Media Pengajaran Konsep Media dan Media Pengajaran Media























- Slides: 23

Media Pengajaran • Konsep Media dan Media Pengajaran • Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. • Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. • Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi

• Pervicel dan Elington (1984) • Membahagikan media kepada dua: – Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan • Perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi antaranya. – Pelbagai Saluran Komunikasi Media • Surat khabar, radio dan televisyen

• Reiser dan Gagne (1983) • Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. • Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media

Konsep media menurut Torkleson a)Mesej: isi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

• Konsep media menurut Torkleson • b) Bentuk Mesej: bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

• Konsep media menurut Torkleson • c) Saluran Mesej: peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya.

• Konsep Asimilasi • Asimilasi ialah proses kognitif yang membolehkan individu mengintegrasi pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. (Iaitu, melatakkan rangsangan atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada.

• Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa memproses rangsangan yang kian dialami dan kian bertambah. • Skema adalah seperti belon dan asimilasi ialah seumpama memasukkan angin ke dalam belon itu.

• Lama kelamaan, belon itu menjadi besar (iaitu perubahan kuantitatif sahaja) tetapi bentuknya tidak berubah (iaitu tidak ada perubahan qualitatif). • Skema baru tidak dihasilkan kerana skema yang lama digunakan dan ini bermakna tidak ada perkembangan skema.

• (Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955) • Secara amnya asimilasi bermaksud menambah maklumat baharu atau memperkaya struktur kognitif sedia ada tanpa sebarang ubahsuai. Contohnya Ali nampak bas(objek) dan diberitahu itu adalah bas.

• Ali akan menjadikan ciri fizikal utama bas (saiz besar) sebagai skema. Justeru kerana itu apabila Ali melihat lori , Ali menamakan lori sebagai bas. Proses penyerapan maklumat tanpa sebarang pengubahsuaian atau penambahan pada skema ini dinamakan sebagai asimilasi. Oleh itu dalam proses asimilasi ini dikatakan perubahan kuantitatif(asimilasi) berlaku tetapi perubahan kualitatif

• (penambahan skema) tidak berlaku • • • Konsep Asimilasi Skema Asal Skema Baru Objek Sebutan

• • • Saiz Besar Tiada Bas Tiada Lori

• Bas • Perubahan Kauntitatif Berlaku • Perubahan Kualitatif Tidak Berlaku

• Konsep Akomodasi • Apabila individu bertembung dengan pengalaman baharu, dia cuba mengasimilasinya dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tidak ada skema yang sesuai. Dia ada 2 pilihan

• a) mengubahsuai ('modification') skema sedia ada untuk • menerima pengalaman baharu • b) membentuk atau mewujudkan skema BAHARU untuk • menerima pengalaman baharu.

• Kedua-dua proses ini dipanggil akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitatif dan perkembangan skema ('development of schema'). • (Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955).

• Pengubahsuaian skema sedia ada atau pembentukan skema baharu untuk memahami maklumat baharu ialah huraian untuk menerangkan konsep akomodasi. Contohnya ialah apabila bapa Ali menyedari, bahawa Ali menyebut objek bas sebagai bas dan objek lori sebagai bas maka pembetulan perlu dilakukan oleh bapanya.

• Skema lama (saiz besar) perlu diubahsuai atau ditambah untuk menerangkan perbezaan bas dengan lori. Penerangan dibuat dengan mengatakan bas mempunyai saiz yang besar dan membawa ramai orang. Manakala skema baharu untuk lori hanya perlu ditambah dengan mengatakan bahawa lori digunakan untuk membawa banyak barang.

• Dari contoh di atas tidak berlaku pengubahsuaian skema asal (bersaiz besar). Penambahan skema ialah (lori bersaiz besar + membawa barang)

• • • Konsep Akomodasi Skema Asal Skema Baru Objek Sebutan

• • Saiz Besar Bawa Ramai Orang Bas Bawa Banyak Barang

• Lori • Perubahan Kuantitatif Berlaku • Perubahan Kualitatif Berlaku
Contoh media teknologi
Reka bentuk pengajaran
Teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Faktor pemilihan media pengajaran
Media tayang kaku
Pemilihan, penghasilan dan penilaian media pengajaran
Kon pengalaman pembelajaran dale
7 komponen tpack
Konsep teknologi
Konsep pengajaran apresiasi prosa fiksi anak
Contoh prosa anak
Maksud pengajaran mikro
Media bukan tayang
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Pendekatan pembelajaran humanistik
Motivasi dalam psikologi pendidikan
Implikasi pengajaran dan pembelajaran
Kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran
Prinsip reka bentuk
Peruntukan jadual waktu kssr
Borang kecemerlangan naik pangkat
Multimedia interaktif contoh
Video untuk pengajaran dan pembelajaran