakit, pekerja, daerah, negeri, mesin, bangunan, kenderaan, jualan, pendaftaran, pembaharuan, akaun, kursus, projek, jabatan )
ENTITI
ATRIBUT Maklumat tentang sesuatu entiti dipanggil atribut. Atribut mudah mengandungi satu komponen, wujud secara bebas dan tidak boleh dipecah-pecahkan. (nama dan jantina) Atribut komposit terdiri daripada banyak komponen di mana setiap satu wujud secara bebas. (alamat ialah norumah, jalan, taman dan poskod)
ATRIBUT Atribut tunggal mengandungi hanya satu nilai. . Boleh terdiri drp atribut mudah dan atribut komposit. (nomatriks, nopekerja) Atribut terbitan mewakili nilai yang diterbitkan dari nilai atribut atau set atribut lain tetapi tidak semestinya dari atribut yang sama. (atribut umur diterbitkan dari atribut tarikhlahir) Atribut berbilang nilai mengandungi banyak nilai. (notelefon dan kemahiran seorang pelajar boleh ada lebih daripada satu)
ATRIBUT
ATRIBUT Domain atribut adalah satu set nilai untuk sesuatu atribut. (Domain untuk atribut nomatriks ialah nilai integer di antara 1 dan 10000). Atribut yang berbeza boleh mempunyai domain yang sama. Nilai nol bermakna nilai atribut tersebut tidak diketahui pada masa tersebut atau tidak wujud. Atribut-atribut untuk entiti boleh ada nilai nol. (Pelajar Ahmad tidak ada notelefon pada hari pendaftaran tetapi mungkin akan ada pada masa akan datang)
ATRIBUT Kunci adalah set satu atau lebih atribut yang boleh membezakan antara satu entiti dengan entiti yang lain. Kunci tidak boleh ada nilai nol dan nilainya mesti unik. Kunci digariskan dalam model E-R. (nomatriks mengenal pasti seorang pelajar dan nopendaftaran mengenalpastikan sebuah kereta).
PERHUBUNGAN Perhubungan adalah interaksi logikal di antara entiti-entiti kerana entiti sahaja tidak memodelkan satu sistem yang lengkap. Pelajar daftar kursus Kursus didaftar oleh pelajar
PERHUBUNGAN Jenis perhubungan: Perhubungan rekursif atau unari melibatkan satu entiti sahaja. Perhubungan binari adalah perhubungan di antara dua entiti. Perhubungan ternari adalah perhubungan yang berlaku serentak di antara tiga entiti.
PERHUBUNGAN
PERHUBUNGAN Atribut perhubungan ialah huraian tentang perhubungan tersebut.
PERHUBUNGAN Rajah Kejadian menunjukkan bagaimana entiti berinteraksi dengan entiti yang lain
PERHUBUNGAN Kardinaliti perhubungan menunjukkan bilangan perhubungan sesuatu entiti dengan entiti yang lain. Petua bisnes juga boleh diwakilkan melalui kardinaliti perhubungan. Perhubungan 1: 1 (satu-ke-satu) Perhubungan 1: M (satu-ke-banyak) Perhubungan N: M (banyak-ke-banyak)
PERHUBUNGAN 1: 1
PERHUBUNGAN 1: M
PERHUBUNGAN M: N
PERHUBUNGAN Penyertaan entiti di dalam suatu perhubungan boleh dikategorikan sebagai penyertaan wajib atau penyertaan pilihan. Perhubungan pilihan berlaku jika kejadian suatu entiti tidak perlu dikaitkan dengan kejadian pada entiti yang dihubungkan.
PERHUBUNGAN Penyertaan entiti
PERHUBUNGAN Entiti komposit boleh digunakan apabila terdapat perhubungan M: N Perhubungan M: N dipecahkan kepada dua perhubungan 1: M Entiti komposit mempunyai kunci entiti-entiti yang dihubungkan.
PERHUBUNGAN Entiti komposit
MODEL PERHUBUNGAN ENTITI TAMBAHAN Melibatkan: Entiti lemah Entiti super-kelas dan sub-kelas Generalisasi Pengkhususan Pengaggregatan
ENTITI LEMAH Entiti lemah timbul apabila kewujudan sesuatu entiti bergantung kepada entiti yang lain. Entiti lemah mempunyai sifat pewarisan iaitu kunci entiti bapa dan kunci untuk entiti lemah.
ENTITI SUPER-KELAS DAN SUBKELAS Setiap entiti super-kelas mempunyai sub- kelas. Perhubungan di antara super-kelas dan sub -kelas ialah 1: 1 Setiap sub-kelas mempunyai sifat pewarisan Super-kelas mengandungi atribut yang dikongsi bersama Sub-kelas mengandungi atribut yang unik
ENTITI SUPER-KELAS DAN SUBKELAS Generalisasi ialah proses meminimumkan perbezaan di antara entiti dengan mengenal pasti sifat mereka yang sama. (sub-kelas professor dan sub-kelas pentadbir mempunyai atribut yang sama iaitu nopekerja) Pengkhususan ialah satu proses memaksimumkan perbezaan di antara sub-kelas dengan mengenal pasti atribut-atribut yang unik untuk setiap sub-kelas. ( sub-kelas professor mempunyai atribut elaun kereta, manakala sub-kelas pentadbir mempunyai atribut jawatan sama ada Dekan, Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Dekan Pembangunan atau Ketua Jabatan).
ENTITI SUPER-KELAS DAN SUBKELAS Pertindihan di antara sub-kelas bermakna kejadian satu entiti sub-kelas boleh menjadi ahli kepada sub-kelas yg lain dalam masa yang sama. Simbol (o) (overlap). Tiada pertindihan di antara sub-kelas bermakna kejadian satu entiti sub-kelas tidak boleh menjadi ahli kepada sub-kelas yang lain dalam masa yang sama. simbol (d) (disjoint).
ENTITI SUPER-KELAS DAN SUBKELAS
ENTITI SUPER-KELAS DAN SUBKELAS Satu sub- kelas mempunyai lebih daripada satu super-kelas. simbol penyatuan( )
PENGAGREGATAN Pengagregatan membolehkan satu set perhubungan dilihat sebagi satu objek.
PANDUAN MEMBINA MODEL E-R Persekitaran sistem yang dimodelkan tidak harus dimasukkan ke dalam model E-R
PANDUAN MEMBINA MODEL E-R Entiti yang berlainan (tidak mempunyai kunci yang sama) tidak seharusnya diletakkan dalam entiti yang sama.
PANDUAN MEMBINA MODEL E-R Adakah suatu objek itu entiti atau atribut?
PANDUAN MEMBINA MODEL E-R Kelaskan atribut berbilang nilai sebagai entiti.
PANDUAN MEMBINA MODEL E-R Dua entiti boleh dimodelkan bersama lebih daripada satu perhubungan
PANDUAN MEMBINA MODEL E-R Apabila memodelkan perubahan masa, atribut yang berubah-ubah mengikut masa, boleh diletakkan di dalam entiti lemah
METODOLOGI ATAS-BAWAH Tentukan set entiti dan set perhubungan antara mereka. Mulakan dengan entiti utama terlebih dahulu diikuti oleh entiti yang lain. Tentukan atribut yang berkaitan dengan set entiti. Tentukan atribut yang berkaitan dengan set perhubungan (jika ada). Pilih kunci bagi entiti. Tentukan domain bagi setiap atribut. Gabungkan rajah entiti, perhubungan dan atribut untuk membentuk model E-R yang lengkap. Halusi model E-R jika perlu (pastikan dengan pengguna
- Slides: 37