KITAB RISALAH TAUHID SYEIKH ABDUL GHANI YAHYA Bab
KITAB RISALAH TAUHID SYEIKH ABDUL GHANI YAHYA
Bab 2 : Permulaan Ilmu Tauhid Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid Perkataan ‘ Mabadi ‘ ialah daripada bahasa Arab jama’ daripada perkataan mabda’ Bererti : Punca @ Mula terbit. Maksudnya: Keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu.
Permulaan Ilmu Tauhid Mabadi ilmu tauhid ada sepuluh perkara : 1) Nama ilmu ini : Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu ‘Aqaid, Ilmu Sifat dan Al-Iman. 2) Tempat ambilannya ( Rujukan ) : Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
Permulaan Ilmu Tauhid 3) Kandungannya : Mengandungi pengetahuan dari hal: • Membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah dan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan dalil-dalil supaya diperolehi I’ktikad yang yakin, • Kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.
Permulaan Ilmu Tauhid 4) Objektif ( Maudhu’nya ). i : Pada zat Allah Ta’ala; Sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus pada. Nya. ii : Pada zat Rasul-rasul; Sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus padanya. iii : Pada segala kejadian; Aspek jirim dan aradh yang menjadi dalil dan bukti atas kejadiannya. iv : Pada segala pegangan & kepercayaan berdasarkan perkhabaran daripada Rasulullah; Seperti; Hal 2 perkara ghaib. Contoh; Arash, Syurga, Mahsyar, Neraka, Hari Qiamat.
Permulaan Ilmu Tauhid 5) Faedah Ilmu Tauhid : Mengenal Allah s. w. t. dan percayakan rasul Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat yang kekal. 6) Nisbah ilmu Tauhid berbanding ilmu-ilmu yang lain : Merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam & yang paling utama. 7) Yang menghantarkan@menyusunkan : Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta’ala ialah Nabi Adam A. S. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad S. A. W.
Permulaan Ilmu Tauhid 8) Hukumnya : Fardhu A’in atas tiap-tiap mukallaf lelaki @ perempuan mengetahui sifat Allah s. w. t. dengan cara ijmal(ringkas) & dengan cara tafsil (huraian@1 per 1) berserta dengan dalil ijmal. Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah. 9) Kelebihannya : Iaitu semulia-mulia & setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yg lain. Kerana menurut hadith Nabi Muhammad s. a. w. yang bermaksud : ” Sesungguhnya Allah s. w. t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada meng. Esakan Allah dan jika ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya, nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas Malaikat. Nya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya. ” ( Riwayat Hakim )
Permulaan Ilmu Tauhid 10) Kesudahan ilmu ini : Iaitu dapat membezakan di antara akidah @ kepercayaan yang sah dengan yang batil/salah.
- Slides: 8