MAKANAN DAN PEMAKANAN BUDAYA MELAYU RAISA ELISHA WILBURT
MAKANAN DAN PEMAKANAN (BUDAYA MELAYU) RAISA + ELISHA + WILBURT + FIRDAUS +SUN AH
JENIS MAKANAN • • • NASI LEMAK Merupakan makanan kegemaran bagi orang Melayu terutamanya sebagai sarapan pagi. Merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak untuk menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
JENIS MAKANAN • • LEMANG Sejenis makanan tradisional yang disukai orang ramai. Hanya terdapat ketika Hari Raya. Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864. Dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan. Nasi di dalam buluh dibakar dengan daun pisang. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
JENIS MAKANAN • • • TAPAI Sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap dan sebab itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut. Pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
JENIS MAKANAN • • • BELACAN Sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil atau geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan digemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di Malaysia, malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja. Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.
JENIS MAKANAN DODOL-DODOL • Sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). • Sangat terkenal di Melaka. • Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi.
JENIS MAKANAN • • • OTAK-OTAK Sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor. ” Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa.
KAEDAH MAKANAN Terdapat pelbagai jenis kaedah masakan yang didapati iaitu: • Menggoreng (fry): Kangkung belacan, Patai, Keropk lekor • Merebus (boil): Mi rebus • Memutar (spin): Biskut badam • Membakar (grill): Roti bakar, Ikan bakar • Merendidih (simmer): Ikan asam pedas, Rendang • Mengukus (steam): Kuih lapis, pulut kuning • Memanggang (grill): Satay • Mengenjut: Kuih bahulu • Menggril (grill): Pulut panggang • Menggaul dan Meramas (mixing and squeezing): Biskut kacang, Tart nanas
CARA MAKAN Orang Melayu suka makan bersama keluarga ataupun dengan rakan. Pada masa dahulu, kebanyakkan orang Melayu duduk makan di lantai. Ini dianggap satu cara yang tertib. Orang Melayu makan dengan menggunakan jari tangan, sudah tentu tangan kanan. Makan dengan menggunakan tangan kiri dianggap tidak sopan. Sebelum makan, mereka akan mencuci tangan dengan air di dalam sebuah mangkuk. Selalunya, jikalau makan dengan keluarga, ketua keluarga iaitu seorang bapa akan memulakan makan dengan doa ringkas dan kemudian mengajak semua ahli keluarganya makan bersama. Ketika makan, anak-anak kecil tidak digalakkan berbual-bual. Anak-anak lelaki tidak digalakkan bertukar tempat makan, ini kerana untuk mengelakkan mereka dari bertukar-tukar pasangan hidup. Sikapsikap ini sangat penting untuk generasi yang akan datang di masa hadapan. Saya sangat harap bahawa sikap-sikap ini akan diturunkan kepada generasi yang baharu.
KENAPA MENGGUNA TANGAN? Kisah budaya cara orang Melayu makan bertalian dengan kisah Tengku Kudin, seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor, pada akhir abad ke-19. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dan cerita ini juga terdapat dalam sebuah buku yang ditulis oleh Emilly Innes, bertajuk “Chersonese – The Guilding Off”. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident untuk menghadiri jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun dan menuju ke arah paip air untuk membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain yang menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya!
KENAPA MENGGUNA TANGAN? Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang duduk di sisinya. Tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut turut bertanya, “Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan? ” Tengku Kudin pula menjawab dengan selamba dan lantang supaya dapat didengari oleh orang lain. Katanya: “Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurangnya ada tiga sebab:
KENAPA MENGGUNA TANGAN? PERTAMA: Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih. KEDUA: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang sahaja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya. KETIGA: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang!!”
KHASIAT PEMAKANAN • Terdapat peratusan yang tinggi dalam lemak trepu • Terdapat sesetengah makanan yang sangat bergula • Terdapat sesetengah makanan yang sangat berlemak • Terdapat sesetengah makanan yang sangat berminyak • Terdapat sesetengah hidangan yang seimbang
PANTANG LARANG § § § § Makan mencangkung payah dapat rezeki. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh. Makan beras mentah dapat penyakit kuning. Makan telur tembelang dapat penyakit barah. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
ADAT & TATATERTIB • § § § Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu. Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda. Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu, kemudian barulah diikuti dengan orang muda. Ambilah makanan yang berhampiran dengan anda. Jangan mengangkat makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdckatan dengan makanan itu. Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan kecuali jika tangan kanan kotor. Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk.
ADAT & TATATERTIB • • Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan. Jangan menghirup minuman atau mengunyah makanan secara berbunyi. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghcmbus hingus, berkahak atau berludah. Jangan makan sampai terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja. Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-cloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun. Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Waktu Maghrib adalah waktu sembahyang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan.
ADAB DAN KEBAIKAN ADAB • Dimulakan dengan bacaan Bismillah • Makan dengan menggunakan tangan kanan • Ketika makan seelok-eloknya ambilah makanan yang berhampiran dan tidak sama sekali digalakkan menjangkau makanan yang sukar dicapai dan perlu meminta bantuan orang yang berdekatan. • Makan dengan menggunakan hunjung jari. • Perempuan akan duduk bersimpuh ketika makan di atas tikar. • Lelaki biasanya duduk bersila ketika makan di atas tikar. KEBAIKAN • Boleh memastikan bahawa individu boleh makan secara kemas dan sopan • Tidak akan mengganggu selera makan orang lain.
- Slides: 17