MATLAMAT Panduan Penambahbaikan Pengurusan Pengoperasian dan Keselamatan PPPPK
MATLAMAT Panduan Penambahbaikan Pengurusan Pengoperasian dan Keselamatan (PPPPK), boleh dijadikan sebagai panduan dalam Pengurusan, Pengoperasian dan Keselamatan (PPK) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Menengah negeri Johor, serta dapat menjelaskan kepada pentadbir dan guru agar pelaksanaan PBS di sekolah dapat berjalan lancar berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia.
PUNCA KUASA Mesyuarat Induk PBS Bil 2/2018 Sektor Penilaian dan Peperiksaan telah membentangkan cadangan penambahbaikan PBS Sekolah Menegah Negeri Johor. Cadangan ini merupakan kesinambungan daripada Program Pembugaran PBS Negeri Johor yang telah dilaksanakan pada tahun 2017. Hasil pemantauan dan program kunjung bantu di peringkat daerah dan negeri telah mendapati semua sekolah di negeri Johor secara umumnya telah melaksanakan Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan baik. Namun begitu, masih ada lagi aspek yang perlu diberikan penjelasan dan penekanan agar wujudnya keselarasan pelaksanaan antara sekolah-sekolah menengah di negeri Johor. Justeru selari dengan hasrat KPM untuk memperkasakan peranan JPN dan PPD selari dengan Inisiatif District Transformation Programme (DTP)
TUJUAN 1. Menyediakan panduan kepada guru agar lebih mudah memahami dan melaksanakan PBS di sekolah masing-masing. 2. Meringankan beban guru dengan menyediakan contoh-contoh dokumen agar lebih jelas berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh LP. 3. Cadangan penambahbaikan pada Jawatankuasa Induk PBS Sekolah agar dapat meringankan beban yang dipikul oleh Setiausaha Peperiksaan dan Penyelaras PBS dengan membuat pelantikan beberapa jawatan bagi melancarkan lagi pengurusan, pengoperasian dan keselamatan PBS di sekolah. 4. Menjelaskan cadangan jawatankuasa PBS yang diwujudkan di sekolah fungsi dan peranannya berdasarkan perubahan dan perkembangan PBS. 5. Cadangan pengasingan Fail Induk PBS Sekolah kepada dua (2) fail memandangkan terdapat perbezaan ketara antara keputusan pentaksiran menengah rendah, yang mana pihak sekolah diwajibkan mengeluarkan empat (4) pelaporan dan pentaksiran menengah atas, yang mana SPM mempunyai Pentaksiran Pusat (PP) yang merupakan sebahagian aspek yang dinilai dan diambil kira semasa keputusan dikeluarkan oleh LP.
OBJEKTIF 1. Pentadbir dan guru lebih faham dan fokus dalam melaksanakan PBS di sekolah masing-masing. 2. Semua sekolah dapat menggunakan contoh-contoh carta alir jawatankuasa dan borang yang seragam di semua sekolah menengah negeri Johor. 3. Semua sekolah negeri Johor dapat menubuhkan dan jelas dengan peranan jawatankuasa kerja yang ditubuhkan di sekolah. 4. Meringankan beban guru dengan memberikan contoh dan panduan untuk digunakan di sekolah. 5. Menjadi punca kuasa terhadap pelantikan jawatan baharu (bukan jawatan hakiki) dalam jawatankuasa PBS sekolah bagi memastikan pengurusan yang efisien di peringkat sekolah.
PELAKSANAAN PPPPK yang dilaksanakan mengambil kira perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan penjenamaan semula beberapa Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) SPM dan perkembangan semasa PBS di peringkat sekolah menengah. Oleh itu PPPPK diharapkan dapat diterima kerana hasrat dan tujuan sebenarnya bukan menambah tugas atau beban guru tetapi lebih kepada menyusun semula apa yang telah sedia ada di sekolah dengan sedikit penambahbaikan.
PENYEDIAAN FAIL PENGURUSAN PP PBS Pentaksiran Pusat (PP) merupakan sebahagian daripada PBS. Secara asasnya PBS merupakan proses yang berlaku dalam Pd. Pc sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Oleh itu penyediaan dan kemas kini fail amat penting bagi tujuan penyimpanan evidens sepanjang proses pentaksiran dijalankan sebagai bukti semasa penjaminan kualiti. FAIL PP SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 1. Fail Induk PBS Menengah Atas – hanya satu sahaja disediakan diguna sama Setiausaha PBS Menengah Atas dan Setiausaha Peperiksaan SPM. 2. Fail Panitia – disediakan oleh Panitia Mata Pelajaran. 3. Fail Pentaksir Sekolah – disediakan oleh guru mata pelajaran yang mengajar mata pelajaran berkenaan. *Berdasarkan arahan dan garis panduan dari Lembaga Peperiksaan. FAIL PP PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3) 1. Fail Induk PBS Menengah Rendah 2. Fail Panduan Pentadbiran PT 3 (muat turun daripada portal LPM) 3. Fail Panduan Penskoran, Contoh Instrumen PT 3 dan Borang Pemarkahan
Gunakan fail yang telah sedia ada, hanya perlu ditambahkan senggat mengikut bahagian / tajuk sebagaimana dalam senarai semak / instrumen yang terkini.
PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PP MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 DAN 5) 1. FAIL INDUK MENENGAH ATAS (FIMA) • Kandungan dokumen Fail Induk merujuk pada senarai semak / Instrumen Fail Induk baharu ( PP SPM / PFI ) • Fail Induk ini merupakan fail kerja untuk setiausaha yang dilantik oleh pengetua bukannya fail induk sekolah yang disimpan dalam Bilik Fail di pejabat sekolah. • Dicadangkan FIMA ini digunakan bersama –sama antara Setiausaha PBS Menengah Atas dan Setiausaha Peperiksaan SPM kerana maklumat dan dokumen yang digunakan adalah sama. • FIMA ini hendaklah disimpan di tempat yang selamat di bilik berkunci dan almari berkunci di sekolah contohnya di Bilik Operasi Pentaksiran (BOP) sekolah.
PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PP MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 DAN 5) 2. FAIL PANITIA (FP) • Disediakan oleh Ketua Panitia atau Ketua Pentaksir Mata Pelajaran yang dilantik oleh pengetua mengikut mata pelajaran masing-masing. • FP hendaklah disimpan di tempat yang selamat, di bilik berkunci dan almari berkunci di sekolah • Kandungan dokumen merujuk pada senarai semak / Instrumen Fail Panatia ( PP SPM / PFP ) 3. FAIL PENTAKSIR SEKOLAH • Disediakan disimpan oleh guru yang telah dilantik sebagai Pentaksir Mata Pelajaran di sekolah masing-masing. • Kandungan dokumen merujuk pada senarai semak / Instrumen Fail Pentaksir Sekolah ( PP SPM / PFPS )
P (KPS) PKP PK HEM PK Ko PK Petang PK P Khas GKMP Penyelaras Pentaksiran Peperiksaan Pusat P PPsi SU Ko SU PBS MA SU SPM SU PBS MR SU PT 3 K Panitia GC & JU, GPMP G PJPK Guru Penyelaras Ko G Displin G P Khas
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan 1. Pengetua 2. 1. 2. 3. Penolong 1. Kanan 2. Pentadbiran 3. Penolong 1. Kanan HEM 2. 3. Peranan / Tanggungjawab Ketua Pentaksir Sekolah Pengerusi Jawatankuasa Induk PBS Sekolah Bertanggungjawab kepada keseluruhan pelaksanaan PBS di sekolahnya. Penolong Ketua Pentaksir Sekolah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk PBS Sekolah. Memastikan, merancang dan melaksanakan keseluruhan perjalanan PBS di sekolahnya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPM. Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk PBS Sekolah Memastikan pelaksanaan Ujian Psikometrik (PPsi) dilaksanakan dengan mematuhi pengurusan, pengendalian dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM. Memastikan, menyedia, merancang dan melaksanakan Penjaminan Kualiti (pementoran dan pemantauan) bagi PPsi di sekolahnya. Catatan Menyediakan 2 fail Penjaminan Kualiti PPSi (Pementoran dan Pemantauan)
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan 4. Penolong 1. Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk PBS Menyediakan Kanan Sekolah 2 fail Kokurikulum 2. Memastikan pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Penjaminan Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Kualiti PAJSK 3. dilaksanakan dengan mematuhi pengurusan, (Pementoran 4. pengendalian dan keselamatan yang telah dan ditetapkan oleh KPM. Pemantauan) 5. Memastikan, menyedia, merancang dan melaksanakan Penjaminan Kualiti (pementoran dan pemantauan) bagi PAJSK di sekolahnya. 5. Penolong 1. Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk PBS Kanan Sekolah Petang 2. Memastikan, merancang dan melaksanakan keseluruhan perjalanan PBS persekolahan sesi petang di sekolahnya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPM. 6. Penolong 1. Naib Pengerusi Jawatankuasa PBS Induk Kanan / Sekolah Penyelaras 2. Memastikan, merancang dan melaksanakan Pendidikan keseluruhan perjalanan PBS bagi calon Khas pendidikan khas di sekolahnya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPM.
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan 7. Guru Kanan 1. Penyelaras kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Guru Mata bagi semua mata pelajaran yang berada di bawah Cemerlang Pelajaran bidang masing-masing. & JKD (4 orang) 2. Memastikan, menyedia, merancang dan mata melaksanakan Penjaminan Kualiti (PK) pelajaran Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan membantu Pengesanan (4 P) bagi semua mata pelajaran Guru yang berada di bawah bidang masing-masing. Kanan 3. Merancang bersama-sama Ketua Panitia untuk Bidang. menyediakan Jadual Penjaminan Kualiti (PK) bagi mata pelajaran masing-masing. 4. Menyedia dan menyimpan fail Penjaminan Kualiti 4 P bagi tujuan penyimpanan eviden contohnya laporan bergambar, laporan ringkas, jadual penjaminan kualiti, surat , minit mesyuarat dll yang berkaitan dengan PK.
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab 8. Penyelaras 1. Menjadi penyelaras pengurusan, pengoperasian Pentaksiran dan keselamatan Pentaksiran dan Peperiksaan dan Pusat. Peperiksaan 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Pusat Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBS Sekolah. 3. Membentang rumusan dapatan analisis Pentaksiran dan Peperiksaan Pusat di sekolah agar diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk PBS atau pihak yang berkepentingan bagi tujuan peningkatan kemenjadian murid. 4. Membuat agihan tugasan kepada Setiausaha Pentaksiran dan Peperiksaan Pusat Menengah Rendah dan Atas. 5. Memastikan semua pengurusan Pentaksiran dan Peperiksaan Pusat dilaksanakan dengan mematuhi prosedur kerja ditetapkan oleh KPM. Catatan Lantikan Pengetua
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan 9. Penyelaras Psikometrik (PPsi) 1. 2. 3. 4. 5. Peranan / Tanggungjawab Catatan Menjadi penyelaras pengurusan, pengoperasian Lantikan dan keselamatan PPsi di sekolah. Pengetua Menjadi Task Force bagi Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBS Sekolah bersama-sama Penyelaras Pentaksiran & Peperiksaa Pusat. Membentang intepretasi dapatan PPsi di sekolah agar diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk PBS atau pihak yang berkepentingan bagi tujuan peningkatan kemenjadian murid. Memastikan pelaksanaan intervensi psikometrik dilaksanakan oleh guru kaunseling , Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia di sekolah. Memastikan semua pengurusan psikometrik dilaksanakan dengan mematuhi semua prosedur kerja yang ditetapkan oleh KPM
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan 10. Setiausaha 1. Menjadi penyelaras pengurusan, pengoperasian Lantikan Kokurikulum dan keselamatan PAJSK di sekolah. Pengetua Sekolah 2. Menjadi Task Force bagi Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBS Sekolah bersama-sama Penyelaras Pentaksiran & Peperiksaan Pusat. 3. Memastikan pelaksanaan Ujian SEGAK mengikut SPI bilangan 2/2016 iaitu pelaksanaan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM. 4. Data Ujian SEGAK bulan Mac dimanfaatkan bagi melaksanakan intervensi kepada pelajar yang kurang cergas , tidak cergas, berisiko berat badan berlebihan dan berat badan berlebihan (obes) 5. Membentang rumusan dapatan PAJSK iaitu data kokurikulum dan SEGAK di sekolah agar diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk PBS atau pihak yang berkepentingan bagi tujuan peningkatan kemenjadian murid. 6. Memastikan semua pengurusan PAJSK dilaksanakan dengan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan oleh KPM.
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan 11. Setiausaha PBS Menengah Atas Peranan / Tanggungjawab Catatan 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan kerja- Lantikan kerja Pentaksiran Pusat yang berkaitan dengan Pengetua semua komponen PBS SPM. 2. Melaksanakan pengurusan, pengoperasian dan keselamatan semua komponen PBS SPM. 3. Menjadi urusetia dalam pengurusan ke empat kustodian menengah atas. 4. Menyedia dan menyimpan Fail Induk PBS Menengah Atas dengan menggunakan fail berkulit keras yang menjadi fail kerja kepada mereka. 5. Memastikan Jawatankuasa Verifikasi Skor / Jawatankuasa Kes Khas / Integriti bersidang berdasarkan keperluan semasa PP Menengah Atas serta mencatat dan menyimpan minit mesyuarat sehingga 6 bulan selepas keputusan dikeluarkan.
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan 12. Setiausaha 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan kerja- Lantikan SPM kerja SPM. Pengetua 2. Melaksanakan pengurusan, pengoperasian dan keselamatan SPM 3. Membentang rumusan dapatan analisis Peperiksaan SPM di sekolah agar diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk PBS atau pihak yang berkenaan bagi tujuan peningkatan kemenjadian murid. 4. Memastikan guru mata pelajaran membuat semak silang selepas Markah Komponen PBS SPM diisi dalam SPPAT sebelum membuat pengesahan markah ( Verifikasi Skor )
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan 13. Setiausaha PBS Menengah Rendah Peranan / Tanggungjawab 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan kerja Pentaksiran Pusat PT 3. 2. Melaksanakan pengurusan, pengoperasian dan keselamatan PT 3. 3. Menjadi urusetia dalam pengurusan ke empat kustodian menengah rendah. 4. Menyedia dan menyimpan Fail Induk PBS Menengah Rendah dengan menggunakan fail berkulit keras yang menjadi fail kerja kepada mereka. 5. Memastikan Jawatankuasa Verifikasi Skor / Jawatankuasa Kes Khas /Integriti bersidang berdasarkan keperluan semasa PBS Menengah Rendah serta mencatat dan menyimpan minit mesyuarat sehingga 6 bulan selepas keputusan dikeluarkan. Catatan Lantikan Pengetua
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan 14. Setiausaha PT 3 Peranan / Tanggungjawab Catatan 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan kerja- Lantikan kerja PT 3. Pengetua 2. Melaksanakan pengurusan, pengoperasian dan keselamatan PT 3. 3. Membentang rumusan dapatan analisis PT 3 di sekolah agar diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk PBS atau pihak yang berkenaan bagi tujuan peningkatan kemenjadian murid. 4. Memastikan guru mata pelajaran membuat semak silang selepas markah PT 3 diisi dalam Aplikasi PT 3 sebelum membuat pengesahan markah.
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan 1. Ketua PP dan PBD hanya pada mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya. 15. Ketua Lantikan Panitia 2. Merancang dengan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Pengetua untuk menyediakan jadual melaksanakan Penjaminan Kualiti (PK) Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Memastikan Pengesanan (4 P) bagi mata pelajaran yang guru PJPK dipertanggungjawabkan kepadanya. melaksanak 3. Menyerahkan eviden penjaminan kualiti contohnya an SEGAK laporan bergambar, laporan ringkas, jadual penjaminan dalam kualiti, surat , minit mesyuarat dll yang berkaitan dengan waktu / PK kepada GKMP untuk disimpan dalam Fail Penjaminan diluar waktu Kualiti. 4. Berbincang dengan guru mata pelajaran bagi mengurus, Pd. Pc (GKMP merancang dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan Sains dengan Komponen PBS SPM dan PT 3. Sosial & 5. Memastikan semak silang dilaksanakan. 6. Menyediakan Jadual Kerja bagi panitia masing-masing. Kemasyara 7. Bertanggungjawab terhadap PP , PBD, penskoran dan katan) moderasi 1 bagi mata pelajaran yang diajarnya. 8. Ketua Panitia dilantik sebagai Ketua Pentaksir Mata Pelajaran di sekolah bertanggungjawab menyedia dan menyimpan Fail Panitia bagi mata pelajaran Komponen PBS SPM.
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil 16. 17. Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan Guru 1. Membantu GKMP dan Ketua Panitia bagi Cemerlang merancang dan melaksanakan pengurusan PBS dan PBD di sekolah. Jurulatih 2. Berperanan sebagai pembimbing, pemudah cara Utama dan penasihat pada program atau aktviti mata pelajaran masing-masing. Guru Pentaksir Mata Pelajaran 1. Menjadi pentaksir pada mata pelajaran yang diajar. Lantikan 2. Pentaksir mesti mengajar mata pelajaran Pengetua Komponen PBS SPM dan PT 3 pada tahun semasa. 3. Bertanggungjawab terhadap PP , PBD, penskoran dan moderasi 1 bagi mata pelajaran yang diajar. 4. Melaksanakan pengurusan, pengoperasian dan keselamatan Komponen PBS SPM / PT 3 5. Guru mata pelajran dilantik sebagai Pentaksir Mata Pelajaran (PMP) bertanggungjawab menyedia dan menyimpan Fail Pentaksir Sekolah bagi mata pelajaran Komponen PBS SPM yang diajarnya.
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan 18. 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan aktiviti Lantikan Guru PJPK pentaksiran SEGAK (BMI dan Ujian Kecergasan ) Pengetua 2. Merekod skor SEGAK dalam aplikasi yang disediakan. 3. Memastikan semua pengurusan aktiviti pentaksiran SEGAK (BMI dan Ujian Kecergasan) dilaksanakan dengan mematuhi semua prosedur kerja yang ditetapkan oleh KPM 19. Guru 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan aktiviti Lantikan Penasihat: pentaksiran kokurikulum. Pengetua Kelab & 2. Memberi skor calon kepada Guru Kelas untuk Persatuan , direkod. Badan 3. Memastikan semua pengurusan aktiviti Beruniform , pentaksiran kokurikulum dilaksanakan dengan Sukan dan mematuhi semua prosedur kerja yang ditetapkan Permainan oleh KPM
PERANAN / TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK PBS SEKOLAH MENEGAH Bil Jawatan Peranan / Tanggungjawab Catatan 20. Guru Displin 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan aktiviti Lantikan displin Pengetua 2. Memberi maklumat , nasihat dan data disiplin dalam Mesyuarat Jawatankuasa PBS Induk Sekolah 3. Memastikan semua pengurusan displin dilaksanakan dengan mematuhi semua prosedur kerja yang ditetapkan oleh KPM 21. Guru Pendidikan Khas 1. Mengurus, merancang dan melaksanakan aktiviti Lantikan murid-murid pendidikan khas (MBK) di sekolah Pengetua yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2. Memberi maklumat, nasihat dan data murid-murid pendidikan khas dalam Mesyuarat Jawatankuasa PBS Induk Sekolah. 3. Memastikan semua pengurusan murid-murid pendidikan khas (MBK) dilaksanakan dengan mematuhi semua prosedur kerja yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas KPM (BPKhas).
JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR (JVS) Mesyuarat JVS ini diadakan bagi memastikan : 1. Skor yang di berikan menepati keupayaan sebenar murid, 2. Guru konsisten dalam pemberian skor bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor, 3. Skor diberikan adil bagi semua murid 4. Skor yang dimasukkan dalam SPPAT / Aplikasi PT 3 adalah betul sebelum pengetua mengarahkan markah dihantar ke Lembaga Peperiksaan. Bila JVS bersidang ? . JVS bersidang setelah markah dimasukkan dalam aplikasi secara atas talian ( Aplikasi PT 3/ SPPAT ), proses semak silang berlaku dan sebelum markah dihantar ke Lembaga Peperiksaan. Minit mesyuarat JVS mesti dibuat. Minit mesyuarat hendaklah disimpan sehingga enam (6) bulan selepas keputusan di keluarkan.
Jawatankuasa Integriti v Pengetua mempengerusikan Jawatankuasa Integriti jika berlakunya kes salah laku. v Membincang dan membuat siasatan di peringkat sekolah jika berlakunya kes salah laku. v Menghantar laporan salah laku kepada UPP, PPD / SPP, JPNJ. v Mengambil langkah awal bagi mengawal kes salah laku supaya tidak tersebar. v Pengetua menyerahkan skrip yang didapati berlakunya kes salah laku kepada JPN. v Minit mesyuarat hendaklah disimpan sehingga enam (6) bulan selepas keputusan dikeluarkan
Jawatankuasa Kes-kes Khas ØPengetua mempengerusikan Jawatankuasa kes-kes khas. ØMembincang dan membuat siasatan di peringkat sekolah jika ada permohonan daripada ibubapa/penjaga. ØMenghantar laporan kes-kes khas kepada UPP, PPD / SPP, JPNJ. ØMengambil langkah awal bagi mengawal kes salah laku supaya tidak tersebar. Ø Minit mesyuarat hendaklah disimpan sehingga enam (6) bulan selepas keputusan dikeluarkan.
TAMAT
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PEMENTORAN PP SPM / P 1
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PEMENTORAN PP SPM / P 2
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PEMENTORAN PP SPM / P 3
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PEMANTAUAN PBS SPM / PFI
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PEMANTAUAN PBS SPM / PFP
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PEMANTAUAN PBS SPM / PFPS
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PEMANTAUAN PBS SPM / PP
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PENGESANAN PP SPM / VI
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PENSKORAN PP SPM / MP
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PBS SPM PENSKORAN PBS SPM / LVM
- Slides: 42