KURSUS ILMU FALAK ASAS PEMBENTUKAN TAQWIM HIJRIAH HITUNGAN
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PEMBENTUKAN TAQWIM HIJRIAH & HITUNGAN DATA RUKYAH SEKSYEN GRAVITI DAN FALAK BAHAGIAN UKUR GEODETIK JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 1
KURSUS ILMU FALAK - ASAS RINGKASAN PENYAMPAIAN q Sistem Bumi – Bulan - Matahari q Fasa-fasa Bulan q Jenis-jenis Taqwim Hijriah q Kaedah Penentuan Awal Bulan Hijriah q Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah q Mekanisme Penetapan Awal Bulan Hijriah q Penyediaan Taqwim Malaysia oleh JUPEM q Contoh Hitungan Data Rukyah 2
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENDAHULUAN SISTEM BUMI-BULAN-MATAHARI "Dan Dia lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. (Surah Al Anbiyaa‘ - ayat 33) Hubungan di antara Ilmu Falak dan penentuan awal bulan hijrah sudah tidak asing lagi bagi umat Islam di Malaysia. Ianya amat penting dalam membentuk Taqwim Hijriah dan seterusnya menentukan hari-hari penting di dalam Islam seperti Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi bagi Taqwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Bulan mempunyai saiz yang paling kecil berbanding dengan jasad matahari dan bumi. Ia berbentuk bulat atau sepiar seperti bola dan jelas kelihatan pada waktu malam. Bulan beredar mengelilingi bumi pada orbitnya yang mengakibatkan terbentuknya bilangan bulan. Manakala bumi pula berputar di paksinya yang membentuk Gerakan Harian (Diurnal) sambil bergerak mengelilingi matahari dan terjadinya Gerakan tahunan (Annual). 3
KURSUS ILMU FALAK - ASAS GERAKAN HARIAN (DIURNAL) Gerakan Harian ialah putaran bumi pada paksinya dari barat ke timur. Ia mengambil masa selama 24 jam bagi satu putaran genap. Gerakan harian ini menyebabkan terjadinya fenomena siang dan malam. Bahagian bumi yang mengadap ke matahari akan mengalami siang manakala bahagian yang terlindung akan mengalami malam. Tempoh waktu siang dan malam pada sesuatu tempat adalah bergantung kepada garislintang (latitud) tempat tersebut. Bagi tempat yang berada di kawasan Katulistiwa (latitud 0°), tempoh waktu siang dan malamnya hampir sama. Putaran bumi juga menyebabkan terjadinya matahari terbit dan terbenam. 4
KURSUS ILMU FALAK - ASAS GERAKAN TAHUNAN (ANNUAL) Bumi beredar mengelilingi matahari di atas orbitnya dalam tempoh masa lebih kurang 365 hari iaitu satu tahun. Ini dikenali sebagai Gerakan Tahunan (Annual). Bumi beredar mengelilingi matahari pada arah berlawanan jam dan orbitnya berbentuk eliptik (membujur). Oleh itu jarak antara bumi dan matahari berubah semasa peredarannya. Jarak paling dekat sekali (matahari-bumi) dikenali sebagai Perihelion dan jarak paling jauh sekali (matahari-bumi) dipanggil Aphelion. Kesan daripada kecondongan paksi bumi terhadap satah orbit bumi mengelilingi matahari iaitu sebanyak 66. 5° menyebabkan lahirnya empat musim iaitu musim panas, gugur, sejuk, dan bunga. Bagi kawasan-kawasan yang berada di latitud yang tinggi iaitu samaada bahagian atas atau bawah dari kawasan khatulistiwa. Sekiranya di hemisfera utara mengalami musim panas, maka di hemisfera selatan pula akan mengalami musim sejuk. 5
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PEREDARAN BULAN ‘Dan Kami telah tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah sehingga (setelah dia sampai kemanzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya ’ (Surah Yasin - ayat 39 -40) Bulan adalah satu badan cakerawala berbentuk bulat atau sepiar (sphere), beredar mengelilingi bumi dari arah barat ke timur. Bulan mengambil masa selama 27. 32 hari bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi bumi yang mana ianya dipanggil bulan sideris (sidereal). Manakala tempoh waktu yang diambil oleh bulan untuk melengkapkan pusingan dengan bumi beserta matahari (matahari, bulan dan bumi berkedudukan di atas longitud yang sama) ialah selama 29. 53059 hari dan dipanggil bulan sinodis (synodic) atau dikenali juga sebagai satu bulan ijtimak. Tempoh satu bulan ijtimak tidak sentiasa sama (29. 53059 hari) di sebabkan pengaruh tarikan planet-planet di sekeliling. 6
KURSUS ILMU FALAK - ASAS FASA-FASA BULAN "Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: 'Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji. . " (Surah Al Baqarah - ayat 189) 7
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingannya di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza bentuk. Akibatnya terjadilah fasa-fasa bulan. Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi: Fasa Pertama : Ijtimak (bulan gelap) dan hilal Fasa kedua : Bulan pada suku pertama Fasa Ketiga : Bulan pada suku kedua (bulan purnama) Fasa Keempat : Bulan pada suku ketiga IJTIMAK (CONJUNCTION) Ijtimak dikatakan berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada didalam longitud yang sama, iaitu ketiga-tiga jasad tersebut berkedudukan didalam satu garisan. Akibat daripada penyusunan ini, bulan akan membelakangi matahari. Bayang bulan akan terhasil dan sekiranya ia jatuh keatas permukaan bumi, maka terjadilah gerhana matahari. 8
KURSUS ILMU FALAK - ASAS BULAN BARU (ASTRONOMICAL NEW MOON) Bulan baru terhasil ketika ijtimak berlaku. Bagi kaum Cina, ia menandakan permulaan atau hari pertama dalam bulan baru. Bulan baru mustahil untuk dilihat dari bumi kerana kedudukannya itu tidak memungkinkan ia untuk memantulkan cahaya matahari. Oleh kerana itu, bulan baru tidak boleh dilihat, kecuali ketika gerhana matahari. HILAL, ANAK BULAN ATAU BULAN SABIT (MOON CRESCENT) Selepas sahaja ijtimak berlaku, maka bulan akan terus beredar mengelilingi bumi. Dalam masa yang sama, bumi pula berputar pada paksinya. Oleh kerana putaran bumi adalah lebih laju daripada peredaran bulan, maka bulan akan segera terbenam diufuk barat pencerap. Hilal atau anak bulan atau bulan sabit hanya akan terbentuk dan wujud selepas bulan itu keluar daripada garisan ijtimaknya dan berada di kedudukan yang membenarkan ia memantulkan cahaya matahari kepada pencerap di bumi. Justeru, bagi pencerap dibumi, hilal adalah kenampakan pertama lengkuk cahaya tersebut. Bagi umat Islam, apabila hilal telah kelihatan, ia menandakan permulaan atau hari pertama dalam bulan baru. 9
KURSUS ILMU FALAK - ASAS JARAK LENGKUNG BULAN MATAHARI Jarak lengkung merupakan salah satu daripada nilai yang penting bagi Kriteria Imkanurukyah. Ia adalah jarak sudut yang dihitung dari titik tengah bulan hingga ke titik pertemuan antara ufuk dengan piring matahari ketika maghrib. TINGGI HILAL Ketinggian hilal yang juga disebut sebagai altitud adalah jarak sudut yang diukur dari ufuk hingga ke titik tengah hilal. UMUR HILAL Tempoh masa diantara waktu ijtimak dengan waktu hilal terbenam dinamakan umur hilal. Lagi lama tempoh ini, maka lagi tinggi peluang untuk melihat hilal. Ini adalah kerana bulan telah jauh meninggalkan garisan ijtimak tersebut. Geometri kedudukannya adalah semakin besar secara relatif kepada matahari dan bumi. Bentuk dan ketebalan cahaya hilal bergantung keatas geometri ini. 10
KURSUS ILMU FALAK - ASAS TAQWIM "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Nya) kepada orang-orang yang mengetahui" (Surah Yunus - ayat 5 -6) TAQWIM atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau satu sistem susunan masa. TAQWIM membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi minggu dan minggu menjadi hari. TAQWIM memainkan peranan yang amat penting didalam kehidupan manusia sejak berzaman lagi. ‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran’ (Surah Al-‘Asr - ayat 1 -3) 11
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Ia boleh diibaratkan sebagai satu time planning mechanism yang bersifat a self correcting system dan berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti sosial dan keagamaan bagi membantu manusia mentadbir kehidupan mereka seharian, termasuklah amalan ketamadunan dan keagamaan. Justeru, manusia menggunakan TAQWIM bagi merancang, mengurus, mengatur, mentadbir dan melaksanakan aktiviti-aktiviti hariannya, termasuklah perlakuan ibadat keagamaan, perayaan, kebudayaan, pertanian dan sebagainya. TAQWIM ISLAM DAN KALENDAR MILADIAH Hubungan di antara penentuan awal bulan hijriah dengan ilmu falak syarie sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Ianya amat penting dalam membentuk Taqwim dan seterusnya untuk menentukan tarikh-tarikh penting seperti awal Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi bagi Taqwim Islam iaitu Taqwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. ‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’ (Surah Al-Baqarah - ayat 189) 12
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Menurut ilmu astronomi, perkiraan bulan baru dikatakan bermula ketika berlakunya waktu ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal bulan baru Hijriah dikira bermula selepas peristiwa ijtimak dengan ‘terlihatnya’ hilal di ufuk barat selepas matahari terbenam. "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah kami terangkan dengan jelas. " (Surah Al Israk - ayat 12) Apabila hendak membangunkan sesebuah Taqwim, ianya boleh di asaskan sama ada kepada kedudukan bulan (seperti Taqwim Hijriah) atau matahari (Kalendar Miladiah) atau kedua-duanya sekali (Kalendar Cina dan Hebrew). 13
KURSUS ILMU FALAK - ASAS SEJARAH & LATARBELAKANG KALENDAR ISLAM/TAQWIM HIJRIAH § Sistem kalendar Islam ini, juga dikenali sebagai sistem Taqwim Hijriah, mula disusun secara sistematik pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab pada tahun ke-17 selepas peristiwa Hijrah Baginda Rasulullah S. A. W. § Menurut sejarah, dalam peristiwa Hijrah tersebut, Rasulullah telah sampai di Quba, Madinah pada hari Jumaat bersamaan 24 September, 622 Masehi § Tahun pertama (0001 Hijrah) dalam sistem Taqwim Hijrah adalah berdasarkan tahun peristiwa Hijrah tersebut. § Awal Muharram pada tahun pertama Taqwim Hijrah (1 Muharram 0001 Hijriah) bersamaan 16 hb. Julai, 622 Masehi (Jumaat) 14
KURSUS ILMU FALAK - ASAS DASAR PEMBENTUKAN KALENDAR/TAQWIM HIJRIAH TEMPOH SETAHUN § Tempoh setahun mengikut kalendar Hijrah adalah 12 bulan iaitu sepertimana yang ditetapkan oleh Allah S. W. T di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan disisi ( hukum) Allah ialah dua belas bulan, ( yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian adalah agama yang lurus…. ” (Surah At-Taubah : ayat 36) § Menurut tafsir, empat bulan yang dihormati tersebut adalah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah § Ketetapan tempoh setahun (12 bulan) bermakna syariat Islam menolak sistem kalendar yang menetapkan bilangan bulan melebihi 12, umpamanya menjadikan 13 bulan iaitu menambah satu bulan “intercalary” yang menjadi dasar sistem kalendar luni -solar (kalendar Cina, Hindu) 15
KURSUS ILMU FALAK - ASAS DASAR PEMBENTUKAN KALENDAR/TAQWIM HIJRIAH TEMPOH SEBULAN . . . mereka itu bertanya kepada mu tentang bulan sabit. Katakanlah: bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi orang-orang berpuasa, hari raya dan waktu ibadah dan berhaji”. ( Surah Al-Baqarah - Ayat 189) “Bila kamu melihat hilal, maka berpuasalah dan Bila kamu melihat hilal, maka berbukalah. Bila hilal itu tertutup awan, maka takdirkanlah ia” (Riwayat Imam Muslim) “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal (anak bulan) dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tertutup, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh hari”. ( Riwayat Imam Muslim dan Bukhari) 16
KURSUS ILMU FALAK - ASAS JENIS-JENIS TAQWIM ISLAM Al-Quran dan Hadith Nabi s. a. w adalah sumber utama dalam pembentukan Sistem Kalendar Hijrah. Namun perbezaan tafsiran feqah terhadap sumber asal menghasilkan dasar & pelaksanaan kalendar (taqwim) yang berbeza, natijahnya sistem kalendar Hijrah mengalami proses reformasi Walaupun pada asasnya Taqwim Hijriah berdasarkan kepada peredaran bulan, tetapi secara praktikalnya ia terbahagi kepada beberapa jenis Taqwim, bergantung kepada tujuan pemakaian dan keadaan masa. Pelbagai peringkat Taqwim telah di bentuk dan digunapakai di Malaysia sehingga kini seperti: TAQWIM ISTILAHI Sistem taqwim yang disusun berdasarkan penentuan awal bulan secara kiraan sistematik dimana bilangan hari dalam bulan-bulan untuk setahun ditetapkan secara selang seli 29 hari dan 30 hari. Bagi tempoh setahun (12 bulan), bilangan hari untuk tahun biasa adalah 354 hari manakala untuk tahun lompat 355 hari. Di Malaysia, seperti mana di negara-negara lain, kalendar Istilahi cuma dirujuk untuk urusan pentadbiran sahaja sehingga tahun 1985, dan TIDAK DIGUNAKAN untuk perlaksanaan ibadah khusus seperti ketetapan puasa Ramadan Idul. Fitri 17
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 18
KURSUS ILMU FALAK - ASAS TAQWIM IJTIMAK HAKIKI Taqwim yang berdasarkan kepada sistem ijtimak bumi-bulan-matahari, di mana penentuan awal bulan Hijriah dikira berpandukan selepas berlakunya ijtimak hakiki. Sekiranya ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam pada hari yang ke-29 bulan Hijriah, maka sejak terbenamnya matahari itulah dikira sebagai awal bulan Hijriah yang baru atau dengan lain perkataan, esoknya adalah 1 haribulan. Sebaliknya jika ijtimak berlaku selepas terbenamnya matahari pada hari tersebut, maka keesokan harinya dijadikan 30 haribulan. TAQWIM IJTIMAK WUJUDUL HILAL Taqwim jenis ini juga berdasarkan sistem ijtimak bumi-bulan-matahari. Bagaimanapun, penentuan awal bulannya bergantung kepada samada hilal itu wujud atau tidak di atas ufuk pada saat matahari terbenam pada hari ke-29 bulan Hijriah. Sekiranya hilal itu wujud, maka bermula dari waktu terbenam matahari itulah bulan baru atau 1 haribulan itu dikira. Begitulah sebaliknya dan taqwim ini digunakan di Malaysia sebelum 1996 bagi penentuan awal 10 bulan selain Ramadan Syawal. 19
KURSUS ILMU FALAK - ASAS TAQWIM IMKANUR RUKYAH Taqwim Imkanur Rukyah pula terbentuk bila mana penentuan bagi setiap awal bulan Hijriah dibuat berdasarkan ketetapan kriteria Imkanur Rukyah yang tertentu. Taqwim ini digunakan di Malaysia bagi penentuan kesemua bulan Hijriah sejak 1996 berdasarkan kriteria yang telah dipersetujui dalam tahun 1991. Rujukan: Sr Hj Mohamad Saupi bin Che Awang, Taqwim Hijriah Nota Kuliah Falak Syarie, Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia 20
KURSUS ILMU FALAK - ASAS l l Ketika matahari ghurub, ketinggian hilal tidak kurang 2° & jarak lengkung (bulanmatahari) tidak kurang 3° @ Ketika hilal terbenam, umurnya tidak kurang 8 jam 21
KURSUS ILMU FALAK - ASAS CIRI-CIRI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA TAQWIM ISLAM (HIJRIAH) DAN KALENDAR MILADIAH: 22
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 23
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 24
KURSUS ILMU FALAK - ASAS KAEDAH PENENTUAN AWAL BULAN HIJRAH Di Malaysia, penentuan awal bulan hijrah melibatkan dua kaedah iaitu: i. Penentuan secara falak (hisab) ii. Penentuan secara rukyah (melihat) Kedua-dua kaedah ini berhubungkait di antara satu sama lain di dalam urusan penentuan awal bulan hijriah di Malaysia. Setiap awal bulan ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlakunya ijtimak iaitu apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Bilangan hari pula dikira dari kedudukan ini sehingga bulan kembali ke kedudukan ijtimak seterusnya iaitu selama 29. 53 hari. Menurut astronomi moden, perkiraan bulan baru adalah bermula ketika berlakunya waktu ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal bulan baru Hijrah bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam. Oleh itu, berlakulah perbezaan diantara tahun Hijrah dengan tahun Miladiah sebanyak 10 atau 11 hari. 25
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Konsep paling asas sekali didalam penentuan awal bulan Hijriah di Malaysia adalah mengkaji sifat bulan pada penghujung petang hari yang ke-29 bulan Hijriah, dengan mengambilkira: Satu faktor kematangan bulan, iaitu: · Umur bulan, iaitu tempoh masa dari waktu ijtimak sehingga bulan terbenam. 26
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Satu faktor kematangan bulan, iaitu: Jika sekiranya sifat bulan pada penghujung petang hari yang ke-29 mengikut hitungan membenarkan kebolehnampakan hilal, maka tarikh keesokkannya menjadi 1 haribulan. Jika keadaan berlaku sebaliknya, maka keesokkannya adalah 30 haribulan. Sifat bulan ini boleh ditentukan berdasarkan kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah. 27
KURSUS ILMU FALAK - ASAS KRITERIA KETETAPAN IMKANUR RUKYAH Bulan Hijrah bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari 'terlihatnya' hilal. Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk membuat perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun, samada hilal boleh dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan. Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optik, pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah ketetapan kriteria Imkanur Rukyah (kebolehnampakan hilal) yang mengambilkira faktor-faktor tersebut digunakan bagi menentukan permulaan bulan Hijriah. Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-laporan rukyah yang dibuat dari masa kesemasa. Kriteria Imkanur Rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul pada 26 -29 November 1978 dengan ketetapan: Ketinggian hilal tidak kurang dari 5 darjah ketika matahari terbenam. Jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 8 darjah ketika matahari terbenam. 28
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklirasi Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif: Umur bulan tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam. Pada 1 Jun 1992, bertempat di Labuan, Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersepakat untuk mengubahsuai Kaedah Imkanur Rukyah yang sedia ada. Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah adalah: Sebelum matahari terbenam, ijtimak telah berlaku 29 haribulan Hijriah dan melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi salah satu syarat-syarat berikut : · Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2 darjah dan jarak lengkung 3 darjah atau · Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku). 29
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Kaedah Imkanur Rukyah ini pada mulanya diguna bagi penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja manakala bulan-bulan lain secara kaedah Wujudul Hilal. Pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Malaysia telah menetapkan penggunaan kaedah Imkanur Rukyah untuk semua bulan Hijriah dalam perlaksanaan TAQWIM Islam Malaysia. Secara ringkasnya, sejarah evolusi kriteria tersebut adalah seperti berikut: 30
KURSUS ILMU FALAK - ASAS MEKANISME PENETAPAN AWAL BULAN HIJRIAH DI MALAYSIA Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan telah ditubuhkan di akhir tahun 80 an. Ianya terletak di bawah Jawatankuasa Induk Penetapan Puasa dan Hari Raya yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di mana dahulunya dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa Induk ini ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 14 Disember 1989. JUPEM merupakan salah satu anggota Ahli Jawatakuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan. Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) dilantik setiap 2 tahun sekali di mana ada yang dilantik melalui jabatan dan ada yang dilantik secara perseorangan. Ianya adalah terdiri daripada pegawai berugama Islam dari agensi-agensi yang teribat secara langsung di bidang ini. Semasa Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali pertama yang diadakan di Bandar Seri Begawan pada tahun 1989, ketetapan telah dibuat untuk mengadakan penyelarasan dalam penyediaan TAQWIM Hijrah di kalangan negara-negara anggota. 31
KURSUS ILMU FALAK - ASAS Pada tahun 1992 bertempat di Labuan, MABIMS telah bersepakat bahawa penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di kalangan negara-negara anggota dibuat berdasarkan rukyah dan hisab dengan mengguna kaedah Imkanur Rukyah, manakala bulan-bulan yang lain dengan kaedah Wujudul Hilal (secara hisab) sebelum maghrib. Dalam tahun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 telah berkenan supaya Malaysia merayakan Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan tidak lagi mengikut sebagaimana ketetapan sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah. Manakala pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam telah mengesyorkan kaedah Imkanur Rukyah agar diperluaskan bagi penentuan kesemua bulan-bulan Hijriah sebagai asas kepada TAQWIM Islam Malaysia. Justeru, mulai tahun 1996, kesemua bulan-bulan Hijriah ditentukan melalui ketetapan kriteria Imkanur-Rukyah. 32
KURSUS ILMU FALAK - ASAS KRONOLOGI PENETAPAN AWAL BULAN HIJRIAH Secara ringkasnya, sejarah penetapan awal bulan Hijriah adalah seperti berikut: 1972 – 1977 (Rukyah & Hisab): Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan bahawa permulaan puasa dan hari raya puasa berdasarkan Rukyah dan hisab falak “Anak bulan Ramadan Syawal, kiranya tidak kelihatan kerana terlindung oleh keadaan cuaca, pada hal mengikut kiraan falak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak boleh digunakan ” Majlis Raja-Raja ke-78 dalam tahun 1967 · Hari Raya Aidil Adha adalah sehari selepas wukuf di Padang Arafah Bulan-bulan selainnya, berdasarkan kepada Ijtimak Wujudul Hilal · Bila ijtimak berlaku sebelum mh terbenam pada hari ke-29 dan bulan wujud atas ufuk 33
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 1978: · Muktamar Hilal bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah, di Instanbul, Turkey Bahawa asal hukum ialah rukyah, sama ada dengan mata kepala atau dengan menggunakan alat-alat moden, · Bahawa bagi menentukan kemungkinan penglihatan anak bulan itu mesti memenuhi DUA syarat utama iaitu: · Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari jatuh tidak kurang dari 8°, . . . · Ketinggian anak bulan pada ketika matahari jatuh tidak kurang dari 5°. 1978 – 1983: Rukyah semata-mata 1984: Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklarasi Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif: · Umur hilal pada ketika matahari masuk pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak. 34
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 1984 – sekarang: Rukyah dan hisab falak: §Pada 4 November 1991, Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya mengubahsuai Kriteria Imkanur-Rukyah: i. Ketika mh ghurub, ketinggian hilal > 2°, dan jarak lengkung bulan -mh > 3° atau ii. Ketika hilal terbenam, umurnya > 8 jam bagi penentuan 2 bulan utama (Ramadan & Syawal) dan kaedah Wujudul Hilal bagi bulan-bulan lain §Pada 1 Jun 1992, Pertemuan Tidak Resmi MABIMS di Labuan bersepakat untuk menerimapakai kriteria tersebut §Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 bersetuju agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan Ktiteria Imkanur-Rukyah, iaitu pada 10 Zulhijjah §Sejak 1996, Mesyuarat JK Teknikal Kalendar Islam menetapkan penggunaan kaedah Imakanur-Rukyah bagi semua bulan 35
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENYEDIAAN TAQWIM ISLAM MALAYSIA OLEH JUPEM § Penyediaan Taqwim Islam dilakukan secara automatik dengan menggunakan Perisian Sistem Pengurusan dan Perhitungan Falak (SPPF). 36
KURSUS ILMU FALAK - ASAS § Hitungan dan rumusan seterusnya dibuat untuk menentukan kedudukan hilal dan matahari bagi stesen kajian iaitu stesen paling timur dan paling barat Malaysia (Tg. Atiam, Sabah dan Tg. Chinchin, Kedah). Tg. Chinchin Tg. Atiam 37
KURSUS ILMU FALAK - ASAS § Ringkasan hilal dan matahari bagi tahun hijriah yang dikehendaki. § Contoh Taqwim Hijriah yang dihasilkan. 38
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 39
KURSUS ILMU FALAK - ASAS § Apabila selesai semua hitungan, hasilnya disemak dan Kriteria Imkanur Rukyah digunapakai. Sekiranya hasil (pada hari 29 setiap bulan Hijriah) memenuhi syarat Imkanur Rukyah, maka keesokan harinya adalah awal bulan baru. Sebaliknya jika ia tidak memenuhi syarat Imkanur Rukyah, maka bulan itu akan menjadi 30 hari. § Kalendar disediakan apabila selesai semakan dilakukan bagi tahun yang diperlukan. § Hasil kerja ini kemudiannya dibawa ke mesyuarat Panel Pakar Palak (dahulunya Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam) bertempat di JAKIM untuk semakan, perbandingan dan pengesahan. § Apabila keputusan atau katasetuju mutakhir diperolehi dari mesyuarat tersebut, edaran Kalendar Islam pun dibuat. Rujukan: Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah 1433 H/ 2012 M NRE Executive Discourse 26 J’Akhir 1433 H / 18 Mei 2012 M 40
KURSUS ILMU FALAK - ASAS HITUNGAN & PENYEDIAAN DATA RUKYAH 41
KURSUS ILMU FALAK - ASAS TAPAK RASMI CERAPAN HILAL DI MALAYSIA Langka wi Kuala Sg. Baru Kota Bharu Alor Setar Bukit Peraksi Kg Pulau Sayak Tg. Dumpil Pulau Perhentian Menara UMS KUSZA Pantai Acheh Bukit Kg. Tembeling Gunung Brinchang Pasir Panjang Luak Esplanade Bukit Besar Tg. Batu Bukit Geliga Bukit Pelindung Sabak Bernam Bukit Melawati Teluk Bandung Menara KL Bukit Tg. batu PIC C Bukit Jugra Teluk Kemang Tg. Bidara Pontian Kechil 42
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 43
KURSUS ILMU FALAK - ASAS 44
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 45
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 46
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 47
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 48
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 49
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 50
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 51
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 52
KURSUS ILMU FALAK - ASAS PENGIRAAN SECARA MANUAL 53
KURSUS ILMU FALAK - ASAS CONTOH DATA ALMANAK FALAK SYARIE 54
KURSUS ILMU FALAK - ASAS CONTOH DATA ALMANAK FALAK SYARIE 55
KURSUS ILMU FALAK - ASAS SEKIAN, TERIMA KASIH 56
- Slides: 56