Kata Kerja 1 Kata Kerja Tak Transitif KKTT












- Slides: 12

Kata Kerja

1 Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) • dapat berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya • contoh: sakit, berlari, melantun, terfikir, berjauhan

Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap -ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut untuk melengkapkan ayat -contoh: a) Adik menangis b)Mariam asyik berbual -boleh menerima unsur keterangan untuk menambahkan maklumat. -contoh: a) Adik menangis sejak petang tadi b)Mariam asyik berbual dengan ibunya Kata kerja tak transitif berpelengkap -ialah kata kerja yang tidak dapat berdiri dengan sendiri dan memerlukan objek atau penyambut untuk melengkapkan ayat -pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, frasa nama, kata adjektif, dan kata sendi nama -contoh: a) Pengemis itu tidur berbantalkan lengan b)Hubungan mereka bertambah akrab

2 Kata Kerja Transitif (KKT) • perlu disertai frasa nama sebagai objek • contoh: menyayangi, memuatkan, memerperluas, mempersenjatai, mempersembahkan

3 Kata Kerja Pasif • berasal daripada kata kerja transitif • Contoh: kuberi, dibuat, kauingat, dicemari, dilucutkan

Kesalahan Umum 1 Nizar tanya kepada bapa. (x) Nizar bertanya kepada bapa. (√) 2 Abu sedang basuh keretanya. (x) Abu sedang membasuh keretanya. (√) 3 Johan menghadiahkan tunangnya sebentuk cincin. (x) Johan menghadiahi tunangnya sebentuk cincin. (√)

Kesalahan Umum 1 Nizar tanya kepada bapa. (x) Nizar bertanya kepada bapa. (√)

2 Abu sedang basuh keretanya. (x) Abu sedang membasuh keretanya. (√)

3 Johan menghadiahkan tunangnya sebentuk cincin. (x) Johan menghadiahi tunangnya sebentuk cincin. (√)

4 Reha tidur berbantalkan dengan lengan. (x) Reha tidur berbantalkan lengan. (√)

5 Kasut itu saya sudah cuci. (x) Kasut itu sudah saya cuci. (√)

6 Novel ini kakak berikan kepada saya. (x) Novel ini diberikan oleh kakak kepada saya. (√)