MESYUARAT PENGARAHPENGARAH BIL 12016 26 27 MEI 2016
MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH BIL 1/2016 26 -27 MEI 2016, BILIK CEMPAKA, IBU PEJABAT JAS, PUTRAJAYA POLISI DAN ISU TERKINI BAHAGIAN UDARA 1
KANDUNGAN PEMBENTANGAN 1 KEJADIAN JEREBU SETEMPAT DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2016 2 PELAN TINDAKAN MENGHADAPI GELOMBANG HABA 3 4 5 MESYUARAT KE 18 MSC ON TRANSBOUNDRY HAZE POLLUTION PROGRAM PENGAWASAN MELALUI UDARA PROGRAM KENDERAAN BERMOTOR 2
KEJADIAN JEREBU SETEMPAT DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2016 1 3
20 hingga 22 Februari dan 17 Mac 2016 Kawasan di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Miri mencatatkan bacaan IPU tidak sihat berikutan kebakaran belukar tanah gambut di Kuala Baram IPU tertinggi – 474 (7. 00 pagi, 22 Februari 2016) Penutupan ILP berikutan jerebu teruk pada 22 Februari 2016 dan bacaan IPU melebihi 200
31 Mac – 6 April 2016 Kawasan di Beaufort mencatatkan bacaan IPU ‘tidak sihat’ dan ‘berbahaya’ berikutan kebakaran hutan Tanah Gambut di Klias, Beaufort dan Binsuluk, Kuala Penyu, Sabah IPU tertinggi – 308 (4. 00 pagi, 4 April 2016) Penutupan sekolah di Beaufort, Papar dan Kuala Penyu, Sabah pada 5 dan 6 April 2016 berikutan jerebu teruk dan bacaan IPU melebihi 200 Pemasangan stesen kualiti udara sementara di SMK Membakut 2, Beaufort
21 April – 24 April 2016 Kawasan di Kelang mencatatkan bacaan IPU ‘tidak sihat’ berikutan kebakaran hutan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Selangor IPU tertinggi – 115 (11. 00 pagi, 23 April 2016) Selain itu, cuaca panas dan kering serta ketiadaan hujan semenjak beberapa hari yang lalu dipercayai menjadi faktor yang menyumbang kepada kebakaran ini.
22 – 23 April 2016 Kawasan di Miri, Sarawak mencatatkan bacaan IPU ‘tidak sihat’ berikutan kebakaran di Hutan Merudi, Hutan Bekenu dan di Niah, Miri. IPU tertinggi – 155 (1. 00 pagi, 23 April 2016) Cuaca panas dan kering turut menyumbang kepada punca kebakaran hutan yang berlaku di Miri. Kejadian kebakaran hutan di Bekenu, Miri
PELAN TINDAKAN BAGI MENANGANI GELOMBANG HABA 2 8
Nota : Paras ambang gelombang haba berlaku apabila : Suhu tertinggi harian (atau suhu maksimum) sesuatu tempat telah mencapai 35 o. C untuk 5 hari berturut-turut dan ia juga telah melebihi 2 o. C daripada purata jangka panjang suhu maksimum; atau Suhu tertinggi harian mencapai atau melebihi 37 o. C untuk tempoh 3 hari berturut-turut untuk tempat tersebut. Bil. Tahap Amaran Suhu Tiada Amaran (0) Kurang dari Tindakan 35 o. C 1. Memantau bacaan suhu dari masa ke semasa berdasarkan stesen cerapan di seluruh negara. Agensi Jabatan Meteorologi Malaysia 1. 2. Amaran Pertama Suhu tertinggi (1) harian melebihi 35 o. C hingga 37 o. C selama 3 hari 2. Membuat ramalan kemungkinan berlaku gelombang haba berdasarkan data cuaca semasa. Jabatan Meteorologi Malaysia 1. Memantau bacaan suhu dari masa ke semasa berdasarkan stesen cerapan di seluruh negara. Jabatan Meteorologi Malaysia 2. Mengeluarkan amaran gelombang haba (heatwave warning) melalui Kenyataan Media MOSTI. Jabatan Meteorologi Malaysia 3. Kementerian Pendidikan Malaysia / Kementerian Pengajian Tinggi Menangguhkan aktiviti pelajar universiti atau murid sekolah atau tadika di luar bangunan seperti acara sukan, ko-kurikulum, perhimpunan, merentas desa, perkhemahan dsb. 4. Menangguhkan aktiviti sukan dan latihan atlet di luar bangunan pada siang hari atau dilakukan dalam kawasan tertutup dan berhawa dingin atau pada malam hari. Kementerian Belia dan Sukan / Kementerian Pengajian Tinggi 5. Nasihat dikeluarkan kepada orang ramai bagi menghadkan aktiviti luar terutamanya bagi warga emas, kanak-kanak dan mereka yang sensitif kepada cuaca panas. 6. Nasihat dikeluarkan kepada orang ramai supaya seboleh-bolehnya berada dalam rumah atau bangunan, kerap minum air, elakkan bersenam dalam cuaca panas, hadkan aktiviti di luar dan dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sekiranya mengalami penyakit berkaitan gelombang haba. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia / Jabatan Penerangan Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Kesihatan 7. Memantau tren lawatan pesakit ke klinik atau hospital dan kes “mortality” akibat komplikasi berkaitan gelombang haba Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Kesihatan 8. Mengeluarkan nasihat atau garis panduan keselamatan kepada pekerja terutama yang melibatkan pekerja binaan di luar bangunan. Kementerian Sumber Manusia / DOSH 9. Mengeluarkan makluman atau nasihat kepada operator zoo dan pameran hidupan liar supayamengambil langkah – langkah perlu bagi memastikan kebajikan hidupan liar dalam kurungan terjamin daripada kesan gelombang haba. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 10. Bagi mengelakkan terumbu karang mengalami kesan gelombang haba, JTLM dengan kerjasama pihak berkepentingan mengambil tindakan mengalihkan tumpuan penyelam kekawasan lain yang tidak mengalami kelunturan terumbu karang (coral bleaching) Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)
Bil. Tahap Amaran 3. Amaran Kedua (2) Suhu Tindakan Suhu tertinggi harian 1. melebihi 37 o. C selama 3 hari berturut-turut 2. Meneruskan tindakan-tindakan seperti di tahap Amaran Pertama. Agensi berkaitan di atas Menangguhkan sesi persekolahan dan sekolah atau tadika di kawasan yang terlibat supaya ditutup. Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Mengeluarkan arahan penutupan TASKA di kawasan yang terlibat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 4. Mengaktifkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan tindakan kecemasan (emergency response) untuk menangani cuaca panas melampau yang berpanjangan dan impak kepada pelbagai sektor. 5. 4. Agensi Kecemasan / Bencana Suhu tertinggi harian melebihi 40 o. C selama 3 hari berturut- turut Menjalankan operasi pembenihan awan (bergantung kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai) “Kecemasan Gelombang Haba”diisytiharkan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
MESYUARAT KE-18 “ASEAN SUB-REGIONAL MINISTERIAL STEERING COMMITTEE (MSC) ON TRANSBOUNDARY HAZE POLLUTION” DI SINGAPURA PADA 4 MEI 2016 3 11
Hasil Mesyuarat MSC Ke-18 • Kerajaan Indonesia telah memaklumkan tiada keperluan terhadap (Memorandum of Understanding – MOU) baru memandangkan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) telah diratifikasi oleh Indonesia pada tahun 2015. • Indonesia bersetuju untuk bekerjasama di bawah kerangka Perjanjian AATHP secara ‘Government to Goverment’ dan tanpa melibatkan sebarang perjanjian/kerjasama dengan Kerajaan Tempatan (Provinsi) di Indonesia. • Negara-negara MSC telah bersetuju dengan cadangan Malaysia supaya satu kajian penilaian impak jerebu yang melanda rantau ASEAN pada tahun 2015 dapat dilaksanakan. Dalam hal ini, Sekretariat ASEAN telah ditugaskan untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan daripada setiap negara bagi mengenalpasti impak jerebu kepada ekonomi, kesihatan dan sosial.
PROGRAM PENGAWASAN ALAM SEKITAR MELALUI UDARA 4 13
LATARBELAKANG PROGRAM PENGAWASAN ALAM SEKITAR MELALUI UDARA • Memantau pencemaran alam sekitar melalui udara seperti aktiviti pembakaran terbuka, pencemaran dari industri, tumpahan minyak dan sebagainya. • 3 Kontrak JAS-Sabah Air Aviation Sdn. Bhd. – Sem. Malaysia : 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 – Sabah : 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 – Sarawak : 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016
PROGRAM PENGAWASAN ALAM SEKITAR MELALUI UDARA BAGI TAHUN 2016 Ø Bermula tahun 2015 peruntukan bagi operasi pengawasan melalui udara adalah melalui peruntukan mengurus iaitu RM 800, 000. Ø Peruntukan bagi tahun 2016 adalah amat terhad iaitu RM 303, 000. Ø Pada tahun ini sebanyak 9 penerbangan telah dijalankan. Ø Kawasan-kawasan kritikal yang memerlukan pemantauan berkala: • Cameron Highlands, Pahang • Lojing, Kelantan • Daerah Temerloh & Kuantan, Pahang • Sabah • Sarawak
2. Penggunaan perkhidmatan drone Ø JUPEM menawarkan perhidmatan drone melalui Jawatankuasa Penyelarasan Penggunaan Drone Bagi Agensi-Agensi Di Bawah NRE – tertakluk kepada kesediaan pihak JUPEM. Ø JAS Negeri yang memerlukan perkhidmatan drone perlu kemukakan maklumat: i. Tujuan dan outcome yang dijangka (sama ada untuk pemantauan atau pemetaan) ii. Lokasi dan luas kawasan. Plot koordinat seperti iii. Peta menunjukkan lokasi kawasan yang ingin dipantau iv. Cadangan tarikh program dan senarai keutamaan program (jika melebihi 1). Cadangan tarikh sekurang-kurangnya satu (1) bulan kehadapan dari tarikh semasa. v. Output yang dikehendaki
WAY FORWARD BAGI PROGRAM PENGAWASAN ALAM SEKITAR MELALUI UDARA 1. Perkhidmatan Khusus Helikopter oleh NRE (Dedicated Service) Ø Mulai pertengahan Jun 2016, NRE akan mengadakan perkhidmatan khusus helikopter untuk kegunaan agensi-agensi di bawah NRE. Ø Perkhidmatan ini akan berkuatkuasa selama setahun mulai Julai 2016 sehingga Julai 2017. Ø JAS akan menggunapakai helikopter di bawah perkhidmatan ini setelah kontrak bersama Syarikat Sabah Air tamat. Ø Bahagian Pentadbiran, NRE akan menjadi penyelaras kepada perkhidmatan helikopter ini.
2. Penggunaan Drone Ø Pihak JAS Negeri boleh melantik pihak swasta yang menawarkan perkhidmatan drone. Ø Menggunakan peruntukan pihak Ibu Pejabat. Ø Pelantikan syarikat perlu melalui prosedur kewangan terkini. Ø JAS Negeri perlu mendapatkan 3 sebut harga syarikat dan syarikat yang dilantik tidak terkecuali untuk mengikut Garispanduan Urusan Penyelarasan Penggambaran Dan Pengimejan Dari Udara Menggunakan Drone Bagi Agensi-Agensi DI Bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE).
KAWALAN PENCEMARAN KENDERAAN BERMOTOR 5 19
UPDATE TEKINI BAGI KAWALAN PELEPASAN DARIPADA KENDERAAN BERMOTOR 1. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) (Pindaan)2015 telah diwartakan pada 1 Disember 2015: Ø EURO 5 Diesel pada 1 September 2020 Ø EURO 5 Petrol pada 1 September 2025 2. Pemantauan kualiti petrol RON 97 EURO 4 M di terminal/ refinery/ depo telah mula dilaksanakan pada 1 September 2015; Persampelan di service station oleh syarikat minyak dan JAS Negeri bermula pada 1 April 2016; 3. Arahan Pejabat Bil. 5/2016 bertarikh 13 Mei 2016 bersama dengan PTO Persampelan Bahan Bakar (Petrol & Diesel) dikeluarkan diedarkan kepada semua JAS Negeri; 4. Bermula pada 1 April 2016, semua pengujian semula CO/HC boleh dijalankan di cawangan PUSPAKOM; 5. SIRIM STANDARDS TECHNOLOGY SDN BHD (SST) telah mendapat pengiktirafan Akreditasi Makmal MS ISO/IEC 17025 untuk menentukur peralatan smoke meter, sound level meter dan sound calibrator;
UPDATE TEKINI BAGI KAWALAN PELEPASAN DARIPADA KENDERAAN BERMOTOR 6. Pendekatan GSR dalam kawalan pelepasan daripada kenderaan bermotor: a) KPI Ops statik (roadside inspection) diberhentikan kecuali ops bersepadu (JPJ/ PDRM/ SPAD) perlu diteruskan; b) Meningkatkan ops video kamera/ pemerhatian bagi menggantikan ops statik; c) Meningkatkan lawatan di Fleet Operator (FO) dan mengenalpasti FO baru: i. FO yang memiliki lebih daripada 10 kenderaan berat yang mengangkut barang atau penumpang (bas) wajib menjadi KYDL dan Maintenance & Inspection (M&I) secara berkala; ii. FO yang memiliki lebih daripada 10 kenderaan ringan, truk atau van yang mengangkut barang atau penumpang tidak wajib menjadi KYDL tetapi wajib menjalankan M&I secara berkala; d) Memantau pematuhan KYDL/ PUSPAKOM: i. Mendapatkan laporan pengujian kenderaan secara bulanan; ii. membuat analisis terhadap laporan yang diperolehi, khususnya bagi kenderaan yang kerap gagal pengujian; iii. Menjalankan audit penguatkuasaan pada KYDL/ PUSPAKOM;
PROSEDUR TETAP OPERASI KAWALAN KANDUNGAN PETROL DAN DIESEL
PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN KENDERAAN BERMOTOR (PINDAAN) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) (Pindaan) 2015 • ( Telah digazetkan pada 1 Disember 2015) Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Kenderaan Berenjin Diesel) (Pindaan) 2015 • ( Dalam tindakan semakan Bhg. Gubalan, JPN) Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Kenderaan Berenjin Petrol) (Pindaan) 2015 • ( Dalam tindakan semakan Bhg. Gubalan, JPN) 23
PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN KENDERAAN BERMOTOR (BARU) Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 201 X • ( Dalam tindakan semakan Bhg. Gubalan, JPN) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Bunyi Bising Daripada Kenderaan Bermotor) 201 X • (Dalam tindakan semakan Bhg. Gubalan, JPN) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 201 X dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 201 X • ( Draf peraturan sedang dalam proses untuk digabungkan semua peraturan 24 yang berkaitan dengan kenderaan bermotor)
SEKIAN TERIMA KASIH 25
- Slides: 25