KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA ALAT CORT IV
KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA ALAT CORT IV Disediakan oleh: SITI NUR’ ASYILAH BINTI SAMSUDIN
Edward De Bono APA ITU ALAT CORT ? Dicipta untuk merangkumi pemikiran kreatif, konstruktif dan kritis COGNITIVE RESEARCH TRUST (Co. RT) Setiap bahagian mempunyai 10 unit pelajaran Mempunyai 6 bahagian
ALAT- ALAT CORT IV I. Co. RT IV membantu meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru. II. Co. RT IV lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de Bono. III. Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara. IV. Co. RT IV terdiri 10 teknik:
10 TEKNIK CORT IV Komponen Cort IV 1. YA, TIDAK, PO ( YES - NO - PO) 2. BATU LONCATAN Istilah, Kaedah & Contoh • Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK. Jika betul YA dan jika salah TIDAK. • PO merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian. Iaitu, kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul atau salah dan sebagai idea atau cadangan kreatif. • Batu loncatan merupakan idea yang berani untuk mendapatkan idea (kreatif) yang baru. “ PO : kedua-dua pelajar mesti memenangi acara sukaneka. ” ( STEPPING STONE) • Idea ini mungkin kedengaran bodoh, tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif: bahagikan acara kepada dua pusingan. Maka kedua-dua pelajar boleh menang.
Komponen Cort IV 3. INPUT RAWAK Istilah, Kaedah & Contoh • Mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru. “Buku PO durian” ( RANDOM INPUT ) 4. CABARAN KONSEP ( CONCEPT CHALLENGE ) • Buku dicipta supaya mempunyai pangsa seperti durian. Setiap bab disimpan dalam pangsa berasingan. Keluarkan pangsa buku untuk dibaca. Simpan kembali bab dalam pangsa selepas membaca. • Cabaran konsep itu untuk memeriksa sama ada hanya terdapat satu cara untuk membuat sesuatu. Apakah cara-cara alternatif? Konsep: “Teksi berjalan mengikut bilangan pemandu yang ditetapkan” Alternatif: Teksi menunggu penumpang cukup dan berjalan apabila penumpang cukup.
Komponen Cort IV 5. IDEA DOMINAN Istilah, Kaedah & Contoh • Dalam sesuatu situasi, terdapat satu idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari idea-idea baru. • Idea dominan bagi sesuatu kursus: amali ( DOMINANT IDEA) • Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai murni dan banyakkan dorongan serta cadangan untuk mencapai kejayaan dalam kursus tersebut. 6. TAKRIFAN MASALAH • Takrifkan masalah dengan tepat. ( DEFINE THE PROBLEM ) • Masalah ‘Hidup di asrama banyak gangguan emosi’ Penyelesaian: sesi kaunseling dengan pelajar yang mengalami masalah emosi.
Komponen Cort IV 7. SINGKIRAN KECACATAN ( REMOVE FAULTS ) 8. KOMBINASI ( COMBINATION ) Istilah, Kaedah & Contoh • Kenal pasti semua kecacatan yang ada lalu singkirkan kecacatankecatatan berkenaan • Kecacatan: Kaki kerusi mudah patah • Penyelesaian: Membina kaki kerusi berbentuk silinder besar dan rendahkan gravitinya. • Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah. • Gabungan idea: - kuih dan sambal daging : kuih cara berlauk - Kuih dan durian : dodol
Komponen Cort IV 9. KEPERLUAN ( REQUIREMENTS ) 10. PENILAIAN ( EVALUATION ) Istilah, Kaedah & Contoh • Mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan. • Keperluan pelajar yang berpindah sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru, bertanya guru tentang sukatan pembelajaran yang tertinggal. • Menilai sama ada idea tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan kekuatan serta apa kelemahannya. • Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS KOMPUTER’ dicadangkan kerana menepati keperluan. Keperluan: melahirkan rakyat yang celik IT.
SEKIAN TERIMA KASIH GKB 1053
- Slides: 9