KOORDINASI SARAF Sistem saraf manusia Sistem saraf pusat

  • Slides: 17
Download presentation
KOORDINASI SARAF Sistem saraf manusia Sistem saraf pusat Otak Saraf tunjang Sistem saraf periferi

KOORDINASI SARAF Sistem saraf manusia Sistem saraf pusat Otak Saraf tunjang Sistem saraf periferi Sistem sensori (aferen) Sistem saraf somatik Sistem motor (eferen) Sistem saraf autonomik

FUNGSI SISTEM SARAF Mengintergrasikan rangsangan yang diterima. Mencetuskan pergerakan motor. Menterjemah rangsangan. Menjana pemikiran

FUNGSI SISTEM SARAF Mengintergrasikan rangsangan yang diterima. Mencetuskan pergerakan motor. Menterjemah rangsangan. Menjana pemikiran dan idea. Menyimpan maklumat.

NEURON Neuron ialah unit anatomi dan unit berfungsi sistem saraf. Bahagian Neuron q Neuron

NEURON Neuron ialah unit anatomi dan unit berfungsi sistem saraf. Bahagian Neuron q Neuron terdiri daripada jasad sel dan dua jenis unjuran yang disebut dendrit dan akson. Dendrit q Dendrit ialah unjuran pendek yang merupakan cabang unjuran jasad sel. Dendrit mengkondusi impuls saraf ke arah jasad sel. Akson q Akson ialah unjuran terpanjang jasad sel. Akson ini berasal dari bahagian hilok akson jasad sel. Setiap akson membentuk setiap serat saraf. Akson mengandungi mitokondrion dan neurofibril.

PENGELASAN NEURON neuron berbilang kutub (multipolar) q Mempunyai beberapa dendrit dan satu akson. q

PENGELASAN NEURON neuron berbilang kutub (multipolar) q Mempunyai beberapa dendrit dan satu akson. q Contoh: Neuron ekakutub palsu Neuron berbilang kutub neuron di dalam otak dan korda spina. (unipolar palsu) (multipolar) neuron dwikutub (bipolar) q Neuron ini mempunyai satu dendrit dan satu akson sahaja. q Contoh: Neuron dwikutud neuron yang terdapat di retina mata, (bipolar) telinga dalam dan kawasan olfaktori hidung. neuron ekakutub palsu (unipolar palsu) q Unjuran jasad sel tunggal ini membahagi kepada cabang pusat dan cabang periferi. q Cabang pusat berfungsi sebagai akson dan cabang periferi pula berfungsi dendrit. q Contoh: neuron di dalam ganglion akar posterior (dorsal) saraf spina.

JENIS NEURON DAN FUNGSI Neuron aferen Neuron eferen Interneuron Neuron aferen (neuron deria) q

JENIS NEURON DAN FUNGSI Neuron aferen Neuron eferen Interneuron Neuron aferen (neuron deria) q terdapat di luar sistem saraf pusat. q Fungsi neuron aferen ialah membawa impuls dari reseptor atau organ deria ke sistem saraf pusat. Dendrit yang menerima impuls dari reseptor akan terus menghantar ke arah jasad sel. Impuls dialirkan dari jasad sel melalui akson ke neuron yang berikutnya. Jasad sel terdapat di dalam ganglion akar dosal. Neuron eferen (neuron motor) q terdapat di luar sistem saraf pusat. Neuron eferen menerima impuls saraf dari interneuron. q Neuron ini juga berfungsi membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor seperti otot atau kelenjar untuk bergerak balas yang sewajarnya. Jasad sel terdapat di dalam jirim kelabu sistem saraf pusat.

SAMBUNGAN… Interneuron (neuron perantaraan) q terdapat di dalam sistem saraf pusat. Fungsi neuron ini

SAMBUNGAN… Interneuron (neuron perantaraan) q terdapat di dalam sistem saraf pusat. Fungsi neuron ini ailah menghubungkan neuron aferen kepada neuron eferen. Jasad sel terdapat secara berkelompok di dalam jirim kelabu sistem saraf pusat. Sinaps q Apabila dua neuron bertemu rapat, komunikasi interneuron fungsian akan bermula. Tempat komunikasi ini berlaku disebut sinaps. Komunikasi pada sinaps berlaku pada satu arah sahaja. Sinaps berlaku dengan berbagai cara. Salut Meilin q Neuron disaluti oleh lapisan lemak yang disebut salut meilin. Akan tetapi bukan semua bahagian neuron disaluti oleh salut meilin. Terdapat bahagian terputus-putus yang tidak disaluti pada sela tetap di sepanjang neuron. Fungsi salut meilin adalah untuk meningkatkan kelajuan konduksi impuls saraf, menebat (insulate) dan mengekalkan keadaan akson, melindungi neuron daripada kecederaan, dan juga membekalkan nutrien kepada neuron.

SISTEM SARAF PUSAT Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak

SISTEM SARAF PUSAT Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem saraf. OTAK q Pusat koordinasi dan kawal atur yg menerima, menganalisis, mengintegrasi dan menyimpan maklumat serta memberi arahan. q Otak terdiri drpd beberapa bahagian utama iaitu serebrum, serebelum, medula oblongata, hipotalamus dan talamus. SARAF TUNJANG q Tisu saraf yg terdapat di dlm salur saraf pd tulang vertebra. q. Terdapat dua jenis jirim iaitu jirim putih di bhgn luar dan jirim kelabu di bhgn dlm. q Jirim kelabu adalah kaw. yg menempatkan interneuron dan badan sel neuron eferen, jirim putih hanya terdiri drpd gentian saraf dan tidak terdapat badan sel. q Gentian dr badan sel neuron aferen berpecah kpd 2; 1 menjalar ke reseptor utk membawa masuk maklumat aferen dan 1 lg menjalar ke dlm saraf tunjang utk mengalirkan maklumat rangsangan ke interneuron

OTAK

OTAK

SISTEM SARAF PERIFERI q. Saraf-saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian

SISTEM SARAF PERIFERI q. Saraf-saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke sistem saraf pusat sementara saraf motor (eferen) membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan. q. Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. q. Sistem saraf somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka. q. Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang. q. Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan.

PERKAITAN ANTARA SARAF PUSAT DAN SARAF PERIFERI

PERKAITAN ANTARA SARAF PUSAT DAN SARAF PERIFERI

SARAF KRANIAL SARAF SPINA q Saraf yang berhubung langsung dengan otak q Terdapat 12

SARAF KRANIAL SARAF SPINA q Saraf yang berhubung langsung dengan otak q Terdapat 12 pasang saraf kranial pada manusia, 31 pasang saraf spina yang membentuk sistem saraf periferi. q Secara umumnya, semua struktur di kepala dan leher yang berkembang dari arkus brankial dan kebanyakan organ visera di dalam toraks dan abdomen dibekalkan oleh saraf kranial. q Saraf yang keluar dari korda spina. q Terdapat 31 pasang saraf spina iaitu: q 8 pasang saraf servikal (C 1 -C 8); q 12 pasang saraf toraks (T 1 -T 12); q 5 pasang saraf lumbar (L 1 -L 5); q 5 pasang saraf sakrum (S 1 -S 5); q 1 pasang saraf koksiks q Secara umumnya setiap saraf spina terdiri daripada serat saraf motor, deria dan autonomik.

SENSORI DAN LALUAN MOTOR LALUAN SENSORI q Laluan ini dikenali juga sebagai laluan neuron

SENSORI DAN LALUAN MOTOR LALUAN SENSORI q Laluan ini dikenali juga sebagai laluan neuron aferen (neuron deria). q Fungsinya ialah membawa impuls dalam bentuk gelombang atau isyarat bioelektrik dari reseptor atau organ deria ke sistem saraf pusat. Impuls mengalir dari jasad sel menuju ke akson. Impuls kemudian dihantar ke sistem saraf pusat. LALUAN MOTOR q Laluan motor adalah laluan neuron eferen (neuron motor). q Ia menerima impuls saraf dari interneuron. Seterusnya membawa impulas saraf pusat tadi ke efektor seperti otot atau kelenjar untuk gerak balas yang sewajarnya.

SAMBUNGAN… SARAF SPINA q Setiap saraf spina dihubungkan dengan korda melalui akar ventral yang

SAMBUNGAN… SARAF SPINA q Setiap saraf spina dihubungkan dengan korda melalui akar ventral yang keluar dari korda di sepanjang sulkus anterolateral. q Akar dorsal memasuki korda di sepanjang sulkus posterolateral korda spina. q Akar ventral terdiri daripada serat eferen (motor) yang membawa impuls jauh dari korda spina. Akar dorsal terdiri daripada serat aferen (deria) yang membawa impuls saraf ke sistem saraf pusat. SARAF REFLEKSI

SISTEM SARAF AUTONOMIK q Sistem saraf autonomik (auto = sendirian, nomos = peraturan/undang), neuron

SISTEM SARAF AUTONOMIK q Sistem saraf autonomik (auto = sendirian, nomos = peraturan/undang), neuron eferen menyampaikan impuls dari sistem saraf pusat ke tisu otot licin, otot jantung dan kelenjar. q Neuron aferennya pula mengkonduksikan impuls dari kelenjar, pembuluh darah dan visera ke sistem saraf pusat. q Oleh sebab sistem saraf autonomik menghasilkan respons automatik tanpa tindakan voluntari, maka sistem ini dikatakan sistem tak voluntari.

BAHAGIAN SIMPATETIK a) Neuron dan ganglion q Pada bahagian sistem simpatetik saraf autonomik, jasad

BAHAGIAN SIMPATETIK a) Neuron dan ganglion q Pada bahagian sistem simpatetik saraf autonomik, jasad sel neuron eferen praganglionik terletak di tanduk lateral jirim kelabu segmen T 1 ke L 2 (bahagian torakolumbar) korda spina. (b) Edaran neuron eferen simpatetik q Neuron-neuron eferen praganglionik dengan jasad sel di tanduk lateral jirim kelabu segmen T 1 ke L 2 korda spina memberikan serat-serat praganglionik (bermeilin). q Serat-serat ini meninggalkan korda spina dan memasuki akar ventral, trunkus dan ramus penghubung putih saraf yang sama. q Serat-serat ini sampai di ganglion simpatetik pravertebra aras yang sama yang terletak di sepanjang rantai simpatetik.

BAHAGIAN PARASIMPATETIK (a) Bahagian kranium q Serat parasimpatetik praganglionik yang berasal di batang otak

BAHAGIAN PARASIMPATETIK (a) Bahagian kranium q Serat parasimpatetik praganglionik yang berasal di batang otak meninggalkan otak melalui saraf kranial III, VII, IX dan X. q Serat ini bersinaps pada ganglion, dan serat postganglioniknya mensafari otot licin dan kelenjar. (b) Bahagian sakrum q Neuron parasimpatetik praganglionik bahagian sakrum berasal dari segmen S 2 ke S 4 korda spina. q Serat ini bersinaps dengan neuron postganglionik di ganglion yang terletak berhampiran dengan organ yang dituju. q Serat ini membekalkan bahagian distal kolon, rektum dan pundi kencing.

FUNGSI SENSORI q Sistem saraf mampu merasakan perubahan di dalam tubuh dan juga di

FUNGSI SENSORI q Sistem saraf mampu merasakan perubahan di dalam tubuh dan juga di sekitarnya yang merupakan fungsi deria. q Kedua, sistem saraf mampu mentafsirkan sebarang perubahan yang berlaku melalui fungsi integrasi. q Ketiga, sistem saraf dapat bertindak balas terhadap tafsiran yang dibuat dengan memulakan tindakan dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar melalui fungsi motor. q Melalui deria, integrasi dan motor, sistem saraf berupaya mengawal atur berbagai-bagai proses dalam tubuh supaya hemeotasis terpelihara dengan begitu cepat. q Dengan bertindak beberapa saat sahaja, sistem saraf boleh membawa impuls saraf, dan melakukan pengubahsuaian yang perlu agar fungsi tubuh berjalan dengan sempurna dan efisien. q Sistem saraf bersama-sama sistem endokrin mengekalkan mekanisme hemeotasis tubuh. q Walaupun pengubahsuaian yang dilakukan oleh sisten endokrin perlahan, namun ia tetap berkesan sebagaimana sistem saraf.