MELAYU ISLAM BERAJA LCTopik MASAKAN TEMPATAN Kuih muih
MELAYU ISLAM BERAJA LCTopik : MASAKAN TEMPATAN
� Kuih muih dan masakan tempatan tradisi orang-orang Melayu Brunei mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. � Keistimewaannya itu bukan sahaja kerana namanya yang unik tetapi juga disebabkan rasanya yang sedap. � Kuih muih dan masakan tempatan dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, berkhatan, berpindah rumah, makan tahun dan sebagainya.
KUIH-MUIH TEMPATAN Ø a) b) c) ada TIGA jenis iaitu: kuih muih kering dan kuih muih basah Masakan tempatan
KUIH-MUIH KERING ü ü Kuih muih kering mempunyai berbagai bentuk, nama dan saiz mengikut acuan yang digunakan. Boleh disimpan lama. CONTOH: � kuya, jala, cacah, cincin, bauhulu, sapit, rangin, ardam, kuripit, madu kasirat, sapit, cacah, amping dan lain-lain. ü
KUIH-MUIH BASAH v Kuih yang diadun dengan rapi v Selalunya dibuat oleh orang-orang yang mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam membuat kuih-muih untuk mengekalkan rasanya yang sedap dan menyelerakan. v Tidak dapat disimpan lama.
CONTOH: Ø wajit, kalupis, salurut, katilapan, bingka beras, seri rupa, seri muka, tapai, Pinyaram, pangalaban, kosui dan lain-lain. Ø
MASAKAN � Masakan tempatan terdiri daripada berbagai jenis seperti masakan ikan, daging, dan sayur-sayuran dan lain-lain lagi. � Masakan daging adalah seperti rebus, gulai, tumis dan lain-lain lagi. � Masakan-masakan tersebut biasanya dihidangkan dalam majlis-majlis perkahwinan, makan tahun dan lain-lain lagi.
AMBUYAT
� Ambuyat adalah sejenis makanan tempatan yang disukai dan digemari oleh masyarakat Brunei sejak dahulu lagi. � Makanan ini juga merupakan salah satu makanan yang utama di samping nasi. � Ambuyat dibuat daripada sagu atau ambulung. � Ambulung diperolehi daripada pati batang rumbia yang telah diproses. � Lazimnya ambuyat dimakan dengan cacah yang diperbuat daripada asam binjai, asam limau, mangga, asam kalumbi dan lain-lain lagi.
� Jenis-jenis masakan tempatan yang biasanya dihidangkan bersama-sama semasa makan ambuyat adalah seperti dadah tahai, pais, ampap dan lain-lain. �
PAIS � Pais adalah satu makanan tempatan Brunei. � Pada kebiasaannya pais sering di makan ketika makan ambuyat atau nasi. � Ada bermacam jenis pais. Diantaranya pais daging, pais urat, pais ikan dan pais ayam. Pais di bungkus menggunakan pucuk nipah atau dibungkus dengan daun pisang lalu dibakar.
- Slides: 18