Kedudukan dan Taraf Bahasa Melayu Era selepas merdeka
Kedudukan dan Taraf Bahasa Melayu
Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang. Antara akta berkaitan pelaksanaan bahasa melayu…
1. PERKARA 152 PERLEMBAGAAN-Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. -Melalui fasal ini, bahasa melayu telah di berikan taraf istimewa berbanding bahasa lain di Malaysia dan di nobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan bagi seluruh rakyat malaysia berbilang kaum. -Bahasa melayu mnjadi simbol identiti masyarakat dan negara malaysia kerana bahasa melayu digunakan semua individu yg menjadi warganegaranya khususnya dlm urusan rasmi negara. -disamping itu, pelaksanaan dasar ini pnting dlm wujudkan persefahaman dlm kalangan rakyat malaysia bagi mengelakkan timbul salah faham semasa interaksi antara kaum lain
AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959(PINDAAN 1995) • Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; • Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan • buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dalam bahasa-bahasa lain; • Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
• -Dewan bahasa kebangsaan ini turut disokong oleh seksyen 5 akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959(disemak 1978) [akta 213] dan diperluas melalui akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 • -Tujuan akta ini adlh memperkukuh dan memperkayakan bahasa kebangsaan. • -melaui akta ini , maka DBP sebagai sebuah institusi yg diberi autonomi telah menyusun pelbagai program bagi membina dan mengembangkan bahasa dan sastera melayu. Selain itu, DBP juga banyak menerbitkan
• AKTA BAHASA KEBANGSAAN Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (dikenali juga sebagai Akta 32) 1963/67 adalah suatu akta yang ditubuhkan bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. • Ia mengandungi 9 seksyen iaitu dari tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa hinggalah ke seksyen terakhirnya iaitu borang. Akta ini mengandungi 11 seksyen iaitu: • Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa. • Bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud-maksud rasmi. • Menggunakan terjemahan. • Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dilanjutkan. • Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dalam Parlimen dan Dewan Undangan. • Teks yang sahih bagi undang-undang. • Undang-undang bertulis yang dikanunkan sebelum 1 -9 -1967. • Bahasa mahkamah. • Tulisan bagi bahasa kebangsaan. • Bentuk angka • 11 Borang.
-kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dlm Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Seksyen 2 akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menghendaki bahasa kabangsaan digunakan untuk maksud rasmi. -Akta ini menunjukkan bahasa semua urusan rasmi kerajaan , sama ada urusan tersebut dilaksanakan secara lisan atau tulisan, perlu menggunakan bahasa kebangsaan. -Akta ini juga secara langsung menuntut agar bahasa melayu dipelihara, dibina, diperkembangkan, dipupuk dan dibydayakan dlm semua situasi rasmi
AKTA PENDIDIKAN 1996 Bahasa Kebangsaan Sebagai bahasa pengantar utama. 1 -bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bhasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dlm SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN kecuali sekolah jenis kebangsaan yg ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana 2 institusi pendidikan lain oleh menteri drpd subseksyen ini. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi adalah selain drpd bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi itu. -Pada tahun 1956, kerajaan berusaha untuk memdaulatkan bahasa Melayu menerusi sistem pendidikan negara. Usaha ini dilaksanakan menerusi JAWATANKUASA PELAJARAN RAZAK 1956. -ia menetapkan bahawa dasar pendidikan kebangsaan adalah berteraskan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama -usaha jawatan kuasa tersebut yg dikenali sebagai PENYATA RAZAK
-Selepas 35 tahun diluluskan pula AKTA PENDIDIKAN 1996. seksyen 17 dlm akta ini masih mempertahankan kedududkan bahsa melayu sbg bahasa pengantar utama dlm sistem pendididkan negara -akta ini pula umumnya masih mempertahankan kedudukan bahasa melayu. walaubagaimanapun, perkataan KECUALI dlm akta ini memberikan implikasi kpd bahasa melayu kerana sekolah jenis kebangsaan boleh menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar pendidikan. -di samping itu, institusi pendidikan yg tidak menggunakan bahasa melayu blh terus menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar.
• Dewan bahasa dan pustaka (DBP) ditubuhkan 22 JUN 1956 sebagai sebuah jabatan dlm Kementerian • Pelajaran. Pada tahun 1959 DBP dinaik taraf mnjadi sebuah badan berkanun yg bermatlamat; • Berusaha memajukan dan mengembangkan peristilahan bahasa Melayu. • Bertanggungjawab menyelaraskan penggunaan istilah dan ejaan Bahasa Melayu • Menyusun kamus am dan kamus istilah dalam berbagai-bagai bidang ilmu. • Bertanggungjawab menyalurkan atau menyebarkan istilah baru secara berkesan kepada semua pihak yang memerlukannya. • Berusaha mengawasi penggunaan bahasa, khususnya penggunaan • . istilah dan ejaan, di sektor awam dan swasta
-Bagi mencapai matlamatnya, DBP melaksanakan banyak kegiatan kebahsaan. Tugas pertama adalah memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan stlh bahasa ini diterimasbg bahasa kebangsaan tungal. -DBP turut mencipta istilah 2 baharu, menyediakan kamus, buku 2 teks dan bahan bacaan trmasuk majalah dan risalah 2 bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. -DBP juga mengusahakan satu sitem ejaan baharu bersama indonesia
• BM moden pascamerdeka mengutamakan perancangan bahasa iaitu usaha memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju. • Perancangan bahasa telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) setelah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. • DBP berperanan untuk memajukan bahasa kebangsaann dan kesusasteraan, mencetak dan menerbitkan buku, menyusun dan menerbitkan kamus dan menyeragamkan sebutan, ejaan dan istilah. • PERANCANGAN BAHASA MELAYU Perancangan BM terbahagi 2: i)Perancangan taraf ii) Perancangan korpus bahasa
1. Perancangan taraf bahasa bererti perluasan dan peningkatan taraf penggunaan atau peranan bahasa dlm masyarakat. 2. Di Malaysia, bahasa Melayu telah diangkat tarafnya mnjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara melalui PERLEMBAGAAN. 3. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan mnunjukkan kepentinganmewujudkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Secara umumnya BM Moden berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu. BAHASA KEBANGSAAN Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152 Bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan kaum. Bahasa Kebangsaan melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum. BAHASA RASMI Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi Negara. BM digunakan dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, pendidikan dan perusahaan. BAHASA ILMU Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar Pendidikan Negara, bahasa kebangsaan telah digunakan sejak tahun 1981 di semua peringkat persekolahan. Bahasa melayu digunakan untuk mengungkapkan pelbagai ilmu. BAHASA PERPADUAN Bahasa perpaduan bertujuan untuk menyatukan dan memberikan identiti masyarakat Malaysia. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan
PERANCANGAN BAHASA • Perrancangan korpus bahasa bermaksud pembinaan bahasa. Terdiri drpd a)PENGEKODAN -penyeragaman iaitu usaha untk menghasilkan satu variasi bahsa baku atau standard yg sempurna. a)-melibatkan EJAAN, ISTILAH, PERKAMUSAN, TATABA HASA
EJAAN Penyatuan sistem ejaan rumi antara Malaysia dengan Indonesia telah menghasilkan system ejaan baharu. DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu untuk rujukan masyarakat. MBIM dan kini MABBIM telah menghasilkan Daftar Ejaan Baharu: ü Terdapat 26 huruf iaitu melambangkan 6 huruf bunyi vokal dan 26 bunyi konsonan. ü Vokal a, i, e, o, u melambangkan 6 bunyi vokal yang mempunyai e-pepet dan e-taling. ü Terdapat huruf diftong iaitu gabungan 2 huruf vokal yang disebutkan sebagai satu bunyi. Huruf diftong sebutan contoh ai /ai/
TATABAHASA Melibatkan penyeragaman dari segi morfologi dan sintaksis. contohnya, dalam bidang morfologi ü imbuhan pen- + perkataan “tolak” = penolak Menerima imbuhan asing seperti maha-, pra-, anti-, -wan, dan –man ü Contohnya maha- + perkataan “siswa” = mahasiswa Dalam bidang sintaksis ü Contohnya; akhbar itu dibaca oleh beliau. Ganti nama diri ketiga hadir selepas kata kerja pasif. ISTILAH • Pembentukan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI) • Pembentukan istilah kemudiannya diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) • JKTBM menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan dijadikan asas untuk menggubal istilah. • Antara istilah yang dibentuk ialah bidang media, falsafah. sains sosial, sains asas dan kesusasteraan.
• PERKAMUSAN • Penyusunan kamus yang dilakukan oleh DBP melibatkan kamus • ekabahasa, dwibahasa dan istilah. • Bertujuan untuk merakamkan kosa kata BM Moden. PERKAMUSAN CONTOH • Ekabahasa Kamus Dewan Dwibahasa • Kamus dwibahasa Inggeris - BM Pelajar • Kamus BM edisi pelajar • Istilah • Kamus istilah kimia KBSM • PEMUPUKAN • Pemupukan bermaksud usaha untuk mengembangkan
- Slides: 18