MENYINGKAP RAHSIA PELABURAN EMAS Oleh Syukor Hashim Admin
MENYINGKAP RAHSIA PELABURAN EMAS Oleh: Syukor Hashim Admin Jutawanemas. com
MENGAPA anda perlu menyimpan emas? l l l Emas ialah kekayaan yang sebenarnya Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang Aset yang terunggul Ia tidak boleh dimanipulasikan
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya. l Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. l Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. l Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana: 1. 2. 3. 4. 5. Warna kuning keemasan yang menarik dan tidak pudar selamanya. Emas tidak boleh dibinasakan. Tahan lasak. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. Ia sukar diperoleh.
KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK. Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM 50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM 50. Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM 50 itu menjadi RM 0? ”
l Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan. l Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. l Seluruh manusia mengiktiraf emas sebagai sesuatu yang berharga. l Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
l Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. l Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. l Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. l Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275. 45/Oz Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953. 50/Oz l Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan 27% setahun)
3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang l Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan. l Sebagai contoh, pada tahun 1980 an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. l Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. l Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? l Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM 2 – RM 3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. l Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.
l Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini USD) maka hasilnya adalah seperti berikut: l Daripada graf di atas kita dapat lihat: Nilai emas semakin meningkat l Nilai wang kertas semakin menurun l l Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.
4. Emas adalah aset yang terunggul. l Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. l Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. l Ketika perang Vietnam sekitar 1970 -an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. l Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka. l
l Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. l Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain.
5. Emas tidak boleh dimanipulasikan. l Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. l Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. l l Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah: l l l Kerajaan Perancis –tahun 1715 Republik Weimer Jerman - 1922 -1923 Hungary 1945 -1946 Chile 1971 -1981 Peru 1988 -1991 Angola 1991 – 1999 Yugoslavia 1992 -1995 Belarus 1994 -2002 Kerajaan Mexico – pada tahun 1994 Kerajaan Argentina – pada tahun 2001 Zimbabwe 2000 -2009
Nota: Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang. l Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. l Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini. l
KESIMPULAN: l Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. l Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.
Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia? Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu: Pelaburan secara emas fizikal l Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas l
Pelaburan emas secara fizikal. l Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: Syiling emas l Jongkong emas l Barang kemas l l Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. l Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Kelebihan emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut: 1. Mudah dibawa 2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard. 3. Mudah ditunaikan. 4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread) 5. Boleh digadaikan. l Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%) l
Institusi yang menjual emas pelaburan. Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu: l l l Maybank - Syiling Kijang Emas UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas Public Dinar – Dinar emas Dinar Emas Kelantan – Dinar emas Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
Maybank - Syiling Kijang Emas. Salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas. l Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan diedarkan oleh Maybank. l Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai ketulenan 24 K (999. 9) l
BAGAIMANA MEMBELI SYILING KIJANG EMAS? l Syiling Kijang Emas boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja. Lihat jadual di bawah:
HARGA SYILING KIJANG EMAS. l Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara. Ia akan diupdate setiap hari. Lihat di sini: http: //www. bnm. gov. my/index. php? ch=12&pg=141
Emas fizikal United Overseas Bank (UOB Bank) l Selain daripada Maybank, UOB Bank turut menjual syiling emas dan jongkong emas bagi tujuan pelaburan. l Antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah: Canadian Gold Maple l Australian Kangaroo l Singapore Gold Lion. l
Untuk kategori gold bar pula UOB Bank menjual 2 jenis gold bar:
HARGA EMAS UOB BANK l Harga emas UOB adalah di antara harga emas fizikal yang termurah di Malaysia. Harga emas yang dijual pula akan berubah mengikut harga emas dunia. l Anda perlu merujuk website UOB Bank untuk mengetahui harga harian. http: //www 1. uob. com. my/jsp/finance/fin_gold. jsp? func= gold
l KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB l l Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia. Mempunyai spread yang rendah (2. 5% - 19. 6%) Kualiti emas 24 k (999. 9) Harga yang rendah Boleh digadaikan kalau nak guna cash l KELEMAHAN. l Masalah stok. Sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja. l l l
Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd. l l Selain daripada Maybank dan UOB Bank, terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dijual pada harga pasaran antarabangsa. Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold) Syarikat ini beralamat di Penang. Ini adalah alamatnya: Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840 -U) 12 E Ground Floor, Jalan Rumbia, 11900 Bukit Jambul, Penang. www. publicgold. com. my Tel : 04 -644 9999
EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD. l Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.
HARGA EMAS PUBLIC GOLD. Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa. l Dengan kata lain pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold di www. publicgold. com. my dan membeli emas tersebut daripada agen Public Gold. l
KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD. l Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah. l Harga yang dijual adalah kompetitif l Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24 k (999. 0) l Spread yang kecil (antara 5% - 6%) l Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold. l Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn. l Emas Public Gold boleh digadaikan. l Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang. l Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.
Pelaburan emas melalui Dinar Emas. l l l Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas. 1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4. 25 gram. Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu: Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold) Dinar Emas Kelantan
Dinar emas Public Dinar Sdn. Bhd.
HARGA JUALAN PUBLIC DINAR Harga dinar emas Public Dinar dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah. l Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http: //publicdinar. com/ l
Dinar Emas Kelantan. Dinar emas Kelantan telah dilancarkan pada 20 September 2006. Laman web Dinar Emas Kelantan ialah http: //www. dinarkel. com/ l Ini adalah gambar dinar emas Kelantan. l
BAGAIMANA MEMBELI DINAR EMAS KELANTAN? l l l Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan. Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http: //www. dinarkel. com/wtb. html Ar-Rahn Kajang No. 10 Jalan Raja Harun 43000 Kajang Selangor Tel: 03 -87361517 Fax: 03 -87367552 l l Ar-Rahn Raja Laut No. 44 G, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel : 03 -26933433 Fax : 03 -26933431 l l Ar-Rahn Rawang No. 49, Jalan Maxwell, 48000 Rawang, Selangor. Tel : 03 -60928441 Fax : 03 -60928429
Membeli emas fizikal di kedai emas. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi. l Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas. Ini kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%. l
Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas l l Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA) Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. l Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa. l AKAUN PUBLIC BANK GIA. l Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia. l Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati http: //www. pbebank. com/en/en_content/info/branches. html l Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank. l Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram.
MELIHAT HARGA EMAS GIA Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker? turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini: l http: //www. pbebank. com/en/en_content/personal/rates/goldinvest. html l Gambar: Harga emas harian Public bank GIA Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur
MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA) Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10 gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu. l Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk membukanya. l SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN: l 1. Pelaburan minimum ialah 5 gram 2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang l
HARGA EMAS MAYBANK GSPA l Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank 2 u. com http: //www. maybank 2 u. com. my/mbb_info/m 2 u/public/treasury. Rates. do? ch Cat. Id=/mbb/Personal/INV-Investment&program. Id=INV 03 Gold&cnt. Type. Id=0&cnt. Key=INV 03. 03
Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut: l Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik. l Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik. l Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999. 9 atau 916 l Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik. l Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah ( spread) l Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
Skim pelaburan emas. Di Malaysia anda boleh menjumpai syarikat-syarikat yang menawarkan pulangan jika anda menyertai skim pelaburan emas mereka. Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai? l Justeru saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara: l Apakah itu: l 1. Pelaburan emas. 2. Menyertai skim pelaburan emas 3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. l
Blog mengenai pelaburan emas l www. jutawanemas. com
Thank You
Emas/perak telah digunakan sebagai wang sejak 2600 tahun lalu. Manusia menghargai emas kerana: 1. Rupanya yang cantik 2. Ia tidak boleh dibinasakan 3. Ia mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya 4. Ia sukar diperolehi
Syiling pertama Dunia – The Lydian Lion (2600 tahun)
Sejarah wang kertas 1. Wang kertas pada mulanya adalah resit simpanan emas/perak. Tetapi lama kelamaan hubungan ini telah diputuskan. Wang kertas kini adalah wang fiat (tidak disandarkan kepada sesuatu yg bernilai.
Gold certificate ini boleh ditukarkan kepada 10 dollar syiling emas =
Yang Mana Satu Wang? atau
1. Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Medium pertukaran yang diterima dunia Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri Wang tanpa sempadan Tidak boleh dibinasakan Mudah dibahagikan Sukar diperolehi/ditiru Price to weight ratio yang tinggi Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
Kelemahan wang kertas 1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq) 2. Ada had sempadan 3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang 4. Mudah rosak 5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.
Contohnya – di Zimbabwe duit tak dikira tapi ditimbang!
Membuat pelaburan emas di Malaysia Terdapat 2 bentuk pelaburan emas yang terdapat di Malaysia iaitu: 1. 2. Emas fizikal Akaun simpanan emas. Emas fizikal: Pilihan terbaik 1. Public Gold Bar ( kebaikan: stock availability, boleh calar, goris, bengkok asalkan berat tak hilang) 2. Syiling Kijang Emas, UOB Gold Coin, Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas Public Gold 3. Akaun simpanan emas – Public Bank dan Maybank
Keuntungan menyimpan emas Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi (harga emas naik 25%-26% setahun dalam jangka panjang) 2. Menyimpan selama mungkin dan memajak apabila memerlukan wang 3. Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas (menjadi agen) 1.
Keuntungan berniaga emas Stok yang naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain. 2. Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah 3. Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas. 4. Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan. 1.
Tips menjadi agen PG l Bercerita kepada 3 orang kenalan setiap hari l Mempunyai pengetahuan mengenai emas l Niat untuk mengajar/mendidik mengenai kepentingan menyimpan emas.
Tips: l Ceritakan bahawa Lebih baik simpan emas dari simpan duit. Emas naik harga dalam jangka panjang. Then beri jaminan akan beli balik walau calar, goris, bengkok dll. l Beri jaminan kalau tak cukup berat atau tak cukup ketulenan, akan beli balik/refund l Kalau takder duit, maka pergi kat Ar. Rahnu, then cepat-cepat cari buyer dan offer diskaun.
Cara Order Tengok website / telefon office Public Gold untuk mendapatkan harga semasa l Beritahu pelanggan harga l Kalau pelanggan setuju maka kita akan ‘lock’ harga l Telefon office Public Gold untuk lock harga l
Pelabur Emas yang bijak = menjadi agen Public Gold l Boleh membeli pada harga diskaun l Boleh menjual pada harga semasa l Boleh membeli emas pelanggan pada harga ‘buying’ l Boleh menjual semula pada harga selling l Untung maksima sebab tidak terjejas dengan spread l Capital gain lebih cepat sebab tiada spread.
Tips untuk mendapat 5%-6% l Jual emas banyak-banyak dan bina customer base yang besar l Rekodkan nama, no. telefon dan harga belian pelanggan l Bila customer base dah besar, maka anda boleh trading gold bar customer. l Keuntungan trading gold bar customer ialah 5%-6%
Other tips - bina network l Kekadang customer nak order tapi kita takder stok, so jangan tolak. . Tapi offer kat agen yang lain. Then split the profit.
l Contoh – jika kita beli dan jual Syiling Kijang Emas, maka kita akan rugi dekat spread (3% ++)
Main spekulasi untuk keuntungan maksima
l Beli pada bulan 4, jual bulan 6 l Jual beli sepanjang menunggu harga naik
Soalan dan jawapan
- Slides: 70