Keganasan Rumahtangga Definisi dan Perlindungan Menurut Undang undang
- Slides: 42
Keganasan Rumahtangga: Definisi dan Perlindungan Menurut Undang – undang Malaysia 11/10/2020 Dr Roslina Che Soh@ Yusoff Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang -undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 1
2 11/10/2020 Pendahuluan • Keganasan rumahtangga bukanlah satu fenomena baru. Merupakan suatu isu universal yang semakin meningkat sejak dari kes yang pertama dilapurkan di England pada tahun 1935. • Berlaku dalam setiap masyarakat di dunia tanpa mengira bangsa, kaum, kelas pendapatan, agama dan budaya.
3 11/10/2020 • Lebih menjurus kepada keganasan terhadap wanita/isteri kerana sifat mereka yang lemah dan patuh kepada apa yang telah dipercayai menurut agama/budaya – suami berkuasa penuh dalam rumahtangga dan mempunyai hak autonomi untuk melakukan apa saja terhadap isteri & ahli keluarga • Sehingga keganasan dianggap dalam sesetengah budaya/kaum sebagai satu cara hidup yang harus diterima oleh kaum wanita
4 11/10/2020 • Apakah keganasan terhadap Wanita? Deklarasi Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita oleh PBB 1993: “sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara fizikal, seksual atau mental”
5 11/10/2020 • Bentuk-Bentuk Keganasan/Penderaan Terhadap Wanita 1. Penderaan Psikologi & Emosi 2. Penderaan Fizikal 3. Penderaan Seksual 4. Penderaan Sosial 5. Penderaan Kewangan
6 11/10/2020 • Kenapa Wanita Masih Sanggup Berada/Bertahan Dalam Lingkungan Kehidupan Keganasan Rumahtangga? : 1. Bergantung penuh kepada suami dari segi ekonomi 2. Stigma/Persepsi masyarakat – terhadap status janda 3. Takut dilabel sebagai penyebab kepada keruntuhan rumahtangga 4. Berasa malu kerana gagal menjalankan tugas sebagai seorang isteri yang taat/baik 5. Takut kehilangan hak jagaan anak
7 11/10/2020 KITARAN KEGANASAN RUMAHTANGGA
8 11/10/2020 • Peringkat Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman Keganasan meletus: keganasan berlaku/ bermula Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah. Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang. Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.
9 11/10/2020 Hak Wanita & Kanak-Kanak untuk Mendapat Perlindungan dari Sebarang Bentuk Keganasan • 1)Wanita • Artikel 3 Deklarasi Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita oleh PBB 1993 (CEDAW) • “ affirms women’s equal right to the enjoyment of a variety of rights, including the right to be free from torture and other cruel, inhuman or degrading treatment”
10 11/10/2020 • • 2) Kanak-Kanak Artikel 19 Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 “States Parties shall take all appropriate legislative, administrative, social and educational measures to protect the child from all forms of physical or mental violence, injury or abuse, neglect or negligent treatment, maltreatment or exploitation, including sexual abuse, while in the care of parent(s), legal guardian(s) or any other person who has the care of the child”
11 Perlindungan Menurut Undang Malaysia 11/10/2020 Terdapat beberapa peruntukan undang-undang berhubung dengan isu keganasan rumah tangga. Ini termasuklah: - • Akta Keganasan Rumahtangga (1994) Pindaan 2012 • Kanun Kesiksaan • Akta Perempuan Bersuami (1957) Pindaan 1990 & 1994. • Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. • Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian)1976. • Tatacara Mal Mahkamah Syariah WP 1998 • Akta Kanak-Kanak 2001
12 11/10/2020 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 Pindaan 2012 (AKRT) • Berkuatkuasa pada Jun 1996. Dipinda pada Feb. 2012 • Bertujuan memberi perlindungan kepada mangsa tidak kira bangsa, agama dan keturunan • Akta ini perlu dibaca bersama Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah seperti yang diperuntukan dalam seksyen 3 AKRT.
13 11/10/2020 • Definisi Keganasan Rumahtangga mengikut s. 2 AKRT: • 1. apabila seseorang itu menyebabkan kecederaan fizikal • • kepada mangsa, 2. secara bersengaja atau dengan sedar meletak atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal, 3. memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual yang mana mangsa berhak untuk tidak melakukannya, 4. mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya, 5. melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa
14 11/10/2020 • 6. Melakukan penderaan secara psikologi termasuklah penderaan emosi • 7. menyebabkan mangsa berada dalam keadaan khayal kerana kesan bahan yang memabukkan- yg diberikan kepada mangsa secara paksaan • 8. jika mangsa adalah kanak-kanak, juga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan khayal kerana kesan bahan yang memabukkan-
15 11/10/2020 • Siapakah mangsa yang dilindungi oleh Akta ini? – Menurut s. 2 AKRT : • isteri atau suaminya, bekas isteri atau bekas suaminya, kanak-kanak (berumur di bawah 18 tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga), orang dewasa tak berkeupayaan (yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga), mana -mana anggota lain keluarga yang tinggal serumah seperti abang, kakak, ibu, bapa dan mana-mana saudara lain.
16 11/10/2020 • Tindakan yang boleh diambil oleh Mangsa: • 1. Melaporkan kepada polis • - siasatan akan dilakukan mengikut peruntukan dalam Kanun Kesiksaan & Kanun Tatacara Jenayah -polis akan terus menyiasat kes penderaan yang dilaporkan. • S. 18 A AKRT (Pindaan 2012)- "Kesalahan Keganasan rumahtangga adalah dianggap sebagai kesalahan 2 yg boleh tangkap“ (seizable offence)
17 11/10/2020 Contoh kesalahan boleh tangkap (seizable offence): • - Kesalahan yang akan menyebabkan cedera parah - seksyen 322 Kanun Kesiksaan • - Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata /lain-lain benda yg. merbahaya - seksyen 326 Kanun Kesiksaan.
18 11/10/2020 2. Mangsa juga boleh mendapatkan pertolongan atau panduan daripada seorang pegawai kebajikan: • 1) menolong mangsa membuat laporan polis(sekiranya aduan belum dibuat) • 2) menerangkan hak-hak mangsa di bawah undang-undang. • 3)mengatur rawatan mangsa. • 4)memfailkan aduan ke Mahkamah. • 5)mengatur tempat perlindungan
19 11/10/2020 Siapa yang boleh membuat aduan? • - Mangsa itu sendiri • - Penjaga atau saudara mara kepada mangsa (bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang • tidak berupaya. (sek. 15) • - Sesiapa sahaja yang percaya atau mengesyaki telah berlakunya keganasan rumahtangga termasuklah jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara mara. • Sek. 18 -AKRT melindungi mereka yang membuat lapuran atau maklumat walaupun didapati lapuran yang diberikan itu tidak betul dengan syarat maklumat itu telah diberikan dengan suci hati.
20 11/10/2020 • Dimana aduan boleh dibuat? (s. 14) Di daerah/kawasan: • tempat tinggal mangsa • tempat tinggal pendera • berlakunya penderaan • dimana mangsa ditempatkan sementara
21 11/10/2020 • 3. Mendapatkan Perintah – Perintah Perlindungan di bawah AKRT • Perintah perlindungan adalah suatu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah untuk menahan atau pencegah pelaku daripada terus melakukan keganasan terhadap mangsa. • Menurut Akta ini terdapat dua perintah perlindungan iaitu: - • Perintah Perlindungan Sementara - (IPO) s. 4. & s. 12 • Perintah Perlindungan - (PO) s. 5 & s. 13 •
22 11/10/2020 Perintah Perlindungan Sementara (IPO) – s. 4 & 12 • Boleh dimohon oleh mangsa, peguam yg mewakili mangsa atau pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak mangsa • sementara menunggu siasatan yang dibuat oleh pihak polis selesai. Ia adalah amat penting kerana tempoh yg. diambil oleh pihak polis untuk menjalankan siasatan kadang-kadang agak panjang. Perintah ini dengan sendirinya terhenti apabila penyiasatan selesai.
23 11/10/2020 • Perintah Perlindungan (PO) S. 5 & 13 • - boleh dipohon oleh mangsa untuk melindunginya sementara menunggu penyiasatan berhubung dakwaan keganasan yang dilakukan. - bukan sahaja menghalang dari keganasan itu dari terus berlaku, malahan ia juga termasuk perintah untuk menghalang pesalah daripada menghasut orang lain daripada melakukan perbuatan keganasan rumah tangga terhadap mangsa - Tempoh pelindungan ini adalah sah (valid) selama 12 bulan sahaja
24 11/10/2020 • Perintah Sampingan – S. 6 • Bersama-sama perintah Perlindungan ini, Mahkamah juga boleh memasukkan perintah- perintah lain seperti : • memberikan penghunian ekslusif kepada mangsa untuk terus tinggal di rumah kediaman yang biasa didudukinya walaupun rumah itu dipunyai atau disewa oleh mereka berdua atau milik pelaku • perintah melarang pelaku dari terus memasuki kawasan rumah, tempat kerja atau sekolah atau membuat sebarang hubungan bertulis atau telefon dengan mangsa kecuali dengan kehadiran pihak polis.
25 11/10/2020
26 11/10/2020 Perlanggaran terhadap perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah - S. 8 • - didenda tidak lebih RM 2, 000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau keduaduanya sekali. • - menggunakan kekerasan atau keganasan boleh didenda tidak lebih daripada RM 4, 000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. • - perlanggaran kali kedua atau kemudiannya, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 72 jam dan tidak lebih daripada dua tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi RM 5, 000.
27 4. Pampasan – s. 10 11/10/2020 • Mangsa boleh menuntut pampasan daripada pelaku sekiranya mengalami kecederaan diri atau kerosakan kepada harta benda atau kerugian kewangan akibat dari keganasan rumah tangga itu. • faktor –faktor yang akan diambil kira dalam menentukan pampasan : • - kesakitan dan penderitaan mangsa jenis dan takat kecederaan fizikal atau saikologikal termasuk kecederaan emosi • - kos rawatan perubatan bagi kecederaan itu; • - apa-apa kehilangan pendapatan yang berbangkit daripadanya; • - jumlah atau nilai harga yang diambil atau dimusnahkan atau dirosakkan;
28 11/10/2020 5. Lain- Lain Perintah- s. 11 mahkamah boleh juga memerintahkan supaya pihak-pihak berkenaan dirujukkan kepada badan pendamai atau dirujukkan kepada terapi pemulihan, psikoterapi atau lain-lain kaunseling pendamaian yang sesuai
29 11/10/2020 2. Akta Perempuan Bersuami (1957) • Isteri boleh menyaman suami dibawah undang tort iaitu • seksyen 4 A – kecederaan peribadi (personal injury) • seksyen 9(2) – keselamatan ke atas harta isteri
30 3. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. 11/10/2020 Pembubaran perkahwinan: • Fasakh • Ta’liq 1)Fasakh S. 52 - antara sebab-sebab isteri dibenarkan meminta fasakh ialah apabila suami menganiayainya S. 52(h): (i)apabila suami lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya.
31 • 2) Ta’liq- s. 50. 11/10/2020 • Contoh lafaz ta’liq; • “Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya……… selama empat bulan Hijrah berturue-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuhnya, kemudian ia mengaku kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah, dan ia memberika kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaq is dengan cara talaq khulu’. ”
32 3. Lain-Lain Perintah 11/10/2020 • 1) Seksyen 107 • Perintah/injunksi dikeluarkan untuk melarang perbuatan penganiayaan atau gangguan pencerobohan semasa menanti keputusan pebicaraan hal ehwal perkahwinan atau pada atau selepas satu-satu perkahwinan itu dibubarkan. • 2)Seksyen 127 • Seseorang yang menganiayai isterinya / menipu harta isterinya adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
33 11/10/2020 • 3) Seksyen 128 • Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
34 11/10/2020 Tatacara Mal Mahkamah Syariah WP 1998 (utk orang Islam) • s. 200 –Perintah Injunksi umum untuk melarang sebarang perbuatan penganiayaan atau gangguan pencerobohan
35 4. Akta Memperbaharui Undang (Perkahwinan & Perceraian)1976. (Untuk Bukan Islam 11/10/2020 • 1. Perceraian di bawah s. 50(2) • Bagi perkahwinan yang kurang daripada 2 tahun dengan syarat dapat dibuktikan pemohon berada dalam kepayahan yang amat sangat (exceptional hardship) sekiranya perceraian tidak diberikan dengan segera. •
36 11/10/2020 2. Perceraian dibawah seksyen 53 Kepecahbelahan perkahwinan dimana alasanya terdapat di bawah seksyan 54 (1) (b). dimana perbuatan suami tidak memungkinkan si siteri untuk hidup bersamanya lagi. • 3. Perintah Injunksi -Seksyen 103 • - dikeluarkan untuk melarang perbuatan penganiayaan atau gangguan pencerobohan semasa menanti keputusan perbicaraan hal ehwal perkahwinan atau pada atau selepas satu perkahwinan itu dibubarkan.
37 11/10/2020 Akta Kanak-Kanak 2001 • S. 31 – Penderaan kanak-kanak – boleh dihukum denda maksimum RM 2000 /penjara selama 10 tahun /kedua-duanya sekali
38 11/10/2020 Kekangan/Masalah . Keengganan mangsa untuk meneruskan dakwaan selepas berbaik semula • Kurang pengetahuan mengenai jenayah penderaan terutamanya wanita • Anggapan yang diterimapakai oleh budaya masyarakat Asia yang suami sebagai ketua keluarga mempunyai hak untuk melakukan apa saja termasuk penderaan. Tidak dianggap sebagai jenayah yg serius
39 11/10/2020 . Perlindungan dibawah undang-undang keluarga lebih menjurus kepada penceraian – Satu pendekatan terakhir – terutama bagi isteri yang tidak bekerja dan harus bergantung penuh pada suami dari segi ekonomi. -stigma masyarakat- menjadi janda. Perintah Perlindungan yang melarang perbuatan penganiayaan atau gangguan pencerobohan – terutamanya dibawah sek. 103 AMU 1976 & sek. 107 UKIWP hanya boleh dipohon sekiranya telah ada permohonan penceraian/pembatalan perkahwinan/perpisahan kehakiman
40 11/10/2020 • Tindakan untuk menyaman suami dibawah undang-undang tort dibawah Akta Wanita Berkahwin 1957 -Tindakan ini berasingan dari tindakan jenayah- harus dibawa ke mahkamah sivil- melibatkan prosedur yang mungkin memakan masa yang lama, kos yang mahal dan menyebabkan tekanan emosi kerana terpaksa berdepan dengan suami di mahkamah terbuka.
41 11/10/2020 Kesimpulan • Perlindungan dari keganasan rumahtangga tidak hanya terletakkan pada kerajaan/undang. • Isu keganasan rumahtangga bukanlah satu isu peribadi semata-mata. • Masyarakat harus berperanan dalam menangani permasalahan ini.
42 11/10/2020 TERIMA KASIH
- Pengertian pelayanan farmasi
- Lafaz taklik
- Kesan tidak mematuhi undang-undang jalan raya
- Undang-undang tubuh kerajaan johor tingkatan 5
- Kemahiran asas mengumpan
- Zon ekonomi ekslusif
- Undang undang keselamatan kerja
- Undang undang keselamatan kerja
- Uu nomor 22 tahun 1997
- Undang-undang dasar sementara republik indonesia
- Uu ri nomor 4 tahun 2004
- Undang undang hak cipta perangkat lunak
- Unit palang merah yang pertama ditubuhkan di malaysia
- Undang undang siber berkaitan penggunaan internet
- Undang undang pandu hizbul wathan
- Jaminan produk adalah
- Undang undang tertulis
- Undang undang keselamatan kerja no 1 tahun 1970
- Uud no 42 tahun 2009
- Undang undang nomor 9 tahun 2010
- Undang-undang republik indonesia nomor 23 tahun 2002
- Unsur informed consent
- Lencana kecekapan sekolah rendah
- Peraturan pemerintah pengganti undang-undang
- Peraturan pemerintah pengganti undang-undang
- Kod undang-undang hammurabi
- Gereja sebagai institusi sosial
- Kedudukan pembukaan undang-undang dasar
- Ukuran keganasan bibit penyakit
- Sistem aktif dan pasif bomba
- Perlindungan pemajuan penegakan dan
- Aspek perlindungan hukum bagi bidan di komunitas
- Saiz kabel bumi
- Perlindungan komponen abiotik
- Aspek hukum publik dalam perlindungan konsumen
- Akta kilang dan jentera 1967 slide
- Paritta pancasila
- Hukuman akta perlindungan data peribadi
- Lembaga perlindungan ham
- Definisi psikologi komunikasi menurut para ahli
- Tuliskan definisi penelitian menurut soerjono soekanto
- Menurut jessica definisi desain grafis adalah .....
- Definisi sehat menurut pepkin, s adalah