MERISIK ZAMAN DAHULU Ibu bapa bakal pengantin lelaki
MERISIK ZAMAN DAHULU • Ibu bapa bakal pengantin lelaki akan mencarikan pasangan untuk anak lelaki mereka. SEKARANG • Selalunya orang Melayu zaman ini mencari jodoh mereka sendiri. Hanya segelintir yang masih dijodohkan oleh ibu bapa atau pihak ketiga.
MEMINANG • Ibu bapa bakal pengantin lelaki menghantar rombongan peminangan yang diwakili saudara mara. • Peminangan diterima secara sah. • Perbincangan kemudian berkisar kepada perkara-perkara seperti duit hantaran, tempoh bertunang dan jumlah barang iringan yang akan dibawa pihak lelaki.
BERTUNANG • Rombongan pihak lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan membawa sebentuk cincin emas tanda pertunangan dan lambang hantaran. • Kedua-dua belah pihak akan bertukar bunga rampai dan barang-barang hantaran yang lain seperti gubahan makanan, pakaian, selendang, sejadah, jam, beg tangan dan lain-lain. • Cincin disarungkan ke jari bakal pengantin perempuan oleh wakil pihak lelaki. • Jamuan disediakan untuk hadirin.
Barang-barang hantaran
Sarung cincin
BERNIKAH • Akad nikah-tuntutan agama Islam. • Boleh dilakukan di rumah atau di masjid selalunya sehari sebelum persandingan. • Majlis pernikahan disertakan dengan jamuan untuk tetamu. • Kadhi atau wali(bapa) pengantin perempuan akan menjalankan akad nikah. • Dua saksi, diperlukan. Satu daripada pihak lelaki dan satu daripada pihak
BERNIKAH • Diikuti upacara batal air sembahyang; pengantin lelaki bersalaman dengan pengantin perempuan dan menyerahkan mahar (mas kahwin) dan duit hantaran. • Mas kahwin selalunya dalam bentuk wang tunai. Sesetengah pengantin lelaki memberikan barang kemas atau al-Quran sebagai mas kahwin. • Kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan akan menukar barang-barang hantaran dan bunga
BERSANDING • Pengantin lelaki dan rombongannya akan diarak dan diiringi selawat dan pukulan kompang dari rumahnya ke rumah pengantin perempuan. • Beberapa wakil pengantin perempuan dan lelaki akan bersilat ‘selamat datang’ di hadapan pengantin lelaki. • Sebelum pengantin lelaki dibenarkan bersanding sengan pengantin perempuan di atas pelamin, saudara-mara pengantin perempuan akan menghadang pengantin lelaki hinggalah mereka berpuas hati dengan ‘pengeras’ yang diberikan oleh
• Mak andam pula akan duduk di sebelah pengantin perempuan dan menutup mukanya. • Jika dia berpuas hati dengan ‘pengeras’ yang diberikan oleh wakil pengantin lelaki, barulah pengantin lelaki dibenarkan bersanding di sisi pengantin perempuan. • Diikuti dengan upacara menepung tawar.
BERTANDANG • Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan bertandang ke rumah pengantin lelaki. • Upacara silat ‘selamat datang’ diadakan juga • Pengantin tidak dihadang. • Mempelai bersanding diikuti dengan upacara menepung tawar. • Jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin lelaki dan perempuan. • Saudara-mara dan sahabat handai dijemput dan diberikan berkat.
‘SEMBAH-SEMBAH’ • Mempelai akan menziarahi saudaramara terdekat kedua-dua pihak selepas majlis persandingan selesai. • Tujuannya untuk mengenali keluarga masing-masing dengan lebih dekat lagi dan sebagai tanda ucapan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan untuk menjayakan majlis pernikahan dan persandingan.
• Mempelai selalunya ditemani keluarga atau saudara terdekat. • Saudara yang diziarahi akan menyediakan jamuan dan hadiah kepada mempelai.
BERBULAN MADU • Selepas keriuhan majlis perkahwinan, kedua-dua mempelai melalui berbulan madu di destinasi idaman mereka
- Slides: 19