MARI BELAJAR PANTUN PANTUN EMPAT KERAT MUAFAKAT Rangkap
MARI BELAJAR PANTUN
PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT)
Rangkap 1 Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. (Maksud Rangkap 1: Suatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan)
Rangkap 2 Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. (Maksud Rangkap 2: Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat)
Rangkap 3 Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia. (Maksud Rangkap 3: Kerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia)
Rangkap 4 Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera. (Maksud Rangkap 4: Apabila rakyat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera)
Rangkap 5 Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. (Maksud Rangkap 5: Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan)
Rangkap 6 Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. (Maksud Rangkap 6: Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan)
TEMA Hidup bermuafakat menjamin kesejahteraan
PERSOALAN 1. Kepentingan amalan bergotong-royong Contoh: Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat, hidup bahagia
2. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan Contoh: Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.
3. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan Contoh: Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
BENTUK PANTUN →Mempunyai 6 rangkap →Mempuyai 4 baris bagi setiap rangkap →Dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris di bawah merupakan maksud →Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris. Contoh: Ke lurah sama diharungi (3 perkataan-Rangkap 1) Contoh: Indah sungguh warna pelangi (4 perkataan-Rangkap 1)
→Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris Contoh: ke/lu/rah sa/ma di/ha/ru/ngi (9 suku kata-Rangkap 1) Contoh: per/ca/ya mem/per/ca/ya/I a/sas ber/pe/gang (13 suku kata-Rangkap 5) →Rima akhir: abab
GAYA BAHASA 1) Asonansi Contoh: Usaha bersama membawa bahagia (pengulangan vokal “a”) 2) Aliterasi Contoh: Kulitnya keras isinya kelat (pengulangan konsonan “k”)
3) Anafora Contoh: Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat (pengulangan perkataan bulat pada awal baris) 4) Peribahasa Contoh: Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat
5) Repitisi Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia (pengulangan perkataan hidup dalam satu baris) 6) Inversi (pembalikan kata) Contoh: Bergotong-royong penduduk sekampung sepatutnya Penduduk sekampung bergotong-royong
kangkung Bunga melati 7) Unsur alam Contoh: Tumbuhan – kangkung, bunga melati Alam – paya, sawah padi paya Sawah padi
NILAI 1) Nilai bekerjasama → Amalan bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan penduduk kampung melahirkan kehidupan yang sejahtera Contoh: Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai, rakyat sejahtera.
2) Nilai semangat bermasyarakat → Masyarakat yang percaya-mempercayai akan dapat mengukuhkan perpaduan. Contoh: Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.
3) Nilai hormat-menghormati → Masyarakat yang saling menghormati dapat memperkukuh perpaduan Contoh: Bertolak ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
PENGAJARAN 1) Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan Contoh: Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.
2) Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain Contoh: Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.
3) Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat Contoh: Bertolak ansur hormat menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
- Slides: 24