KULIAH 5 Penghujahan Dalam Akademik GB 6012 Penulisan
KULIAH 5 Penghujahan Dalam Akademik GB 6012 Penulisan Akademik 1 Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod
PENGHUJAHAN • Penghujahan bermaksud memberi hujah berdasarkan fakta atau bukti yang menyokong atau bertentangan dengan sesuatu teori/perkara/situasi/data/rumusan yang dibuat. • Dalam bidang akademik, penghujahan bermaksud penulis/pengkaji mengemukakan sesuatu fakta/bukti yang menyokong mengapa pengkaji membuat kajian. • Hujah yang kukuh dengan didasari teori dan kajian kepustakaan, maka sesuatu fakta/bukti yang dikemukakan lebih mudah difahami sebabnya.
samb. Penghujahan • Dalam bidang akademik, penghujahan dapat membantu pembaca memahami apa yang sebenarnya hendak dikemukakan oleh penulis • Tanpa hujah yang kukuh, tidak didasari dengan teori atau kajian berkaitan, segala fakta atau bukti yang dikemukakan hanyalah satu andaian daripada penulis. • Rumusan: Dalam kajian ataupun penulisan akademik yang ilmiah, pengkaji/penulis perlu memasukkan aspek
MENGAPA PENTING PENGHUJAHAN 1. Penghujahan memberi gambaran awal tentang kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji. Sebagai contoh: Ulasan Kepustakaan / Tinjauan Literatur, melalui pembacaan, pengkaji dapat mengaitkan maklumat yang dibaca untuk: • Membina kerangka teori/kerangka konseptual kajian • Membina satu teori baru • Mencabar dapatan kajian lepas • Mencabar teori yang pengkaji sebelumnya dan sebagainya
samb. Mengapa Penghujahan Penting 2. Penghujahan menyokong sebab/tujuan kenapa pengkaji membuat kajian/ penulis menulis artikel tersebut. Sebagai contoh: Pernyataan Masalah, Tujuan Kajian atau Soalan Kajian: • Pernyataan masalah perlu jelas – berdasarkan kajian kepustakaan, teori yang dikemukakan dan soalan kajian yang dibina. • Tujuan dan soalan kajian perlu jelas – adakah tujuan dan soalan kajian yang dibina itu mencakupi kerangka teori/konseptual yang dibina.
samb. Mengapa Penghujahan Penting 3. Penghujahan dalam menutup kekurangan/ kelemahan/ lompang yang wujud dalam kajian atau artikel yang ditulis. Sebagai contoh: • Jika pernyataan masalah tidak jelas, kabur/ tidak kuat untuk kita membuat kajian – bagaimanakah untuk mengatasinya. • Jika soalan kajian yang dibina tidak sesuai dengan pernyataan masalah dan kerangka teori/konseptual kajian yang dibina – sukar untuk menjalankan kajian. • Jika metodologi tidak dihuraikan dengan baik – kajian yang dibuat tidak menepati tujuan sebenar kajian dibuat.
BAGAIMANA MEMBINA HUJAH YANG KUKUH 1. Mengenali/memahami/menguasai tujahan ilmu yang dikaji (bidang kajian). 2. Mengenal pasti isu dan sub-isu penting yang hendak dikaji (pembacaan ulasan kepustakaan). 3. Meluaskan pembacaan kepustakaan bagi membina teori/kerangka konseptual serta untuk tujuan perbincangan (bab 5). 4. Memastikan hujah yang dibina disokong dengan teori dan kajian berkaitan (kajian kepustakaan). 5. Setiap hujah, dikemukakan rujukan yang terkini, lengkap.
samb. Bagaimana Membina Hujah Yang Kukuh 6. 7. Menyimpulkan hujah/data kajian dengan mantap. Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan betul untuk menerangkan fakta/bukti yang dikemukakan. 8. Teori dan kajian yang menyokong/bertentangan perlu terkini/semasa/ikut peredaran masa dalam tujahan ilmu yang dikaji. 9. Setiap satu hujah perlu ada kesinambungan idea/ tidak melompat-lompat. 10. Hujah berupa teori atau kajian berkaitan perlu bersifat semasa/terkini.
KESAN NEGATIF KEPADA PENGKAJI & PENULIS 1. Jika hujah plagiat – dituduh tidak bermoral/ tidak beretika. 2. Jika hujah tidak kukuh – artikel/kajian boleh ditolak diterima/ diminta dibaiki. 3. Jika hujah tidak mantap – perlu diperbaiki banyak perkara: i. Ulasan kepustakaan. Cth: tidak terkini/semasa ii. Kerangka teori. Cth: tidak sesuai/tidak tepat iii. Kerangka konseptual. iv. Pernyataan masalah. v. Definisi operasional dll.
Samb. Kesan Negatif Kepada Pengkaji & Penulis 4. Bahasa yang digunakan tidak jelas, kabur, huraian yang meleret-leret sehingga menyukarkan pembaca membaca. 5. Rujukan yang dikemukakan tidak lengkap, tidak tepat, tidak terkini sehingga menjejaskan hujah yang dikemukakan.
CONTOH PENGHUJAHAN 1. 2. 3. 4. 5. Pernyataan masalah Kajian kepustakaan Metodologi Dapatan kajian Perbincangan
Penghujahan – Pernyataan Masalah • • Masalah yang hendak dikemukakan/dikaji perlu ada asas kenapa hendak dikaji. Masalah perlu relevan dengan teori dan kajian berkaitan. Masalah yang dikaji mungkin dapat membina teori baru, membaiki teori yang sedia ada, menghasilkan modul, dan sebagainya. Contoh – rujuk lampiran
Penghujahan – Ulasan Kepustakaan • • Asas membina kerangka konseptual, kajian-kajian berkaitan dan bahan perbincangan bermula daripada sejauh mana pengkaji banyak membaca/buat penyelidikan. Ulasan kepustakaan yang mantap – sebaiknya terkini, disertakan dengan rujukan terkini. Ulasan kepustakaan perlu mencakupi apa yang hendak dikaji. Contoh:
Penghujahan – Kerangka Konseptual Kajian • • Sesuatu kerangka konseptual yang digunakan perlu dinyatakan dengan hujah signifikan kerangka itu. Sesuatu kerangka selalunya didasari dengan teori (ulasan kepustakaan) dan dikukuhkan dengan kajian berkaitan yang ada menggunakan teori itu untuk. Setiap kerangka yang dibina perlu diberi penerangan (hujah) yang jelas tentang kerangkan tersebut. Contoh -
Penghujahan – Dapatan Kajian • • Data yang dibincangkan perlu menggunakan laras bahasa yang jelas dan tidak berulang-ulang. Elakkan daripada membincangkan semua data dalam jadual yang dibincangkan. Ambil data yang signifikan atau tidak signifikan sahaja yang menunjukkan ada sesuatu yang baru/tidak dalam kajian. Jika kajian menggunakan dua/lebih kaedah penyelidikan, bincangkan secara berurutan.
Penghujahan – Perbincangan • • Perbincangan (Bab 5) merupakan transisi kepada seseorang itu memiliki ‘kesarjanaan’ ataupun tidak. Perbincangan yang baik harus disokong dengan hujah yang MENYOKONG ataupun BERTENTANGAN. Perbincangan yang baik harus dikaitkan dengan kajian berkaitan dalam dan luar negara. Contoh -
KESIMPULAN • • Penghujahan amat penting dalam menghasilkan satu penulisan akademik. Tanpa hujah yang dikukuh dengan dibantu teori, kajian berkaitan serta rujukan terkini, maka sesuatu hasil penulisan akademik itu tidak akan dikatakan ilmiah.
- Slides: 17