KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT

  • Slides: 8
Download presentation
KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH HHHC 9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA

KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH HHHC 9301 - KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA : MOO CHIEN YIN NO. MATRIK : A 144540 NO. KAD PENGENALAN : 940826 -14 -5020 FAKULTI : FAKULTI SAINS KESIHATAN PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN /2 NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. HING HIANG LIAN

PELAKSANAAN

PELAKSANAAN

Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) Peringkat UKM sesi 2013/2014 telah diadakan pada 1 dan 2

Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) Peringkat UKM sesi 2013/2014 telah diadakan pada 1 dan 2 Mac 2014. Saya sebagai salah seorang peserta telah mempelajari banyak ilmu sepanjang latihan dan semasa dalam pertandingan. Terdapat lima kategori yang dipertandingkan dalam PPC. Antaranya ialah kawad kaki, kuiz, team test, bandaging dan community base. Jurulatih telah mengadakan banyak sesi latihan untuk mengajar kami tentang ilmu pertolongan cemas. Sepanjang latihan kawad kaki, disiplin adalah amat penting. Kami perlu mematuhi arahan daripada komander kumpulan kami. Saya berjaya menjadikan diri saya seorang yang amat berdisiplin. Selain itu, saya juga belajar cara-cara untuk memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan antara diri saya dengan ahli kumpulan yang lain. Dengan adanya persefahaman antara ahli kumpulan, kami dapat melakukan setiap gerakan dengan sekata. Dalam kategori team test, kami diberikan satu situasi dan diminta untuk memberikan bantuan dan rawatan kepada mangsa. Kami telah diajar cara-cara untuk membalut luka, CPR (cardiopulmonary resuscitation), pengakutan dan sebagainya. Ilmu-

Ilmu ini membolehkan saya untuk membantu mangsa-mangsa dan orang lain ketika dalam waktu kecemasan.

Ilmu ini membolehkan saya untuk membantu mangsa-mangsa dan orang lain ketika dalam waktu kecemasan. Dengan adanya ilmu ini, keadaan seseorang mangsa dapat dielakkan daripada menjadi lebih teruk dalam kecemasan. Kami perlu mengingat ilmu-ilmu ini dan mengaplikasikannya dalam situasi yang diberikan. Kami perlu mengorganisasikan maklumat dan pengetahuan kami demi memberikan bantuan dan rawatan yang sesuai kepada mangsa. Semasa latihan bandaging, kami diajar cara-cara pembalutan luka yang tepat. Kami juga diminta untuk melakukan pembalutan dengan cepat. Ini membolehkan kami memberi rawatan kepada mangsa -mangsa dengan cepat dan mengurangkan peluang keadaan mereka untuk menjadi semakin teruk. Kami juga diajar cara-cara untuk berkomunikasi semasa berdepan dengan mangsa-mangsa. Dalam proses berkomunikasi dengan mereka, kami dilarang untuk menjengkelkan perasaan mereka. Kami juga belajar untuk bertutur secara bersopan dan lembut semasa berdepan dengan mangsa. Dalam community base, kami akan diberikan sebuah situasi dan kami diminta untuk mengesan sesuatu penyakit. Kami perlu berkomunikasi dengan mereka dan bertanya tentang simptom dan maklumat-maklumat mereka untuk mengetahui sesebuah penyakit.

Selepas itu, kami perlu memberi nasihat kepada mereka dan memberitahu mereka tentang langkah pencegahan

Selepas itu, kami perlu memberi nasihat kepada mereka dan memberitahu mereka tentang langkah pencegahan sesebuah penyakit itu. Sepanjang latihan ini, kami belajar cara untuk berkomunikasi yang sesuai. Kami juga dapat mempelajari pelbagai info tentang sesuatu penyakit. Kami telah mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat untuk mengumpul dan mengorganisasikan maklumat-maklumat yang telah diperolehi dan seterusnya menentukan sesebuah penyakit yang telah diberikan. Untuk kategori kuiz, kami telah belajar tentang sejarah penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah dan banyak lagi theori tentang ilmu pertolongan cemas. Kami diajar pelbagai jenis luka dan rawatannya serta jenis-jenis ubat yang diberikan untuk merawat semasa dalam waktu kecemasan. Saya dapat mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan harian saya dan juga untuk membantu orang lain. Sepanjang sesi latihan ini, saya juga belajar bagaimana cara-cara untuk menguruskan masa dan mengorganisasikan setiap tugasan yang telah diberikan. Saya belajar untuk mengimbangkan dari segi akademik dan juga PPC.

Pada hari kejadian PPC, kami telah mengaplikasikan semua ilmu yang telah kami perolehi sepanjang

Pada hari kejadian PPC, kami telah mengaplikasikan semua ilmu yang telah kami perolehi sepanjang sesi latihan yang telah dijalankan dalam pertandingan setiap kategori. Kami berjaya menyusun minda dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini. Persefahaman dan hubungan yang erat antara ahli kumpulan saya membolehkan kami berjaya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pertandingan ini. Kumpulan saya telah dianugerahkan Johan Keseluruhan untuk Pertandingan Pertolongan Cemas Peringka UKM sesi 2013/2014.

Link untuk video Pelaksanaan: https: //www. youtube. com/watch? v=Q 6 c OPwcu. TDI

Link untuk video Pelaksanaan: https: //www. youtube. com/watch? v=Q 6 c OPwcu. TDI

SEKIAN TERIMA KASIH

SEKIAN TERIMA KASIH