KARANGAN 4 KARANGAN BERPANDU KHAMIS 05042012 Karangan Berdasarkan
KARANGAN 4 : KARANGAN BERPANDU KHAMIS 05042012
Karangan Berdasarkan Petikan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab kemalangan jalan raya berlaku di negara ini. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Iman : Kemalangan jalan raya yang melibatkan bas kerap berlaku akhir-akhir ini, Irene. Kebanyakannya berpunca daripada sikap pemandu kenderaan. Irene : Betul. Selain itu, keadaan jalan raya juga menyebabkan kemalangan. Kadang kala perlanggaran kenderaan disebabkan oleh keadaan cuaca. Iman : Kita haruslah berhati-hati di jalan raya.
SEBAB-SEBAB KEMALANGAN JALAN RAYA Sikap pemandu kenderaan Keadaan cuaca Keadaan jalan raya
Pendahuluan -“Pemandu tertidur mengakibatkan lorinya melanggar sebuah kereta. ” - “Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang. ” - “Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat. ” - Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam dekad ini, perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Apabilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Dalam erti kata yang lain jalan raya sudah tidak selamat untuk digunakan. Persoalannya, apakah sebab kemelut ini terus berlaku sehingga mengorbankan nyawa pengguna jalan raya?
ISI 1 �Sikap pemandu kenderaan (ayat idea) -Mereka memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk, dan menggunakan telefon bimbit. -Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal atau diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan -Kenderaan ini biasanya akan terbabas melanggar tiang lampu jalan atau jatuh ke dalam longkang -Sikap pemanduan yang tidak berhemah ini diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
ISI 2 �Keadaan jalan raya (ayat idea) -. Jalan raya yang bengkang-bengkok, terlalu sempit, bersimpangsiur dan berlubang-lubang akan mengganggu kelancaran pemanduan. -Jalan raya kurang diselenggara dan dibaiki dalam tempoh masa yang lama. -Kos untuk membaiki pulih jalan yang rosak adalah sangat mahal. Keadaan ini akan menyebabkan jalan berlubang-lubang dan tiada papan tanda amaran. -Kajian menunjukkan bahawa banyak kes kemalangan berlaku di jalan raya yang tidak dibaiki. Jalan raya yang tidak terancang pembinaannya akan meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
ISI 3 �Keadaan cuaca (ayat idea) -Hujan menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya -Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur dan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan. -Emosi pemandu jalan raya adalah berkaitan dengan suhu cuaca, seperti pada cuaca panas emosi pemandu akan berasa tidak selesa dan mereka tidak sabar apabila terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Kesimpulan -Semua pihak perlu bekerjasama membantu menangani masalah kemalangan ini. Pemandu perlu berubah sikap dengan mengamalkan sikap menyayangi dirisendiri dan keluarga dan “Ingatlah Orang yang Tersayang. ” -Sesungguhnya, “Pandu Cermat Jiwa Selamat, ” menjadi pegangan pemandu yang berhemah di jalan raya.
- Slides: 8