Klik Di Sini Bahasa Melayu Tahun Lima PERPADUAN
Klik Di Sini
Bahasa Melayu Tahun Lima PERPADUAN NEGARA VIDEO KLIP MARI MENYANYI MELAYU INDIA CINA KADAZAN IBAN MALAYSIA AKTIVITI KAMI BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA
AKTIVITI UJI MINDA PANTUN MAKSUD RANGKAI KATA PENULISAN KAMI BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA
KAUM MELAYU Kaum Melayu ialah masyarakat terbesar dengan mencapai 60% daripada populasi Malaysia. Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mempunyai hak politik yang besar. KEMBALI KE MENU ASAL…
KAUM CINA Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7% hingga 10% daripada populasi. KEMBALI KE MENU ASAL…
KAUM INDIA Kebanyakannya beragama Hindu, bercakap Tamil, Malayalam, dan Hindi, dan tinggal di bandar besar di pantai barat semenanjung. Selain itu, ada juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. KEMBALI KE MENU ASAL…
KAUM IBAN Kaum Bumiputera terbesar di Sarawak ialah Iban. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup seperti nomad, dan bercucuk tanam. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai. KEMBALI KE MENU ASAL…
KAUM KADAZAN Kumpulan etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi sawah dan huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Berbagai-bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum Kadazan di Penampang dan Papar, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di Tempasuk, Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang sama dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan. KEMBALI KE MENU ASAL…
MALAYSIA Negara: Malaysia Ibu negara: Kuala Lumpur Kemerdekaan : 31 Ogos 1957 Yang di-Pertuan Agong: DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Perdana Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Keluasan: 330 436 km 2 Bahasa rasmi: Bahasa Melayu Lagu kebangsaan : Negaraku Agama rasmi : Islam Matawang : Ringgit
PETA MALAYSIA KEMBALI KE MENU ASAL…
MAKSUD RANGKAI KATA BACA SEMULA PANTUN BERIKUT. KLIK PADA RANGKAI KATA YANG BERWARNA UNTUK MENGETAHUI MAKSUDNYA.
PANTUN MASYARAKAT MAKMUR Naik bot ke Tioman nan permai, Bertolak dari Tanjung Gemuk, Rakyat Malaysia rukun damai, Hidup harmoni masyarakat majmuk.
PANTUN MASYARAKAT MAKMUR Bertolak dari Tanjung Gemuk, Jalan beratur semasa di jeti, Hidup harmoni masyarakat majmuk, Bertolak-ansur hormat-menghormati.
PANTUN MASYARAKAT MAKMUR Jalan beratur semasa di jeti, Anak nelayan mengail gelama, Bertolak-ansur hormat-menghormati, Negara makmur impian bersama. Kembali ke menu asal…
Rukun damai Tenteram
Hidup harmoni Hidup aman
Masyarakat majmuk Masyarakat berbilang kaum
Bertolak ansur Lebih kurang
Impian bersama Harapan bersama
- Slides: 19