Kita sewajarnya bersyukur di atas nikmat yang telah
Kita sewajarnya bersyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S. W. T. dimana kita boleh hidup selesa, aman damai.
Bahaya ancaman penagihan dadah: Telah banyak merosakkan dan memusnahkan hidup manusia, Meruntuh kebahagiaan rumahtangga, Mengancam keselamatan diri, keluarga, bangsa dan negara, Banyak jiwa yang terkorban.
Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa menagih dadah hukumnya adalah haram di sisi Islam.
Dadah adalah haram hukumnya disebabkan orang yang menyalahgunakan dadah akan menyebabkan: Dirinya khayal, Hilang kewarasan akal pertimbangannya.
Ibubapa hendaklah sedar bahawa kita bukan sekadar dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak sewaktu di dunia, malah tanggungjawab ini pasti ditanya di akhirat nanti.
Masyarakat hendaklah berperanan membantu membendung dan membanteras ancaman dadah dalam masyarakat kita dengan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut di bahu pihak berkuasa semata-mata.
Masyarakat hendaklah memainkan peranan membantu proses pemulihan dan membantu bekas-bekas penagih menjalani kehidupan baru bebas dan sihat tanpa dadah.
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Ertinya: Wahai orang-orang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras (layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Ibubapa hendaklah memastikan anak mendirikan solat cukup lima waktu dengan sempurna.
Galakkan dan biasakan anak-anak membaca al-Quran, mengerjakan solat sunat, zikrullah dan lain-lain.
Ertinya : (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu tenang tenteram hati manusia.
Orang yang lalai akan sentiasa menjadi teman syaitan dan hidupnya sentiasa menuju ke arah perkara-perkara mungkar.
Amalkan “Amar Maaruf Nahi Mungkar” dalam kehidupan bermasyarakat.
Elakkan anak-anak hidup berfoya-foya tanpa tujuan dan faedah kerana ia boleh membuka ruang kepada mereka untuk berjinak-jinak dengan dadah.
Tanamkan didikan kepada anak-anak supaya benci dadah serta sentiasa berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab.
Jalinan hubungan kerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab seperti agensi antidadah kebangsaan atau pihak polis bagi sebarang bantuan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak, pergaulan mereka mesti diambil tahu dan diawasi.
Kebebasan yang kita berikan kepada anak-anak mesti ada batasannya iaitu dengan batasan agama, akhlak dan sopan santun.
- Slides: 24