Mengintai ruang insaf Syukri Abdullah m AKSUD Rangkap
Mengintai ruang insaf (Syukri Abdullah)
m. AKSUD Rangkap 1 Semakin banyak kejahilan yang dilakukan, semakin jauh menemui hidayah Tuhan. Rangkap 2 Dalam kehidupan penyair kerap kali tersilap langkah sehingga melakukan dosa menyebabkan kemuliaan diri semakin berkurangan.
Rangkap 3 Penyair mengetahui banyak kesilapan yang dilakukan namuntidak kembali ke pangkal jalan. Penyair ingin tahu semasa ada kesilapan yang dilakukan, diberikan ruang oleh Tuhan untuk insaf. Rangkap 4 Penyair berharap Tuhan membuka pintu taubat dan penyair berharap tidak tergolong dalam kalangan ahli neraka.
tema Keinginan untuk insaf persoalan 1. Kejahilan terhadap agama Contoh: Kejahatan menjauhkan kita dengan Tuhan dan hidayah-Nya.
2. Muhasabah diri Contoh: Penyair teringat akan dosa yang dilakukannya. 3. Harapan mendapat keampunan Tuhan Contoh: Penyair berharap pintu taubat terbuka.
Gaya bahasa 1. Hiperbola Contoh: “tubuhku tercalar duri pidana (kejahatan)” 2. Metafora Contoh: “berlari di padang hidup”
3. Sinkope Contoh: Penggunaan kependekan perkataan “mu” dan “ku” dalam baris “memburu nur-Mu” dan “kerap kakiku tersadung selirat akar”
Nilai murni Keinsafan Contoh: Penyair bersedia mengakui kesilapan dirinya yang banyak melakukan dosa sebelum ini.
pengajaran 1. Kita hendaklah berasa insaf terhadap kesalahan yang kita lakukan. Contoh: Penyair insaf terhadap dosa yang dilakukan sebelum ini 2. Kita wajib bertaubat Contoh: Penyair berharap taubatnya diterima 3. Kita jangan melakukan sebarang dosa Contoh: Penyair kerap melakukan dosa hingga kemuliaan diri semakin hilang
- Slides: 9