MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL

MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL JPM

MAKNA AYAT • Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.

• Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurangnya dengan satu makna. Bagi ayat, persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

• Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai lebih dari itu. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memahami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita • mengabaikan ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.

MAKNA DENOTATIF • Makna yang tersurat/ makna umum/ makna leksikal/ makna kamus → makna yang sesuai dengan rujukan/ pemerhatian alat indera/ makna yang nyata • Contoh: Bunga yang cantik itu ditanam oleh Rozi. • Bunga dalam ayat itu bermaksud sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam di air atau di darat.

MAKNA KONOTATIF • Makna tersirat atau bukan literal/tersurat • Lebih mengutamakan nilai komunikatif (rujukan penutur berdasarkan konteks) • Contoh: “Hajat rombongan kami datang ke sini untuk memetik bunga di taman, ” kata Mak Timah. • Bunga dalam ayat tersebut → Anaka dara yang belum berpunya.

MAKNA EFEKTIF • Muncul akibat reaksi pendengar/ pembaca terhadap penggunaan kata • Kebalikan daripada yang disebutkan • Contoh: Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak sepertinya → makna afektif → orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

MAKNA EMOTIF • Makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus, kojol → makna emotif Kesemua contoh kata tersebut mendukung maksud mati 4

MAKNA LUAS • Makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan → lebih luas daripada makna sebenar. • Contoh : Sekolah→ institusi pengajian tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu. Makna luas sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti Guru Besar, guru, bilik darjah dan murid.

MAKNA SEMPIT • Makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata. • Contoh : Jari budak itu berdarah terkena pisau. Hanya anggota jari sahaja yang kena, bukan pada seluruh anggota.

MAKNA GAYA • Perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya. • Contoh: Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar menggunakan dialek Kedah dalam penulisannya.

MAKNA TEKANAN • Perkataan yang diberi penekanan semasa ujaran • Perkataan itu mewakili makna utama dalam keseluruhan ujaran tersebut. • Contoh: Amira MELAHIRKAN bayi perempuan. Amira melahirkan bayi PEREMPUAN.

SEKIAN
- Slides: 13