KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM BREAKFAST BUDDY KELAB DOKTOR MUDA
KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM “BREAKFAST BUDDY” KELAB DOKTOR MUDA 29 -31 OKTOBER 2008 MOHD ADIB BIN SALLEH Penolong Pengarah (Pendidikan Kesihatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
PENGENALAN DOKTOR MUDA DI KELANTAN o o Pada 1991 Program Doktor Muda dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di negeri Kelantan dengan kerjasama dan sokongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Ia telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti persatuan di sekolah rendah. Program ini dilaksanakan oleh kakitangan Kesihatan di sekolah-sekolah terbabit dengan kerjasama guru penasihat. Latihan diberikan seminggu sekali dan di rancang dengan teliti supaya tidak menganggu aktiviti kurikulum biasa.
TOPIK PENGAJARAN o Topik yang diajar meliputi aspek penyakit yang biasa berlaku di Kelantan seperti penyakit taun, demam denggi, demam malaria, penyakit cacing, kebersihan diri, kebersihan makanan, pertolongan cemas, perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Kelantan dan amalan gaya hidup sihat.
DOKTOR MUDA o Murid yang dipilih oleh guru berdasarkan ciri-ciri tertentu dan kemudian diberi latihan supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa tajuk kesihatan.
DOKTOR MUDA o Seterusnya mereka akan membantu dalam perkhidmatan kesihatan di sekolah dan bertindak sebagai agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan untuk diri sendiri, rakan, keluarga dan masyarakat dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KELAB DOKTOR MUDA o o o Sentiasa bersikap dan bertingkahlaku sihat. Membantu guru dan anggota kesihatan semasa pasukan kesihatan sekolah mengadakan lawatan ke sekolah. Mendorong rakan-rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap positif dan bertingkahlaku sihat.
o o o Memainkan peranan yang aktif dalam kempen -kempen kesihatan yang diadakan di sekolah. Mempromosikan sikap dan tingkahlalu cara hidup sihat dikalangan anggota keluarga di rumah. Berusaha mencapai keadaan persekitaran yang bersih dan sihat di sekolah serta di rumah
Aktiviti Bersama Masyarakat Aktiviti Peringkat sekolah SKOP AKTIVITI Aktiviti Luar
Aktiviti Perhimpunan Pagi Program “Breakfast Buddy” Ceramah Modul Doktor Muda Aktiviti Peringkat sekolah Amali Kebersihan diri. Pemeriksaan tahap kebersihan Berkala: • OPS Denggi • OPS Tandas. • OPS Kantin Ukur tinggi, timbang berat dan pemeriksaan mata.
PENCAPAIAN TERKINI o o Pelbagai pencapaian telah dicapai hasil usaha kedua-dua belah pihak. Konvensyen Kebangsaan Doktor Muda 2008 di Melaka. Johan: 1. Tokoh Doktor Muda 2. Bercerita Bahasa Inggeris 3. Pameran Aktiviti 4. Persembahan Bakat
PROGRAM “BREAKFAST BUDDY”
KELAB DOKTOR MUDA Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra Gua Musang, Kelantan
PENGENALAN o o o Kajian telah dijalankan oleh Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra Gua Musang, Kelantan. Ditubuhkan pada tahun 2003 dengan keahlian seramai 30 orang murid dan 2 orang guru penasihat iaitu Pn. Rohayati dan Pn. Siti Zulbida. Pemilihan murid berdasarkan kepada pencapaian akademik yang cemerlang dan aktif dalam bidang kokurikulum di tahun 4, 5 dan 6.
o o Sehingga kini seramai 180 doktor muda telah dilatih. Program ini di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, dan Pejabat Pelajaran Daerah Gua Musang Kelantan.
KAJIAN LEPAS o Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. (Food Facts Asia)
KAJIAN LEPAS o Banyak orang yang tidak melakukan sarapan pagi, dikarenakan kesibukan di pagi hari untuk segera berangkat kerja atau sekolah. Atau mungkin juga karena anggapan yang salah, bahwa dengan tidak sarapan pagi akan membantu menurunkan berat badan. Sebaliknya, tidak mengkonsumsi sarapan pagi dapat membuat berat badan bertambah, dan malah berisiko untuk menderita penyakit jantung, demikian hasil dari penelitian terbaru yang dilakukan. Wanita sehat yang tidak sarapan selama dua minggu akan mengkonsumsi makanan yang lebih banyak pada siang dan malam harinya. Hasilnya, kadar kolesterol LDL (kolesterol 'buruk') akan meningkat dan kepekaan terhadap hormon insulin akan menurun, dibanding dengan wanita yang mengkonsumsi sarapan pagi setiap harinya. (The American Journal of Clinical Nutrition )
KAJIAN LEPAS o Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. (Aminuddin Mansor 2006)
PENGENALAN KAJIAN o o Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
PENGENALAN KAJIAN o Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
PENGENALAN KAJIAN o o Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.
OBJEKTIF UMUM o Amalan sarapan pagi satu kemestian dan penting untuk peningkatan daya tumpuan semasa pembelajaran.
OBJEKTIF KHUSUS o o Melahirkan murid yang sihat dan memberi tumpuan semasa pembelajaran di sekolah. Memupuk sikap sentiasa mengambil sarapan sebelum ke sekolah. Mengalakkan murid sama-sama bersarapan di kantin. Memberi kesedaran tentang pentingnya mengambil sarapan pagi.
PERMASALAHAN o o o Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah. Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat. Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak. Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat. Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7. 00 hingga 9. 30 pagi.
SAMPEL KAJIAN • 50 murid tahun 5 yang tidak terlibat dalam Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS).
PELAKSANAAN o o Dijalankan setiap hari persekolahan. Satu sudut ‘Breakfast Buddy’ diwujudkan di kantin sekolah. Bermula 7. 15 pg hingga 7. 40 pg. 1 Kumpulan Doktor Muda bertugas harian akan menyelia dan mengajak rakan- rakan untuk bersarapan bersama-sama di kantin.
JADUAL BERTUGAS HARIAN AHAD ISNIN • • • ABU BAKAR. MUHD LUQMAN HAKIM. MOHD IZZAT DANIAL. RAIDAH QISTINA SITI HAJAR. NUR FATIN NAJWA NUR AMALINA NUR NAZIFA NUR ANIS SYAHIRAH IWANA IZZATI NUR AZMAH GHANI WAN NUR ATIRRA SELASA RABU KHAMIS • • • • • • MUHD ALIFF NAZRUL ANNUAR MOHD FITRI NIK AZIANTIE NUR AINI NUR ANIS LAILY NUR NATSHA CHE FARAH UMAINA NOOR HAZIZAN FATIN HAIFA INTAN MAS AYUNI AMAL AJLA SYAZA SAYMIMI. MOHD HAIDAR HADI NUR SYAHIRAH NUR SHAHRIZAN WAN NOR ASEKEN AMZAR HAKIM MUHD BILAL IRSYADI MUHD SHAARERUDDIN NUR EMILLIA
JENIS KAJIAN o ‘Random Sampling’ menggunakan borang soal selidik.
HASIL KAJIAN
Keputusan Kajian o o 6% Murid Tahun 5 tidak mengambil sarapan pagi dan 52% kadang-kadang mengambil sarapan pagi setiap hari. Makanan dan minuman yang diambil tidak seimbang. Peratusan tahap pengetahuan tentang keperluan mengambil sarapan pagi adalah tinggi (92%). Tahap pengetahuan tentang kebaikan mengambil sarapan pagi masih rendah (42%).
o o 43% pula menyatakan lebih sesuai dan seronok mengambil sarapan pagi bersama kawan-kawan di sekolah. Oleh itu satu program telah dirancang oleh Kelab Doktor Muda dengan bimbingan guru penasihat serta sokongan guru besar melaksanakan ‘Program Breakfast Buddy’ sekolah.
RUMUSAN o Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
o o Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Meningkatkan daya tahan terhadap serangan stress.
- Slides: 40