KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGURUSAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBERIAN BANTUAN KEPADA JABATAN BELIA DAN SUKAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN ( PINDAAN TAHUN 2013 )
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA TAFSIRAN “ Bantuan” bermaksud pemberian geran Kerajaan bagi membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pentadbiran dan pelaksanaan aktiviti NGO’S.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA DASAR PEMBERIAN BANTUAN KEPADA PERSATUAN / PERTUBUHAN ( BADAN BUKAN KERAJAAN ) Jabatan Belia dan Sukan Negeri sebagai salah satu agensi kerajaan dibawah Kementerian Belia dan Sukan adalah merupakan satu agensi yang perlu bergerak seiring dengan badan -badan bukan kerajaan sebagai langkah mendekati golongan sasar yang terdiri daripada golongan belia dan warga muda khususnya dalam memastikan objektif dan agenda Kementerian tercapai. Selaras dengan saranan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjadikan persatuan / pertubuhan bukan kerajaan sebagai rakan kongsi Kementerian maka usaha pemberian bantuan kepada badan –badan kerajaan tersebut perlulah diselaras dan diperkemas. Sehubungan dengan itu, JBSN telah memperkemas Garis Panduan Pemberian Bantuan / pada bulan Februari 2013 untuk menyeragam dan memastikan pemberian bantuan dapat dibuat dengan lebih efektif.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA OBJEKTIF 1. Memastikan Dasar Pembangunan Belia Negara dan Dasar Sukan Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama NGO. 2. Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pelaksanaan aktiviti NGO dalam penganjuran program.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA Kategori Pemberian Bantuan: 7. 1 Bantuan Pentadbiran Bertujuan membantu membiayai sebahagian daripada kos pengurusan Pejabat, elaun, utiliti dan sewaan pejabat bagi Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah dan Pertubuhan Gabungan Majlis Belia Malaysia yang tertakluk kepada SOP ( Standard Operating Procedures) 7. 2 Bantuan Aktiviti Bertujuan membiayai sepenuhnya atau sebahagian daripada kos pelaksanaan aktiviti yang di jalankan oleh NGO. Bantaun aktiviti ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu : i) Bantuan Aktiviti yang di laksanakan oleh JBSN dan NGO Bantuan bagi membiayai kos pelaksanaan aktiviti yang di jalankan bersama sama oleh JBSN dan NGO ii) Bantuan Aktiviti yang di laksanakan oleh NGO Bantuan bagi membiayai kos pelaksanaan aktiviti yang di laksanakan oleh NGO.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN NGO YANG LAYAK DIBERI PERTIMBANGAN: 1. Badan Sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. 2. Pertubuhan Belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 3. Sekretariat Rakan Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS ) yang berdaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara 4. NGO yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan bergabung dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM )
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA PROGRAM / AKTIVTI YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN 1. Program yang dianjurkan hendaklah selaras dengan dasar Pembangunan Belia Negara dan Dasar Sukan Negara. 2. Program atau aktivti yang dianjurkan hendaklah memberi impak positif kepada kumpulan sasar. 3. Program atau aktiviti yang menggabungkan nilai-nilai integrasi dan perpaduan kaum 4. Program atau aktiviti yang dianjurkan menggabungkan unsur-unsur integrasi dan perpaduan kaum. 5. Bantuan Aktiviti yang di jalankan bersama NGO, keutamaan diberikan kepada NGO yang mempunyai kepakaran pengurusan, kepimpinan, kejurulatihan dan kemahiran teknikal dalam bidang berkaitan.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA PROGRAM / AKTIVTI YANG TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN Persatuan / Pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Belia dan Pesuruhjaya Sukan. NGO yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia dan Pesuruhjaya Sukan. Entiti berdaftar yang berorientasikan keuntungan Pertubuhan Politik, Pertubuhan Agama, Dewan Perniagaan dan orang perseorangan. Program / aktiviti berbentuk lawatan Permohonan pembelian aset / harta modal Permohonan untuk aktiviti pembangunan seperti pengubahsuian pejabat, baik pulih bangunan dan pembinaan pejabat. Aktiviti yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan budaya.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA PROSES PERMOHONAN BANTUAN 1. PERMOHONAN PERUNTUKAN BANTUAN PERLULAH MENGGUNAKAN : 1. 1 Permohonan Bantuan e-bantuan. -Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 1. 2 Borang permohonan Bantuan JKKBSJ. 01(warna biru ) -Peruntukan Kerajaan Negeri Johor 1. 3 Permohonan bantuan Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang di bawah RM 10, 000. 00 adalah di bawah kuasa Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor untuk meluluskan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Bantuan di dalam mesyuarat permohonan bantuan. 1. 4 Permohonan bantuan Peruntukan Kerajaan Negeri Johor adalah tidak melebihi RM 10, 000. 00, bagi kelulusan dan sokongan. Sekiranya melebihi RM 10, 000. 00 adalah dicadangkan memohon bantuan dari KBS
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA 2. 1 2. 2 2. 3 2. 4 PERMOHONAN BANTUAN HENDAKLAH: Sebanyak 2 salinan ( e –bantuan ) Sebanyak 2 salinan (borang JKKBSJ. 01 - warna biru) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 60 hari sebelum perlaksanaan program. Sekiranya program telah dilaksanakan laporan perlaksanaan perlulah disertakan dalam borang permohonan. Disertakan kertas kerja lengkap program/aktiviti -2 salinan Kertas kerja program/aktiviti perlulah mengandungi: 2. 4. 1 Keterangan projek dan jangkaan faedahnya kepada masyarakat tempatan 2. 4. 2 Keupayaan dan kaedah untuk melaksanakan program misalnya dari segi organisasi/jawatankuasa/jentera yang ada
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA 2. 4. 4 Anggaran keperluan kewangan secara terperinci iaitu bagi keperluan fizikal dan pengurusan 2. 4. 5 Kedudukan kewangan terkini dan rancangan-rancangan masa hadapan untuk meneruskan aktiviti tanpa bantuan tambahan daripada Kerajaan 2. 4. 6 Kenyataan mengenai butir-butir pemberian yang diterima daripada Kementerian/ Jabatan lain sekiranya ada 2. 4. 7 Cadangan yuran penyertaan/caj kepada orang awam. NGO boleh mengenakan caj/yuran penyertaan di bawah program/projek yang diberi bantuan tetapi kadarnya perlu dimaklumkan kepada Jabatan atau Kementerian diluluskan terlebih dahulu. 2. 5 Perlulah mendapat sokongan daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah atau Pegawai Program berkenaan untuk memberi ulasan terhadap status perlaksanaan program yang hendak dijalankan sebelum dikemukakan ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA 2. 6 2. 7 2. 8 2. 9 Disertakan salinan sijil Pendaftran Pertubuhan/Persatuan – 2 salinan Penyata kewangan Pertubuhan/Persatuan yang disahkan – 2 salinan Disertakan Penyata akaun semasa bank terkini/ no akaun semasa yang telah di sahkan – 1 salinan Disertakan senarai nama AJK Pertubuhan/Persatuan yang terkini – 2 salinan 2. 10 Di sertakan salinan perlembagaan persatuan / badan sukan - 1 salinan ( Bagi permohonan kali pertama sahaja sekiranya tiada pindaan ) 2. 10 Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor hendaklah menduduki Jawatankuasa Pengelola / penganjur atau aktiviti yang dirancang. Borang permohonan yang dihantar hendaklah wajib ditaip dengan kemas.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA AMBIL PERHATIAN. Kos program atau aktiviti yang dikemukakan adalah munasabah dan permohonan hanya dipertimbangkan kepada perkara-perkara seperti makan-minum, penginapan, sewaan kemudahan dan peralatan, dokumentasi, bayaran imbuhan pengajar / penceramah / pengadil / pegawai teknikal, hadiah pertandingan, dan lain -lain kos yang munasabah dengan program / aktivti yang dilaksanakan.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA 3. TINDAKAN SELEPAS MENERIMA CEK BANTUAN program/aktiviti dalam masa 14 hari selepas program/aktiviti dilaksanakan. ( Bersama Akuan Terima Cek Bantuan & Surat Persetujuan Penerimaan Bantuan almpiran 1(b) 3. 2 Laporan perbelanjaan program/aktiviti dengan disertakan bil-bil/resit/surat-surat perakuan perlu dikemukakan kepada Setiausaha Bantuan
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA PERHATIAN !!!!! ♥ Jika pihak Pertubuhan/Persatuan gagal mengemukakan laporan seperti yang dikehendaki dalam bahagian 3. 1 dan 3. 2 di atas dan didapati tidak melaksanakan program yang telah dirancang pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor berhak untuk mendapatkan balik semula wang bantuan yang telah diberikan dan permohonan di masa-masa akan datang (jika ada) tidak akan dipertimbangkan. ♥ Segala keperluan tersebut adalah tujuan pemeriksaan Jabatan Audit Negara dan Audit Negeri. ♥ Segala program/aktiviti NGO yang mendapat bantuan pembiayaan Kerajaan mestilah memberikan pengikhtirafan kepada Kerajaan dengan menyatakan, di mana sesuai, bahawa program/aktiviti berkenaan adalah anjuran bersama Kementerian/Jabatan.
- Slides: 15