LAPORAN PEMBUKTIAN HHHC 9101 Set 25 Sem 1
LAPORAN PEMBUKTIAN HHHC 9101 Set 25 Sem 1 20142015 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN NAMA : NOOR AINA ZULAFA NADHIRAH BINTI ADNAN NO. MATRIK : A 145774 PROGRAM PENGAJIAN : BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN FAKULTI : SAINS & TEKNOLOGI NO. TELEFON : 0137139235 ALAMAT EMEL : ainazulafa 1611@yahoo. com NAMA PENSYARAH : PUAN FATIN HAZWANI @ HASIDAH BINTI SIRAN
KERTAS KERJA PROJEK MENYERIKAN SURAU TARIKH 6 DISEMBER 2014 TEMPAT SURAU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI & SURAU PUSANIKA ANJURAN AHLI-AHLI KUMPULAN PELANGI SET 25 HHHC 9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN DISEDIAKAN OLEH : 1) NOOR AINA ZULAFA NADHIRAH BINTI ADNAN (A 145774) 2) NUR ATHIRA SHAHIRAH BINTI AB RAHMAN ( A 145810 ) 3) AZLYN IZZATI BINTI ADINIE ( A 145769 ) 4) WEZAWEIA JEOL (A 145 5) SITI NOOR AZLIEN BINTI ABAS ( A 145763 )
TUJUAN Kertas kerja ini disediakan untukmenunjukkan perancangan projek yang akan dijalankan. Projek ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kemahiran sosial dan sifat bertanggungjawab antara ahli kumpulan. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk membersihkan surau-surau agar sentiasa berada dalam keadaan selesa dan bersih. PENGENALAN Pada am nya, tanggungjawab didefinisikan sebagai suatu amanah yang diberikan kepada seseorang yang akan mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka menjalankan sesuatu kerja dengan penuh rasa ikhlas dan berusaha ke arah pencapaian sasaran sesuatu organisasi. Sebagai seorang pelajar, rasa tanggungjawab ini penting untuk membawa harapan diri sendiri, ibu bapa dan ahli keluagra ke tahap yang membanggakan. Selain itu, rasa tanggungjawab ini juga boleh membantu ahli kumpulan untuk mencapai sasaran organisasi. Manakala, kemahiran sosial amat penting dari konteks untuk seseorang mahasiswa mengahadapi rintangan hidup yang berliku-liku. Secara ringkasnya, kemahiran sosial merujuk kepada pelajar yang bekerja dalam satu kumpulan yang bercampur antara kaum, jantina, dan bangsa. Oleh itu, bersosial secara efektif dan berkesan dapat melahirkan ahli pasukan yang bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah organisasi terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi rasa tanggungjawab dan kemahiran untuk bersosial dengan professional, juga mempunyai keupayaan, kepakaran, serta pengetahuan dan juga mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Kursus Sosial dan Kebertanggungjawaban, HHHC 9101 adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang professional serta rasa tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa yang boleh berfikir secara kreatif melalui analisis, mentafsir dan menilai dalam mencapai satu kesimpulan yang kukuh. Justeru itu, satu projek membersih dan menyerikan surau telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus ini. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk kemahiran sosial dalam kalangan pelajar, menggalakkan kreativiti dalam kalangan pelajar, melatih pelajar membina proposal aktiviti yang baik hasil daripada daya kreativiti pelajar dan meningkatkan rasa cinta akan kebersihan dalam kalangan pelajar. Projek Menyerikan Surau yang akan dijalankan oleh kumpulan kami adalah aktiviti membersihkan surau dengan menyusun telekung, bahan bacaan, tasbih, Al. Quran dan hadis. . Selain itu, kami akn menampal bahan-bahan bacaan seperti zikir dan doa. Tambahan pula, kami akan meletakkan pewangi di kedua-dua surau tersebut. Selain itu, kami akan membersihkan tempat untuk mengambil wuduk dan juga menyusun selipar. Dan akhir sekali, kami akan membuang sampah yang ada.
Aktiviti ini akan dijalankan di surau FST dan surau Pusanika pada 6 Disember 2014 pada jam 9 pagi hingga 12. 00 tengahari. Kami mengambil inisiatif untuk membersihkan surau kerana surau adalah tempat kunjungan utama pelajar muslim di mana pelajar muslim beribadat. Oleh itu, kami ingin memastikan surau-surau ini sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa. Melalui aktiviti ini, kami dapat berinteraksi dengan warga UKM sekali gus dapat memenuhi objektif dalam kursus ini. Kami juga boleh bebas menyuarakan pendapat dan idea yang kreatif untuk menjayakan aktiviti ini selain member peluang dan pengalaman kepada kami sebagai seorang pelajar. . Dapat disimpulkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban merupakan salah satu elemen penting untuk menggerakkan sesuatu organisasi. Jika rasa tanggungjawab tiada dalam diri setiap ahli kumpulan, sudah pasti objektif projek ini tidak akan dapat dicapai. Kemahiran sosial juga sangat penting dalam menggerakkan sesuatu organisasi agar tidak berlaku sebarang persengketaan.
MISI Sebagai pihak pelaksana Projek Menyerikan Surau ini kami bertanggungjawab untuk memastikan perlaksanaan projek ini dengan : Melaksanakan projek ini selari dengan objektif-objektif yang telah digariskan dan matlamat pengisian yang telah ditetapkan oleh kursus ini. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Menjaga nama baik universiti dan kolej sepanjang pelaksanaan projek ini. OBJEKTIF Projek ini menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai selari dengan keperluan kursus ini: Memupuk kemahiran sosial yang baik dalam kalangan pelajar. Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pelajar universiti. Melatih dan memupuk cinta akan kebersihan bagi setiap pelajar. Menggalakan pelajar mengeluarkan idea yang kreatif dan inovatif.
ANJURAN Kumpulan Pelangi Set 25 HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban. TARIKH DAN MASA Aktiviti ini dicadangkan untuk diadakan pada : Hari : Sabtu Tarikh : 6 Disember 2014 Masa : 9 pagi – 12 tengahari TEMPAT PROGRAM Projek ini akan dijalankan di surau FST dan surau Pusanika. BELANJAWAN Anggaran kasar perbelanjaan berjumlah RM 10. 00 (termasuk pewangi dan servis printing). Oleh kerana anggaran modal adalah dalam jumlah yang kecil, setiap ahli kumpulan bersetuju untuk mengumpul wang berkenaan dengan memberi RM 2. 00 seorang untuk membeli barang-barang tersebut.
LAPORAN PEMBUKTIAN GAMBAR KEADAAN TELEKUNG SEBELUM DAN SELEPAS DIKEMASKAN
ANTARA AKTIVITI YANG DILAKUKAN GAMBAR AHLI KUMPULAN PELANGI
LAPORAN KENDIRI Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban adalah antara elemen yang penting untuk seorang menjadi insan yang bercita-cita tinggi dan berpandangan jauh. Kemahiran bersosial dalam kalangan pelajar, pelajar dan pensyarah, pelajar dan masyarakat luar juga penting untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan persekitaran agar sentiasa sihat. Sesungguhnya dengan menjadi orang yang bertanggungjawab atas segala tindakan sendiri sebagai seorang pelajar universiti seseorang itu akan menuai hasil yang positif untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, universiti dan seterusnya negara. Setiap pelajar perlulah mempunyai rasa tanggungjawab kerana tanggungjawab lebih berat daripada melepasnya tetapi tidak bertanggungjawab adalah lebih berat konsekuensinya daripada menanggung bebanan tanggungjawab. Pelajar bertanggungjawab terhadap keadaan kampus yang menjadi tempat seseorang itu menimpa ilmu, Sebagai contoh, surau, dewan kuliah, tandas atau kafeteria yang menjadi tempat untuk pelajar meneruskan hidup dan perjuangan di kampus. Oleh itu, kita sebagai seorang pelajar perlulah bertanggungjawab menjaga keadaan tempat tersebut agar sentiasa bersih dan selesa. Dalam konteks sosial, pelajar perlulah peka dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, surau adalah tempat beribadat muslim, yang di mana setiap pelajar menggunakan surau untuk beribadat. Oleh itu, kebersihan surau perlulah dijaga bersama-sama. Robert F. Bennett pernah menukilkan kata, kehidupan anda adalah jumlah dari semua pilihan yang anda buat, baik secara sedar ataupun tidak. Jika anda dapat mengendalikan proses pemilihannya, anda dapat mengendalikan seluruh aspek kehidupan anda, sekaligus anda dapat menemukan kebebasan yang datang dari tanggungjawab terhadap diri anda sendiri.
Kumpulan saya telah memilih untuk membersihkan surau dan menambah sedikit zikir dan doa untuk amalan bersama sebagai projek HP kami. Kami memilih lokasi surau FST sebagai tempat untuk projek ini dijalankan. Hal ini kerana kumpulan yang kami tubuhkan terdiri dari ahli-ahli pelajar Fakulti Sains dan Teknologi. Selain itu, kami juga memilih surau Pusanika sebagai lokasi projek kami. Ini akan menudahkan lagi projek ini dilakukan di samping kami sendiri yang akan menggunakan surau ini. Oleh itu, kami menganggap ini akan menambahkan lagi rasa sayang terhadap surau-surau ini. Kumpulan kami juga ada menambah sedikit zikir harian doa untuk pelajar-pelajar amalkan. Hal ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak untuk saham dunia dan ahkirat. Saya memperolehi banyak kesedaran melalui program ini dengan memperingati diri sendiri bahawa sifat bertanggungjawab perlu saya sematkan dalam diri saya sebagai seorang pelajar. Hal ini kerana saya telah memikul beban yang besar iaitu harapan ibubapa saya dan harapan negara untuk melahirkan seorang graduan yang boleh berjuang untuk nusa dan bangsa. Oleh itu, saya berharap saya dan rakan-rakan sekumpulan memperolehi banyak kebaikan semasa dan selepas projek ini dilaksanakan.
- Slides: 11