Karangan Respon Terbuka Strategi 1 Mengenal pasti soalan
Karangan Respon Terbuka
Strategi 1. � � � Mengenal pasti soalan: T (Tema) K (kata Kunci) F (Format) � Contoh: Tulis sebuah rencana tentang faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong ke negara kita untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
2. Rangka karangan i. Pengenalan � Ayat Rangsangan (AR) : Ayat yang berkaitan dengan tema � Ayat arahan (AA): Ayat yang menjawab soalan / kata kunci karangan
Faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong ke negara kita. �Akhir-akhir ini, Malaysia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia (AR). Hal ini menyebabkan sektor pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara (AR). Selain itu, industri pelancongan telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan (AA). Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menarik pelancong melancong ke negara kita.
ii. Perengan isi � Ayat Judul (AJ): Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan – untuk menjawab persoalan. � Ayat Huraian (AH): Huraian lanjut isi utama – untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan/ menyokong isi utama � Ayat Contoh (AC): Ayat yang mengandungi bukti atau contoh – untuk memperkuat hujah. � Ayat Penegas (AP) : Ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian
�Salah satu sebab pelancong datang ke negara kita ialah negara kita memiliki pantai yang cantik dan bersih (AJ). Kebanyakkan pantai di negara kita sesuai untuk ahli keluarga bersiar-siar dan beriadah (AH). Contohnya, Pantai Langkawi di Kedah (AC). Dengan adanya pantai yang bersih seperti ini, pelancong akan datang ke negara kita untuk bersantai bersama ahli keluarga (AP).
iii. Penutup � Ayat kesimpulan (AK) � Ayat cadangan (AC) � Ayat pendapat � Ayat penilaian � Ayat harapan � Ayat penutup
�Kesimpulannya, sektor pelancongan di negara kita mempunyai masa depan yang cerah untuk dimajukan kerana negara kita mempunyai pelbagai kelebihan (AK). Oleh itu, kita mesti mempergunakan segala kelebihan yang ada untuk menarik kehadiran pelancong ke negara kita (AC).
Format Karangan Perbincangan i. Pengenalan ii. Isi 1 iii. Isi 2 iv. Isi 3 v. Isi 4 vi. Penutup
Latihan �Semangat kejiranan semakin kurang diamalkan dalam masyarakat masa kini. Bincangkan faktor-faktor menyebabkan semangat kejiranan semakin yang kurang diamalkan. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pengenalan �Jiran ialah orang yang paling dekat dengan kita – walaupun mempunyai saudara, namun jiran merupakan orang yang bersebelahan dengan rumah kita. �Jiran amat penting dalam kehidupan kita– jiran akan membantu sekiranya kita memerlukan bantuan �Terdapat beberapa faktor yang semangat kejiranan semakin kurang. memyebabkan
Isi-isi penting 1 - Semangat kejiranan semakin luntur kerana masing sibuk dengan kerja – pergi pada waktu pagi, balik waktu malam – tidak mengenali jiran kita. 2 - Aktiviti dikawasan perumahan kurang dijalankan – di kampung, ada aktiviti gotong royong – hubungan semakin erat – di bandar tidak ada – ada pihak tertentu yang akan menjalankan kerja-kerja pembersihan. 3 - kedudukan rumah yang berpagar tinggi – berkawan dengan mereka yang setaraf sahaja – semakin hilang semangat kejiranan
4 -Masa perayaan disambut di kampung --- contohnya tahun baru cina dan hari raya --- semua ahli keluarga pulang dan merayakannya di kampung –- tidak amal atau mengadakan rumah terbuka --- hubungan semakin renggang. Penutup Perlu diterapkan terutama kepada generasi muda --amalan bertegur sapa dan tolong menolong tidak harus diabaikan --- kehidupan semakin harmoni --ibarat cogan kata ‘ jiran sepakat membawa berkat’.
- Slides: 13