MENU UTAMA TINDAKAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
































- Slides: 32

MENU UTAMA TINDAKAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION MASUK KE INFO

INFO ARKIB GALERI HOME RUJUKAN BACK KE MENU UTAMA MASUK KE ARKIB MASUK KE ISI

ARKIB . 1. ARKID NEGARA DITUBUHKAN PADA 1. 12. 1957 SEBAGAI REKOD PEJABAT AWAN Back INFO MASUK GALERI

GALERI 1. VIDEO 2. GAMBAR 3. LOGO BACK INFO MASUK KE HOME MASUK KE ISI

video BACK KE GALERI

gambar BACK KE GALERI

logo BACK KE GALERI

HOME MALAYA UNION SEBAB-SEBAB PENENTANGAN TEMPAT KRONOLOGI BACK KE MASUK KE ISI CARA PENENTANGAN TOKOH

MALAYAN UNION 1. Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri. Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. 2. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. 3. Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya. BACK KE HOME

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN 1. kuasa raja-raja melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama islam, adat istiadat melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu 2. pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prisnsip jus soli 3. hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan 4. cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seprti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani perstujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan(no choices!!) BACK KE HOME

CARA PENENTANGAN i. Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara 15 Dis 1945 - demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan 19 Jan 1946 - demonstrasi Persatuan Melayu Kedah 01 Feb 1946 - Persatuan Melayu Kelantan anjur satu lagi demonstrasi. 10 Feb 1946 - demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita ii. Kongress Melayu Se Malaya oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu. 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan. i. orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941. iii. Sokongan bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan. BACK KE HOME

KRONOLOGI PENUBUHAN MALAYAN UNION CARA MENDAPATKAN TANDATANGAN KEDAULATAN DAN KUASA SULTAN TERANCAM PEMBERIAN TARAF KERAKYATAN(JUS SOLI) TUNJUK PERASAAN MENGADAKAN KONGRES SE MALAYA SOKONGAN DARIPADA BEKAS PEGAWAI BRITISH MENYUARAKAN BANTAHAN MELALUAI AKHBAR DEMOKRASI SECARA DAMAI MENULIS SURAT MENGADAKAN RAPAT UMUM BACK KE HOME MASUK KE ISI

Penubuhan malayan union 1. Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri. Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. 2. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. 3. Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya. Back ke kronologi

Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan · Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua. · Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing. Back ke kronologi

Kedaulatan dan kuasa sultan terancam Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal(veto) Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi. Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British Back ke kronologi

Pemberian taraf kerakyatan Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina. syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing. Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu. Back ke kronologi

TUNJUK PERASAAN SECARA BESARAN 15 dis 1945 – Demokrasi ajuran Persatuan Melayu Kelantan 19 jan 1946 - Demokrasi Persatuan Melayu Kedah 01 feb 1946 – Persatuan Melayu Kelantan anjur satu lagi demokrasi 10 feb 1946 – Demokrasi di Johor termasuk kaum Wanita Back ke kronologi

Kongress Melayu Se Malaya · Oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor · Dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu. · 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan. i. Orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU ii. Raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan. iii. Kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU. · Kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941. Back ke kronologi

Sokongan bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan. Mereka menulis dalam akhbar Times - menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu Back ke kronologi

akhbar Orang Melayu telah melakukan pembantahan terhadap pelaksanaan Malayan Union dan antara bantahan yang telah dilaksanakan oleh orang Melayu adalah dengan menyuarakan bantahan melalui akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara. Back ke kronologi

Demokrasi secara damai Orang Melayu juga telah melakukan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold Mac. MIchael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar Kedah bagi menunjukkan penentangan mereka terhadap penubuhan Malayan Union Back ke kronologi

Menulis surat bantahan sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu dalam menentang penubuhan Malayan Union. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan MU dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu Back ke kronologi

Rapat umum telah dilakukan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap ahli-ahli parlimen British iaitu L. D. Gammans dan David Reese William. Back ke kronologi

TEMPAT PULAU PINANG KEDAH KOTA BHARU BACK KE HOME MASUK KE ISI

PULAU PINANG BACK KE TEMPAT

KEDAH BACK KE TEMPAT

KOTA BHARU BACK KE TEMPAT

TOKOH -Sir Harold Mac. MIchael -Dato’ Onn Jaafar -Bekas pegawai British: 1. Frank Swettenham, 2. Authur Richard, 3. Cecil Clementi, 4. Winstreadt. 5. Rolland Braddle BACK KE HOME MASUK KE ISI

Sir Harold Mac. Michael telah diutuskan oleh kerajaan British ke Tanah Malayu. Beliau tiba pada 11 Oktober 1945 di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tugas utama beliau adalah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan negeri mereka kepada Raja Inggeris (Kerajaan British), untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni) Britain. Beliau juga diberi kuasa untuk menyiasat sama ada Raja-raja Melayu ada bekerjasama dengan tentera Jepun atau sebaliknya BACK KE TOKOH

DATO’ ONN JAAFAR Dato’ Onn dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru dari keturunan yang ternama. Ayahnya, Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838 -1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama yang memajukan pentadbiran negeri Johor bersama-sama dengan pegawai-pegawai kerajaan Johor yang lain di zaman Sultan Abu Bakar (1862 -1895). Ibunya, Hanim Rogayah adalah keturunan Scarcia BACK KE TOKOH

RUJUKAN, 1. ARKIB NEGARA 2. INTERNET 3. BUKU TEKS 4. AKHBAR BACK KE INFO

internet Sumber Rujukan 1. Abu Bakar Hamid. . et al, UMNO Johor 50 Tahun Memartabatkan Bangsa Melayu, , Yayasan Warisan Johor, J. Bahru, 1996. 2. Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt. ), Pejuang Terbilang Johor, Yayasan Warisan Johor, J. Bahru, 2002. 3. Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt. ), Tokoh Ternama Johor, Yayasan Warisan Johor, J. Bahru, 2003. 4. Buyong Adil, Sejarah Johor, DBP, K. Lumpur, 1980. 5. Ghazali bin Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942 -1945, K. Lumpur 1978. 6. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid I, Arkib Negara Malaysia, K. Lumpur, 1981. 7. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II, Arkib Negara Malaysia, K. Lumpur, 1982. 8. Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, DBP, K. Lumpur, 1992. 9. Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Pustaka Budiman, K. Lumpur, 1982. 11. http: //rujukanstudi. com/? p=170#ixzz 2 j 2 MBUc 10. UMNO Bahagian Batu Pahat, Sejarah UMNO Suku Abad, UMNO Batu Dz Pahat, 1971