KARANGAN 7 RENCANA JUMAAT 2 OGOS 2013 FORMAT

  • Slides: 11
Download presentation
KARANGAN 7: RENCANA JUMAAT 2 OGOS 2013

KARANGAN 7: RENCANA JUMAAT 2 OGOS 2013

FORMAT RENCANA 1. Karangan jenis ini ditulis untuk siaran akhbar atau majalah. 2. Ditulis

FORMAT RENCANA 1. Karangan jenis ini ditulis untuk siaran akhbar atau majalah. 2. Ditulis untuk memberi penerangan tentang sesuatu tajuk atau isu bagi maklumat para pembaca. 3. Perlu meletakkan tajuk rencana dan nama penulis rencana.

CONTOH SOALAN, TAJUK RENCANA DAN NAMA PENULIS RENCANA Sebagai seorang penulis di sebuah akhbar

CONTOH SOALAN, TAJUK RENCANA DAN NAMA PENULIS RENCANA Sebagai seorang penulis di sebuah akhbar tempatan, anda diberi tugas untuk menulis sebuah rencana tentang keistimewaan Malaysia dan usaha-usaha yang dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia. Tulis rencana itu selengkapnya.

Keistimewaan Malaysia dan Usaha-usaha yang Dijalankan untuk Menggalakkan Pelancongan di Malaysia Oleh : Angelina

Keistimewaan Malaysia dan Usaha-usaha yang Dijalankan untuk Menggalakkan Pelancongan di Malaysia Oleh : Angelina Sophia

PENDAHULUAN -Malaysia merupakan salah sebuah destinasi pelancongan utama di dunia. -Saban tahun, jumlah pelancong

PENDAHULUAN -Malaysia merupakan salah sebuah destinasi pelancongan utama di dunia. -Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. -Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh bak cendawan selepas hujan serta agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. -Persoalannya, apakah keistimewaan Malaysia dan apakah pula usaha-usaha yang dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia?

ISI 1 AI- mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati AH 1 - tempat menarik

ISI 1 AI- mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati AH 1 - tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. C 1 - Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buahan tropika. C 2 – mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. AP – dengan adanya tempat menarik untuk dilawati, sudah pasti pelancong dari dalam dan luar negara akan tertarik untuk melancong ke negara kita.

ISI 2 AI - keadaan iklim semula jadinya yang panas dan lembap sepanjang tahun.

ISI 2 AI - keadaan iklim semula jadinya yang panas dan lembap sepanjang tahun. AH 1 - corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. AC 1 -ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. AC 2 - di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. AP - keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

ISI 3 AI - kerajaan telah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan

ISI 3 AI - kerajaan telah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. AH 1 -promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam. AC 1 - pihak kementerian telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan di Arab Saudi AHC 1 -usaha memperkenalkan negara ini dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan maklumat tentang pelancongan di negara ini AP-promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong dan mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.

ISI 4 AI - pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan oleh pihak kerajaan dan

ISI 4 AI - pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. AH 1 - kejohanan-kejohanan dan pameran ini telah dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. AH 2 - penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia. AC-pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. AP - Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

ISI 5 AI - pihak swasta telah berganding bahu dengan pihak kerajaan membuka pusat-pusat

ISI 5 AI - pihak swasta telah berganding bahu dengan pihak kerajaan membuka pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia. AH 1 - industri pelancongan negara kita dapat bersaing dengan negara lain di dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. AC 1 - Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. AC 2 - Sebagai analoginya, langkah yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut. AP – sektor pelancongan bertambah maju dengan adanya kerjasama antara pihak swasta dan pihak kerajaan dengan membuka pusat-pusat percutian bertaraf dunia.

PENUTUP / KESIMPULAN Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang kepada

PENUTUP / KESIMPULAN Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan serta kerjasama daripada masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab serta cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.