KESALAHAN UMUM TATABAHASA MELAYU DAN BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKANNYA

KESALAHAN UMUM TATABAHASA MELAYU DAN BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKANNYA

Ejaan kata dengan tanda sempang (-) Salah Betul gunung ganang gunung-ganang abad ke 20/ke 20 abad ke-20 (abad kedua puluh) tahun 50 an/50 an tahun 50 -an (tahun lima puluhan) rahmat. Nya rahmat-Nya hamba Mu hamba-Mu surat menyurat surat-menyurat

Ejaan partikel “pun” Ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya (membawa maksud juga) Salah: apapun boleh dimakan Betul: apa pun boleh dimakan Salah: adikpun pergi Betul: adik pun pergi Kekecualian ejaan partikel pun: adapun, ataupun, bagaimanapun, sungguhpun, walaupun

Bentuk jamak Salah Betul para-para menteri semua pegawai ibu bapa-ibu bapa gurubesar-gurubesar guru-guru besar Ketua Setiausaha Ketua-Ketua Setiausaha

Kata sendi dari dan daripada Dari: tempat, waktu Daripada: orang, perbandingan, asal kejadian Salah Betul Mereka datang daripada mana? Mereka datang dari mana? Maklumat itu diterima daripada ibu pejabat. Maklumat itu diterima dari ketua pejabat. Perbelanjaannya lebih dari pendapatannya. Maklumat itu diterima dari ibu pejabat. Maklumat itu diterima daripada ketua pejabat. Perbelanjaannya lebih daripada pendapatannya.

Kata sendi “ke” dan “kepada” Ke: masa, tempat, benda konkrit tak bernyawa Kepada: benda bernyawa, benda abstrak Salah Betul ditujukan ke pegawai universiti dipulangkan ke Ali ditujukan kepada pegawai universiti dipulangkan kepada Ali kembali kepada tempat asal kembali ke tempat asal hingga kepada masa kini hingga ke masa kini

Kata sendi “di” dan “pada” Di: tempat Pada: masa, binatang, orang, benda abstrak Salah Betul di masa itu pada masa itu di abad ke-20 pada abad ke-20 di musim kemarau pada kebanyakan tempat di kebanyakan tempat

Frasa (Hukum D – M) Salah Betul Servis Stesen Servis Sun Klinik Sun Keramat Plaza Keramat Fatima Kedai Barang Runcit Fatima

Frasa Transitif Salah Betul menduduki di tempat kedua menduduki tempat kedua mengenai dengan perkara mengenai perkara memahami akan kehendak memahami kehendak mengetahui tentang wujudnya mengetahui wujudnya memasuki dalam pertandingan memasuki pertandingan melawati ke perpustakaan melawati perpustakaan berdasarkan kepada laporan berdasarkan laporan

Akhiran /kan-/ dan /-i/ Digunakan untuk membentuk kata kerja transitif Kedua-duanya berbeza Akhiran /-i/ menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja berakhiran /-i/ itu tidak bergerak Akhiran /kan-/ menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja berakhiran /kan-/ itu bergerak dari tempatnya ke arah lain

Contoh Kesalahan Salah Betul Siti mengirimkan ayah surat. mengirimi ayah surat / mengirimkan surat kepada ayah Ibu menghadiahkan saya sebentuk cincin. menghadiahi saya sebentuk cincin / menghadiahkan sebentuk cincin kepada… Semoga tuhan mencucurkan kami rahmat. Baginda menganugerahkan menteri itu bintang kehomatan. mencucuri kami rahmat / mencucurkan rahmat… menganugerahi menteri itu bintang kehormatan / menganugerahkan bintang. . Hakim menjatuhkannya hukuman mati. menjatuhinya hukuman mati / menjatuhkan hukuman mati…

Kata pemeri Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat Dapat dilakukan melalui dua cara: Secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata pemeri adalah

Kata pemeri ialah Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama Siswazah yang baru lulus itu ialah guru bahasa di sekolah saya. Asmah Haji Omar ialah pengarang buku Susur Galur Bahasa Melayu. Bandar Alor Setar ialah ibu negeri Kedah.

Kata pemeri adalah Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar. Hadiah yang disumbangkan oleh bank itu adalah untuk murid terpandai. Arahan yang baru kami terima itu adalah daripada Naib Canselor.

Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi Salah: Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab. Betul: Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab. Salah: Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. Betul: Arahan itu bukan untuk semua pegawai.

Namun, kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif Betul: Kenyataan itu adalah tidak benar. Betul juga: Kenyataan itu tidak benar. Betul: Keputusan itu adalah tidak adil. Betul juga: Keputusan itu tidak adil.

Harus diingat: Penggunaan kata pemeri sebenarnya amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat BM Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja / kata kerja Penggunaan adalah dalam ayat-ayat berikut sama sekali salah: Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada minggu hadapan.

Penggunaan di mana, dari mana, yang mana Ketiga-tiganya digunakan dalam ayat tanya Di mana Ali? Dari mana saudari datang? Yang mana pensyarah kita? Elakkan penggunaan di mana, dari mana dan yang mana dalam ayat-ayat BM sebagai menggantikan where, from where dan which daripada ayat BI

Contoh: Salah: Sesuatu perindustrian dari mana barang dikeluarkan boleh jadi berbatu-batu jauhnya daripada pengguna. Betul: Sesuatu perindustrian tempat barang dikeluarkan boleh jadi berbatu-batu jauhnya daripada pengguna.

Contoh: Salah: Di mana gamet terpaksa merentas salur, perjalanannya dibantu oleh bendalir pelincir yang dirembeskan oleh selsel salur itu. Betul: Di tempat gamet terpaksa merentas salur, perjalanannya dibantu oleh bendalir pelincir yang dirembeskan oleh selsel salur itu.

Contoh: Salah: Hampir tiap-tiap sel tumbuhan mengeluarkan hasil rembesan di mana tiap sel mempunyai dinding rembesan luar dan lompang berair. Betul: Hampir tiap-tiap sel tumbuhan mengeluarkan hasil rembesan kerana tiap sel mempunyai dinding rembesan luar dan lompang berair.

Contoh: Salah: Organisma itu mungkin dalam keadaan di mana ia tidak mendapat makanan dari luar. Betul: Organisma itu mungkin dalam keadaan tidak mendapat makanan dari luar.

Contoh: Salah: Laporan itu yang mana telah diterbitkan oleh suruhanjaya mengandungi banyak kesalahan-kesalahan bahasa. Betul: Laporan yang telah diterbitkan oleh suruhanjaya itu mengandungi banyak kesalahan bahasa.

Contoh: Salah: Pembunuhan sel-sel perumah, yang mana ia adalah satu sifat serangan parasit, dijayakan oleh rembesan enzim yang dikeluarkan oleh parasit. Betul: Pembunuhan sel-sel perumah yang menjadi satu sifat serangan parasit dijayakan oleh rembesan enzim.
- Slides: 24