Karangan Ekspositori Apa itu karangan ekspositori Faktorfaktor Ciriciri

  • Slides: 18
Download presentation
Karangan Ekspositori

Karangan Ekspositori

Apa itu karangan ekspositori? Faktorfaktor Ciri-ciri Sebabsebab Caracara Kesankesan

Apa itu karangan ekspositori? Faktorfaktor Ciri-ciri Sebabsebab Caracara Kesankesan

Mengapa tulis karangan jenis ekspositori? • Tidak mahir menggunakan bahasa berbunga • Lebih selesa

Mengapa tulis karangan jenis ekspositori? • Tidak mahir menggunakan bahasa berbunga • Lebih selesa menggunakan laras bahasa formal • Sukar untuk memikirkan plot yang menarik dalam masa yang singkat • Lebih mudah mendapat markah daripada karangan naratif

Soalan-soalan karangan ekspositori kertas peperiksaan lalu • Cara-cara menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.

Soalan-soalan karangan ekspositori kertas peperiksaan lalu • Cara-cara menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. • Apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang pelajar contoh? • Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap di negara lain.

STRUKTUR KARANGAN EKSPOSITORI Pendahuluan 4 isi Isi-Huraian-Contoh-Pengukuhan Penutup

STRUKTUR KARANGAN EKSPOSITORI Pendahuluan 4 isi Isi-Huraian-Contoh-Pengukuhan Penutup

Jenis-jenis permulaan • • Fakta & Pertanyaan Peribahasa Kata-kata Pujangga Statistik*

Jenis-jenis permulaan • • Fakta & Pertanyaan Peribahasa Kata-kata Pujangga Statistik*

Fakta & Pertanyaan Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap negara

Fakta & Pertanyaan Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap negara lain. Singapura negara yang sangat terkenal dalam aspek kebersihan, taraf kehidupan yang tinggi, pendidikan yang bermutu dan sebagainya. Pemerintah yang tegas menyumbang kepada pembangunan Singapura yang positif. Dengan manfaat-manfaat yang dapat saya peroleh sebagai rakyat negara ini, tidak terlintas di fikiran saya untuk menetap di negara lain selain tanah air saya. Jika saya diberi pilihan untuk menetap negara lain, mahukah saya pergi? Apa yang membuat saya begitu setia dan sayang pada tanah air saya?

Fakta Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai kumpulan Samseng. Kumpulan Samseng adalah kumpulan yang melakukan

Fakta Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai kumpulan Samseng. Kumpulan Samseng adalah kumpulan yang melakukan perbuatan yang tidak berfaedah seperti merusuh dan melibatkan diri dalam aktiviti haram. Setiap remaja mempunyai pilihan untuk tidak menyertai kumpulan Samseng. Namun, adakalanya pengaruh yang kuat daripada rakan mengakibatkan remaja membuat pilhan yang kurang bijak.

Peribahasa Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai kumpulan Samseng. Sifat ingin tahu yang ada pada

Peribahasa Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai kumpulan Samseng. Sifat ingin tahu yang ada pada remaja sering mempengaruhi mereka melakukan perkara-perkara yang salah. Antara perkara ini adalah penglibatan dalam kumpulan samseng. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. ’ Pepatah ini mengingatkan kepada remaja zaman kini untuk sentiasa berwaspada dan jangan terjerumus dalam gejala samseng. Ini kerana pada akhirnya, mereka akan menerima kerugian apabila ditangkap oleh pihak berkuasa.

Kata Pujangga Soalan : Sebab-sebab kesihatan lebih penting kemewahan. mengapa daripada ‘Harga atau nilai

Kata Pujangga Soalan : Sebab-sebab kesihatan lebih penting kemewahan. mengapa daripada ‘Harga atau nilai kesihatan, tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit. ’ Ini kerana kesihatan yang hilang belum tentu boleh direbut kembali dengan ubatan yang mampu dibeli dengan wang ringgit yang banyak. Dalam mengejar impian kehidupan gaya moden yang penuh kemewahan, ramai yang terlupa bahawa kesihatan yang sempurna merupakan suatu kekayaan.

L ah k g n a 1 Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan

L ah k g n a 1 Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap di negara lain. KEBERSIHA N Huraian : Persekitaran yang bersih penting untuk kesihatan. Pemerintah menitikberatkan hal kebersihan. Terdapat pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memastikan kebersihan negara Contoh : Denda saman kepada mereka yang membuang sampah sebarangan. Juga, terdapat banyak pokok di persekitaran negara yang dapat menyerikan suasana serta memberi udara yang lebih segar. Pengukuhan : Lantas, ini membuat saya ingin terus menetap di Singapura dan bukan negara lain.

L ah k g n a 2 Isi + Huraian Isi + Contoh+ Pengukuhan

L ah k g n a 2 Isi + Huraian Isi + Contoh+ Pengukuhan O T N CO H Pertama, kebersihan Singapura membuat saya ingin kekal menetap di sini. Singapura dinobatkan sebagai salah satu kota yang paling bersih dalam dunia. Persekitaran yang bersih penting untuk kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Pemerintah amat tegas tentang perihal kebersihan. Misalnya, sesiapa yang ditangkap membuang sampah sebarangan akan disaman sehingga beratus dolar. Taktik ini telah berjaya mengekalkan kebersihan persekitaran di Singapura sehingga kini. Lantas, ini membuat saya ingin terus menetap di Singapura dan bukan negara lain.

L ah k g n a 1 Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan

L ah k g n a 1 Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap di negara lain. IKLIM STABIL Huraian : -Iklim yang stabil dan tidak berubah-ubah - Penempatan geografik yang strategik iatu dengan khatulistiwa (equator) - suhu yang sederhana, tidak terlalu sejuk ataupun panas Contoh : -Tidak ada ribut taufan, hujan berpanjangan dan kemarau -Tidak mempunyai perbezaan musim Pengukuhan : Kondisi iklim yang stabil ini membuat saya ingin terus menetap di Singapura

L ah k g n a 2 Isi + Huraian Isi + Contoh+ Pengukuhan

L ah k g n a 2 Isi + Huraian Isi + Contoh+ Pengukuhan O T N CO H- Seterusnya, iklim di Singapura yang stabil membuat saya ingin terus kekal di sini. Penempatan geografik yang strategik iatu berdekatan dengan khatulistiwa, menyumbang kepada suhu umum Singapura yang sederhana. Ini menyebabkan suhu negara ini menjadi lebih stabil kerana tidak terlalu sejuk ataupun panas. Iklim yang stabil juga bermaksud yang keadaan cuaca itu tidak mudah berubah-ubah. Ini berbeza dengan negara lain. Contohnya, kebanyakan negara yang berjauhan dengan khatulistiwa mempunyai perbezaan musim dan suhu yang boleh berubah dengan drastik. Ini menyebabkan tercetusnya ribut taufan, hujan berpanjangan dan kemarau. Justeru, dengan kondisi iklim di Singapura yang stabil, saya ingin terus menetap di Singapura dan bukan negara lain.

Penanda Wacana Penanda Akibat Penanda Contoh Penanda tambahan Penanda masa & urutan dengan demikian

Penanda Wacana Penanda Akibat Penanda Contoh Penanda tambahan Penanda masa & urutan dengan demikian umpamanya, selain itu, pertama sekali, oleh itu khususnya, tambahan pula, lazimnya, akibatnya terutamanya, apatah lagi, selanjutnya jadi yakni, malahan, berikutnya, lantas misalnya, bahkan, seterusnya, justeru contohnya malah, natijahnya,

Perkara yang perlu dielakkan Jangan kemukakan pendapat anda dalam karangan Contoh : Saya berpendapat

Perkara yang perlu dielakkan Jangan kemukakan pendapat anda dalam karangan Contoh : Saya berpendapat bahawa …. . Pada pandangan saya, …. . Jangan menulis dialog Jangan lupa untuk kaitkan setiap isi dengan soalan Contoh : Justeru, ini adalah satu faktor mengapa saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap ke negara lain. Lantas, ini merupakan antara sebab saya akan terus menetap di Singapura.

Penutup • Kesimpulan/Rumusan • Pendirian/Penegasan Contoh : Natijahnya, sebab-sebab yang telah saya bentangkan di

Penutup • Kesimpulan/Rumusan • Pendirian/Penegasan Contoh : Natijahnya, sebab-sebab yang telah saya bentangkan di atas meyakinkan saya untuk terus menetap di Singapura. Tiada negara yang dapat menandingi apa yang Singapura tawarkan.

! h e l o b a Say

! h e l o b a Say