LINUS NUMERASI Ahli Kumpulan 1 Yong Fee Sim






































- Slides: 38
LINUS NUMERASI Ahli Kumpulan: 1. Yong Fee Sim 2. Lui Chai Ying 3. Lee Yu Wei
Numerasi Merupakan keupayaan untuk melakukan operasi asas dalam matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
Pentaksiran Merupakan satu proses yang mendapatkan maklumat tentang sesuatu subjek untuk dijadikan bukti supaya penilaian tentang produk sesuatu proses pendidikan dapat dibuat.
KONSTRUK i) Perkara yang ditaksir ii) Dibangunkan diperkembangkan melalui proses P & P iii) Dinyatakan dalam dokumen kurikulum iv) Dibahagikan kepada dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak
Konstruk * Dimensi Manusia yang Berbentuk Konkrit Jisim Ukur lilit Tinggi
Konstruk * Dimensi Manusia yang Berbentuk Abstrak Pengetahuan Kemahiran
Konstruk Alat yang berbeza untuk mengukur konstruk yang sama Jisim
Selain daripada itu… Alat yang sama dapat digunakan untuk mengukur pelbagai konstruk
Kerangka Konstruk • BLOOM (1956) - Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis, Penilaian • KRATHWOHL (1964) - Menerima, Membalas, Menghargai, Organisasi, Perwatakan • EBEL (1965) - Persefahaman, Kemahiran, Watak • WALBESSER (1965) - Kemahiran • GARDNER (1983) - 6 Pelbagai Kecerdasan
Pengetahuan (Tahu & Faham) Nilai (Boleh diamal) Kerangka konstruk LP Kemahiran (Boleh buat)
Konstruk yang diuji dalam Numerasi Konstruk 1 Keupayaan mengenal pra nombor dan angka Konstruk 2 Keupayaan membilang Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai nombor Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi Konstruk 5 Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Konstruk 6 Keupayaan menyatakan waktu Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan operasi asas Konstruk 8 Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Konstruk 9 Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Konstruk 11 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
Konstruk 1 • Keupayaan mengenal angka & pra nombor
Keupayaan mengenal pra nombor dan angka • Mengenal angka (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9) – secara lisan – penulisan Dalam bentuk rawak. • Mengenal pra nombor – menggunakan deria dan menyatakan sesuatu di persekitaran secara kuantitatif
Contoh • Kad angka ditunjukkan kepada murid dan murid diminta menyebut angka-angka yang berkenaan. – Angka yang sebutannya dimulakan dengan suku kata terbuka seperti 1, 3, 5 diikuti dengan suku kata tertutup seperti 4, 6, 7, 8, 9, 0 dan akhirnya angka suku kata diftong seperti 2. • Angka disebut oleh guru dan murid diminta menulis angka-angka yang berkenaan.
Konstruk 2 • Keupayaan membilang
Contoh • Nyatakan bilangan objek • Objek dibilang dan ditulis bilangan objek itu dalam petak yang disediakan. 6
Konstruk 3 • Keupayaan memahami nilai nombor – menunjukkan keupayaan menunjukkan perwakilan nombor, susunan nombor mengikut urutan tertib, sama ada secara menaik atau menurun.
Keupayaan memahami nilai nombor • Padankan nombor berikut dengan bilangan objek yang betul. 3 • Tuliskan angka yang menunjukkan kedudukan objek itu ke dalam petak disediakan. 1
Konstruk 4 • Keupayaan membuat seriasi
Keupayaan membuat seriasi • Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut: – – – banyak kecil pendek rendah nipis sedikit besar panjang tinggi tebal • dan sebaliknya
Konstruk 5 • Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Keupayaan mengenal mata wang Malaysia • Kebolehan mengecam, mengasingkan atau mengklasifikasi • wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM 1, RM 5, RM 10, RM 50, RM 100
Contoh • Tandakan √ pada mata wang Malaysia dan Χ pada bukan mata wang Malaysia dalam petak yang disediakan. contoh
Konstruk 6 • Keupayaan menyatakan waktu
Keupayaan menyatakan waktu • Keupayaan menyatakan: - pagi, petang, malam berdasarkan situasi yang diberi. - hari dalam seminggu mengikut urutan - nama bulan dalam setahun
Konstruk 7 • Keupayaan mengendalikan operasi asas
Keupayaan mengendalikan operasi asas • Kebolehan mengendalikan operasi tambah dan tolak • Tuliskan hasil tambah ke dalam petak yang disediakan. • Contoh: • 2+3=5
Konstruk 8 • Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia • Keupayaan mengendalikan operasi tambah dan tolak yang melibatkan wang syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM 1, RM 5, RM 10.
Konstruk 9 • Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu • Kebolehan menyatakan anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD • Contoh unit yang digunakan ialah jengkal dan langkah • Membuat perbandingan panjang , jisim dan isi padu
Konstruk 10 • Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya • Menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan tolak • Menggunakan simbol atu grafik untuk menerangkan operasi tambah dan tolak • Menulis ayat matematik dengan menggunakan simbol tambah (+), simbol tolak (-) dan simbol sama (=) • Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam bahasa harian
Konstruk 11 • Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat • Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek konkrit • Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak
Konstruk 12 • Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang 50 sen Warnakan duit syiling yang perlu untuk membeli kek itu.
Rujukan • Kementarian Pendidikan Malaysia (2012) MANUAL AM -NKRA: INSTRUMEN SARINGAN NUMERASI (LISAN DAN BERTULIS). Putrajaya : Malaysia • Miza Hadi. (2011). Retrieved 28 Jun, 2012 from http: //www. slideshare. net/hadimiza/literasi-dannumerasi-asgmt • Zarina Erin. (2012). Retrieved 28 Jun, 2012 from http: //www. scribd. com/doc/96389850/numerasi