MENULIS KARANGAN JENIS PENDAPAT Disediakan oleh cikgu gansh
- Slides: 14
MENULIS KARANGAN JENIS PENDAPAT Disediakan oleh: cikgu gansh
TAJUK • Usaha yang proaktif dan berterusan perlu dilakukan untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU) supaya kebajikan mereka terbela. Huraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk membantu golongan ini.
PENDAHULUAN Perenggan pendahuluan mestilah ada Ayat Rangsangan (AR) Ayat terakhir pada perenggan pendahuluan mestilah ayat Bayangan Isi (BI)
PENDAHULUAN Di negara kita, golongan orang kurang upaya (OKU) masih kurang terbela nasibnya berbanding dengan golongan OKU di negara-negara maju (AR 1). Keadaan ini menyebabkan golongan ini ketinggalan daripada arus pembangunan dianggap sebagai warganegara kelas kedua (AR 2). Oleh itu, perlu ada usaha secara proaktif dan konsisten untuk membantu golongan ini supaya mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan insan yang sempurna (BI).
ISI Guna teknik 5 W + 1 H Setiap perenggan isi mesti ada Ayat Topik (AT), Ayat Huraian (AH), Ayat Contoh (AC) dan Ayat Penegas (AP)
CONTOH – ISI 1 Ayat Topik (AT) Apakah langkah yang harus diambil? • Pihak berkuasa dan swasta menyediakan prasarana yang mencukupi kepada golongan ini di semua tempat Ayat Huraian (AH) Mengapakah perlu disediakan? • memastikan golongan ini mudah menjalankan urusan mereka Ayat Contoh (AC) Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU? • Menyediakan prasarana di tandas , tempat meletak kereta , laluan khas dan lain-lain Ayat Rumusan (AR) Apakah kesan? • Dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa
CONTOH PERENGGAN ISI Satu daripada langkah yang harus diambil oleh pihak berkuasa dan pihak swasta ialah menyediakan prasarana awam yang mencukupi kepada golongan ini di semua tempat (AT). Hal ini dikatakan demikian kerana penyediaan prasarana ini dapat memastikan golongan ini mudah menjalankan urusan mereka di mana-mana tempat pada bila-bila masa sahaja (AH 1). Sebagai contohnya, pihak yang berkenaan boleh menyediakan prasarana awam seperti tandas khas, tempat meletak kereta khas, laluan khas dan lain-lain supaya mereka ada peluang untuk menggunakannya (AC). Oleh itu, kemudahan-kemudahan ini haruslah disediakan agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa (AP).
ISI 2 Ayat Topik (AT) Apakah langkah yang harus diambil? • Pihak berkenaan menyediakan pusat pembelajaran yang khusus kepada golongan ini Ayat Huraian (AH) Mengapakah perlu disediakan? • pusat pembelajaran ini membolehkan golongan ini belajar mengikut keupayaan mereka tanpa perlu bersaing dengan insan yang sempurna. Ayat Contoh (AC) Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU? • bermula dari tadika hinggalah pusat pengajian tinggi Ayat Rumusan Apakah kesan? (AR) • Masa depan dan kehidupan mereka dapat dijamin
CONTOH PERENGGAN ISI Selain itu, pihak berkenaan haruslah menyediakan pusat pembelajaran yang khusus kepada golongan ini (AT). Hal ini dikatakan demikian kerana pusat pembelajaran ini membolehkan golongan ini belajar mengikut keupayaan mereka tanpa perlu bersaing dengan insan yang sempurna (AH 1). Sebagai contohnya, pusat pembelajaran khas ini haruslah bermula dari tadika hinggalah pusat pengajian tinggi (AC). Dengan adanya pusat pembelajaran ini, golongan OKU dapat menerima sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan mereka (AH 2). Oleh itu, pusat pembelajaran khusus haruslah disediakan supaya masa depan dan kehidupan mereka dapat dijamin (AP).
ISI 3 Ayat Topik Apakah langkah yang harus diambil? (AT) • Pihak berkuasa dan swasta memberikan pelbagai bantuan kewangan Ayat Huraian (AH) Mengapakah perlu disediakan? • hal ini penting bagi mengelakkan golongan ini menjadi pengemis untuk meneruskan kehidupan mereka. • dapat meringankan beban dan mendapatkan rawatan segera apabila sakit Ayat Contoh Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU? (AC) • membeli peralatan dan membiayai rawatan mereka Ayat Rumusan (AR) Apakah kesan? • Bantuan kewangan yang diberikan dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa
ISI 4 Ayat Topik (AT) Apakah langkah yang harus diambil? • Pihak berkaitan menyediakan tempat tinggal kepada golongan ini Ayat Huraian (AH) Mengapakah perlu disediakan? • aktiviti pemantauan mudah dilaksanakan bantuan secara konsisten dapat dihulurkan Ayat Contoh (AC) Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU? • Menyediakan sebuah kawasan untuk membina rumah yang sesuai dan mempunyai kelengkapan yang sempurna Ayat Rumusan (AR) Apakah kesan?
ISI 5 Ayat Topik Apakah langkah yang harus diambil? (AT) • Memberikan peluang kepada golongan ini untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam pelbagai bidang Ayat Huraian (AH) Mengapakah perlu disediakan? • Sesetengah OKU mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas • mereka dapat menyalurkan kebolehan mereka untuk kebaikan masyarakat Ayat Contoh (AC) Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU? • pendidikan, sukan, politik dan lain-lain Ayat Rumusan (AR) Apakah kesan? • Membantu masyarakat dan negara mencapai kemajuan
PENUTUP Perenggan penutup haruslah mempunyai • Ayat Penyimpul (AP), • Ayat Cadangan (AC) dan • Ayat Harapan (AH)
PERENGGAN PENUTUP Kesimpulannya / Konklusinya / Secara tuntasnya, langkah-langkah yang berkesan haruslah diambil untuk membantu golongan OKU (AP). Dalam hal ini, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk membela nasib mereka (AC). Mereka harus dibela supaya mereka tidak terpinggir daripada arus kemajuan negara. Banyak potensi golongan ini yang dapat digilap untuk kebaikan negara (AH). Mereka ibarat permata yang tersembunyi yang harus digali untuk kebaikan mereka dan negara (AH).
- Contoh karangan karangan pendapat
- Ayat penyimpul
- Kk karangan
- Contoh karangan imaginasi
- Kutipan karangan di atas termasuk jenis karangan
- Jenis karangan manut bobot lan isine karangan
- Minit mesyuarat perkara berbangkit
- Lkm 400 usm
- Kepentingan kurikulum dalam pengurusan tadika
- Cikgu azlan biodata
- Guru yang pilih kasih
- Sumbangan cikgu lily eberwein
- Cikgu jasmani
- Kata kunci karangan
- Isi kerangka karangan