Kaedah Membaca Kaedah Seluruh Pandang dan Sebut Nama

Kaedah Membaca (Kaedah Seluruh/ Pandang dan Sebut) Nama Pensyarah: Puan Harlina Binti Ishak Nama Ahli Kumpulan: 1. 2. 3. 4. Yap Yong Wei Helena Lau Wen Tiong Su Ling Wong Siaw Yih

Pengenalan Kaedah ini memerlukan murid- murid menyebut perkataan yang disebut guru terdahulu setelah diperlihatkan gambar atau perkataan tersebut. • Dinamakan kaedah seluruh perkataan. • Pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf dan suku kata • Aktiviti utama – memandang dan menyebut. • Perkara yang dipandang – gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. • Perkara yang disebut – perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

• Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut.

• Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa digunakan seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya.

• Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya berulang-ulang. • Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. • Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

• Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. • Misalnya bagi perkataan “rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf “r”, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

• Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf abjad terlebih dahulu. • Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar.

• Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.

RASIONAL • Murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut. • Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid. • Mengecam huruf dan menghafal bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan • Menurut Goodman: Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka

Cara Pelaksanaan

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Menyebut perkataan Mencerakinkan perkataan kata Membina dan membaca ayat

Meyebut Perkataan • Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. • Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. • Setelah perkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dieja tetapi terus disebut. • Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaeadah ini disertakan dengan gambar.

Aktiviti 1 : Tingkap Misteri

ARAHAN 1. Buka tingkap. 2. Pandang dan kenalpasti gambar. 3. Sebut perkataan yang diberikan dengan kuat dan jelas, diikuti dengan rakan sekelas.

Contoh gambar:

MENCERAKINKAN PERKATAAN MENJADI SUKU KATA • Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata. • Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. • Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain menceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.

Aktiviti 1: KERETA API SAYA

ARAHAN 1. Sila eja perkataan yang diberikan. 2. Ceraikan perkataan mengikut suku kata dan tampalkan di tempat yang disediakan.

Contoh:

MEMBINA DAN MEMBACA AYAT • Kaedah ini juga dikenal sebagai kaedah ayat. • Kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. • Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak -kanak diminta terus membaca. • Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

Aktiviti 1 : POSTO-POSTO

ARAHAN 1. Bahagikan kepada empat (4) kumpulan. 2. Jawab teka-teki yang disediakan. 3. Kumpulan yang berjaya menjawab tekateki mempunyai hak keistimewa untuk memilih sampul dan memulakan aktiviti. 4. Bina ayat dengan menyusun perkataan yang telah disediakan.

Contoh soalan dalam sampul: 1 gagak 2 ini 3 cacing burung ini berwarna burung suka hitam gagak makan

Contoh Jawapan Ayat Ini burung gagak. Burung gagak ini berwarna hitam. Burung gagak suka makan cacing.

Teka-teki 1: Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib Jawapan: Kilat disangkakan mati

Teka-teki 2: Mak Minah menanak minyak Kemenyan dibakar dengan setanggi Dua peha beranak banyak Jawapan: Untuk mendaki tempat. Tangga yang tinggi?

Teka-teki 3: Ada tubuh ada tangan, Tiada kepala tiada kaki; Sangat berguna Jawapan: Baju Hujan waktu hujan,

Aktiviti 2: Seni Kata lagu

Aktiviti 3: Pantun

Aktiviti 4: Bercerita

Kebaikan Kaedah Pandang Dan Sebut 1. Menjimatkan masa sebab tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu. 2. Murid berpeluang memahami maksud perkataan semasa menyebut. 3. Kaedah terpantas mempelajari kemahiran membaca. 4. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya, menarik minat murid-murid. 5. Kanak-kanak mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka. 6. Melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang betul.

Kelemahan Kaedah Pandang Dan Sebut • Kaedah ini menyusahkan dan melambatkan lagi proses memperoleh kemahiran membaca di peringkat awal. • Murid pandai menyebut perkataan tetapi tidak pandai mengeja. • Gagal menyebut bunyi perkataan baharu sebab tiada pendedahan. • Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. (Perbendaharan kata murid terbatas) • Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. • Sesuai untuk murid-murid pandai sahaja.

Sekian, terima kasih.
- Slides: 33