Kemahiran Pedagogi Abad ke21 Kemahiran TMK Penggunaan komputer
Kemahiran Pedagogi Abad ke-21 Kemahiran TMK
Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi dalam memastikan objektif pengajaran Bahasa Melayu tercapai. Pengenalan TMK membantu murid untuk meneroka, mengakses dan mempersembahkan maklumat dalam pelbagai cara dan bentuk serta bersifat dinamik seperti MS Word, Power Point, MS Publisher dan laman sesawang atau internet. Pengggunaan TMK dalam p&p juga merupakan alat untuk pembelajaran kolaboratif dan konstruktivisme, iaitu murid digalakkan untuk membina, menilai, memanipulasi dan mempersembahkan idea serta pengetahuan yang baru.
Memastikan semua guru dan murid celik TMK. Menggalakkan penggunaan TMK bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan. Mengutamakan peranan dan fungsi TMK dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam P&P Konsep Pedagogi TMK Menyelaraskan semua aktiviti dan inisiatif TMK di bawah Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian. Menilai semua perisian kursus yang telah dihasilkan.
Ciri-ciri Pedagogi Berbantukan TMK Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul Membolehkan pembelajaran bersendiri dan membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar Meningkatkan motivasi pelajar Penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya: Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan
Aktiviti-aktiviti Pemerolehan Maklumat melalui Penggunaan TMK Internet • Murid menggunakan kemudahan enjin carian Yahoo, Google dan sebagainya untuk memuat turun dan memuat naik fail-fail digital seperti grafik, audio, video dan animasi ke dalam komputer. Kamera Digital • Murid boleh memindahkan fail grafik memori kamera digital ke komputer melalui kabel USB dan pembaca kad memori bagi tujuan pembentangan atau aktiviti persembahan. Kamera Video Digital • Murid boleh memindahkan fail video dari kamera video digital melalui kabel USB atau firewire. CD ROM • Murid meneroka CD ROM yang mengandungi sumber-sumber digital seperti grafik, audio dan video dan memindahkannya ke dalam komputer masing-masing.
Penggunaan TMK dalam P&P Tutorial • Guru menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. • Aktiviti ini merangkumi ekspositori, demonstrasi, latihan dan latih tubi yang disampaikan dikawal oleh sistem. Penerokaan • TMK sebagai medium, mencari dan mengakses maklumat daripada CD ROM, internet, portal, maklumat dan lain-lain. • Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. • Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknyaboleh dikawal oleh murid. Aplikasi • Membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menyiapkan folio dan projek kerja kursus. • Bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat p&p. Komunikasi • Menggunkan TMK untuk menghantar mesej melalui emel, facebook/laman sosial dan memberikan komen dan pendapat melalui blog. • Menghantar dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio dan video.
Mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Meningkatkan kemahiran TMK melalui penggunaan secara professional. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Kelebihan TMK Meningkatkan kreativiti, keyakinan diri, dan imaginasi murid. Murid dapat belajar secara berkesan melalui bimbingan guru yang minimum.
- Slides: 7