KAEDAH GIVE ME TEN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB
KAEDAH “GIVE ME TEN” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN BUNDARKAN UNTUK MURID TAHUN 6 KREATIF SEK KEB SERI PENANTI DISEDIAKAN OLEH : PN HJH MASYANY BT HJ MUSA SK SERI PENANTI, KUBANG SEMANG
ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah- masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 6 Kreatif untuk menjawab soalan bundarkan dengan mudah, mantab dan tepat. Seramai 31 orang murid Tahun 6 Kreatif, SK Seri Penanti dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal, ujian pra dan ujian pos. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang yakin, tidak memberikan perhatian, tidak melengkapkan jawapan dan suka bermain. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kefahaman tentang konsep 10 jari. Murid telah didedahkan kepada Kaedah ‘ GIME ME TEN ’ selama 30 minit dan kajian ini diselesaikan dalam tempoh 2 bulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih berminat, seronok dan sangat yakin untuk menjawab.
1. 0 REFLEKSI P/P LALU : Setelah empat tahun mengajar di sekolah menengah dan diikuti pula mengajar di sekolah rendah selama lapan tahun, dirasakan sudah cukup memberikan pengalaman dan pengajaran buat saya. Walaubagaimanapun, dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya sudah mencukupi, ditambah pula dengan pengiktarafan selaku guru inovasi peringkat negeri 2011 yang akan diterima, tetapi saya masih belum dapat berpuas hati kerana pelajar-pelajar saya di Kelas 6 Kreatif masih belum boleh menjawab dengan tepat soalan-soalan bundarkan. “Cikgu, saya masih kurang fahamlah…. ”, “cikgu…. . susahlah”, “cikgu……saya tak mahu jawab, tak faham……”, itu antara rungutan dan luahan rasa yang sering kali disebut dan diulang oleh pelajar. Dalam hati saya terasa sangat geram, ibarat mencurah air di atas daun keladi. Pelbagai soalan yang timbul. Dimanakah silapnya? Kenapakah murid-murid ini masih tidak kuasai bundarkan, sedang telah pun dipelajari di tahap 1? Mesti ada sesuatu yang boleh dilakukan. Saya mesti mengambil tindakan segera untuk mengubah situasi ini. Apabila saya menghadiri Kursus Kajian Tindakan, ia membuka mata dan minda saya untuk menjadikan diri saya yang terbaik demi agama dan anak murid yang saya didik. Segala formula telah pun dikuasai oleh pelajar makanya sekarang ini adalah masanya untuk pelajar menunjukkan hasil.
2. 0 ISU KEPRIHATIANAN/FOKUS KAJIAN: Sungguhpun saya telah mengesan pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid, buat permulaannya saya hanya memfokuskan kepada soalan melibatkan bundarkan. Hasil dari pemerhatian terhadap murid, antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan murid adalah; • Tidak faham kehendak soalan. • Cuai semasa pengiraan • Tidak menjawab soalan Dengan membantu murid membina kebiasaan menggaris nombor yang hendak dibundarkan dan bulatkan jiran belakangnya maka murid dapat mengenalpasti dengan tepat apakah jawapan yang sebenarnya.
3. 0 OBJEKTIF KAJIAN : Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap kemahiran menjawab soalan bundarkan dalam Matetematik UPSR. 3. 2 Objektif Khusus • Pelajar dapat menggunakan kaedah “GIME ME TEN” untuk menjawab soalan dengan betul. • 50% murid dapat menjawab semua soalan dan mendapat A untuk Matematik UPSR. • 50% murid dapat menjawab dan mendapat B untuk Matematik UPSR.
4. 0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 31 orang murid dari kelas 6 Kreatif yang terdiri 22 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan.
5. 0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5. 1 TINJAUAN MASALAH Sebelum langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan akan dibuat bagi tujuan untuk memahami dan mendalami masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut: 5. 1. 1 Pemerhatian Saya membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan terdapat murid kurang yakin, tidak memberikan perhatian, tidak melengkapkan jawapan dan suka bermain. 5. 1. 2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman dan penguasaan mereka untuk menjawab bundarkan. Selepas saya menyemak jawapan murid, saya memberi jawapan yang betul dengan menerangkan langkah kerja yang sepatutnya. Pelajar perlu menggariskan “Key Word” dan fahamkan operasi yang terlibat dan seterusnya menulis jawapan yang betul. Selepas 2 hari pelajar diberikan soalan yang sama untuk menguji prestasi mereka. 5. 1. 3 Soal Selidik Borang soal selidik diedarkan kepada murid untuk mendapat maklum balas mereka terhadap Matematik selepas kaedah baru diperkenalkan.
5. 2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 5. 2. 1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: -Murid lebih fokus dan tekun untuk menjawab setiap soalan yang diberi atau dikemukakan. -Murid dapat melengkapkan jawapan dengan lebih pantas. -Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan secara lisan dan spontan. -Suasana pembelajaran dan pengajaran dalam kelas lebih memberangsangkan.
5. 2. 2 Analisis Ujian Pra dan Pos Perbandingan pencapaian murid dalam ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut: Dapatan ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi peratusan lulus untuk menjawab soalan. Prestasi Ujian Pos lebih baik daripada Ujian Pra.
GRED UJIAN PRA (BIL) % UJIAN POS (BIL) % LULUS 25 80. 65 31 100 GAGAL 6 19. 35 0 0 JUMLAH 31 100
120 100 80 LULUS 60 GAGAL 40 20 0 UJIAN PRA UJIAN POS
5. 2. 3 Analisis Soal Selidik Murid-murid telah menunjukkan sikap positif dan lebih aktif untuk menjawab soalan. Murid dikehendaki menjawab soalan dengan jujur dan ikhlas. Soal selidik ini akan digunakan sebagai panduan untuk mengenalpasti adakah kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ sesuai diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid: -
BIL SKALA 1 2 3 4 ITEM 1 Matematik merupakan subjek yang mudah. BILANGAN MURID 3 3 20 5 2 Saya lebih suka menggunakan kaedah ‘ GIVE ME TEN’ untuk bundarkan. 25 5 1 0 3 Bundarkan merupakan satu subtopik yang mudah dikuasai tanpa kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ 25 2 2 2 4 Saya dapat menjimatkan masa untuk menjawab selepas mempelajari kaedah ‘ 0 3 2 26 GIVE ME TEN ’ 5 Saya sangat bersemangat untuk menjawab soalan bundarkan selepas mempelajari kaedah ‘ GIVE ME TEN ’. 0 2 2 27 6 Saya suka cabaran yang terdapat dalam Kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ 0 0 5 26 7 Saya tertunggu- tunggu untuk mengikuti kelas matematik. 0 0 0 31 8 Saya semakin berminat untuk mngulangkaji mata pelajaran matematik berbanding subjek lain. Saya gemar belajar dengan cara melakukan aktiviti dalam kelas. 0 0 0 31 9 10 Matematik membuat saya suka hadir ke sekolah. 0 0 9 22 0 0 10 21
5. 3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 1. Selepas murid menjalani Ujian Pra, saya telah meminta pelajar untuk mempelajari satu kaedah iaitu kaedah ‘ GIVE ME TEN ’. 2. Saya minta murid untuk menadah tangan seperti membaca doa, tangan kiri di bawah manakala tangan kanan diangkat lebih tinggi.
3. Murid perlu menghafal setiap nombor pada tangan kiri dan tangan kanan. Ianya perlu diulang berkali-kali sehingga murid dapat ingat. Tangan kiri Tangan kanan - 0, 1, 2, 3, 4 -5, 6, 7, 8, 9 (orang miskin) (orang kaya)
ROUNDING OFF NUMBERS
1 Left hand 0 2 3 4
Right hand 6 7 8 5 9
LEFT HAND- 0, 1, 2, 3, 4 (ORANG MISKIN ) RIGHT HAND – 5, 6, 7, 8, 9 1) (ORANG KAYA +
4. Nombor pada tangan kiri adalah orang miskin, orang miskin tidak perlu derma, kalau nombor pada tangan kanan orang kaya maka orang kaya perlu menderma tapi hanya 1. a) Bundarkan kepada puluh ribu yang terdekat. 84 965 - 80 000 Nombor 8 tidak perlu ditambah kerana jirannya nombor 4 orang miskin. b) Bundarkan kepada ribu yang terdekat. +1 67 963 - 68 000 Nombor 7 perlu ditambah 1 kerana jirannya nombor 9 orang kaya, maka orang kaya perlu derma 1.
c) Bundarkan kepada puluh yang terdekat. +1 +1 36 897 - 36 900 Nombor 9 perlu ditambah 1 kerana jirannya nombor 7 orang kaya, tetapi nombor 9 jadi nombor 10, maka tulis 0 dan 1 perlu ditambah pada nombor 8. 5. Murid mendapatkan lembaran kerja di tapak perhimpunan pada hari Selasa dan cuba menyiapkan dan menghantar lembaran kerja yang disiapkan untuk disemak oleh guru pada hari Jumaat. Jika ada masalah murid boleh meminta mana-mana guru matematik untuk membantu. Ini merupakan satu program untuk membantu meningkatkan kefahaman murid _ Progam Anjakan Paradigma. 6. Murid akan dibantu oleh saya pada waktu rehat di perpustakaan. Sesiapa sahaja yang menghadapi masalah boleh berjumpa dengan saya untuk mendapatkan bantuan – Program Klinik Matematik.
5. 4 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 9 bulan. Pada bulan ke 9, murid saya telah pun menduduki peperiksaan UPSR. Setiap kali jika ada soalan bundarkan murid pasti menggunakan kaedah ‘ GIVE ME TEN ’. Pada bulan ke 6 murid diminta untuk menjawab soalan soal selidik bertujuan untuk mengenalpasti adakah kaedah ini benar-benar membantu pelajar. Saya juga memperkenalkan kaedah ini kepada semua guru Matematik di sekolah iaitu guru-guru tahap 1 dan tahap 2. Selain itu saya juga perkenalkan kepada murid-murid di sekolah yang menjemput saya untuk program motivasi Matematik dan juga sempena Program MEKAR anjuran PPD Tengah di SMK Permatang Pasir. Berdasarkan pemerhatian saya Kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ berjaya menarik minat murid untuk menjawab soalan. Murid juga berlumba-lumba untuk memastikan siapa paling cepat siap dan betul. Dengan pelbagai kaedah yang telah saya perkenal kepada murid saya, hasil yang cukup memberangsang telah ditunjukkan. Saya rasa lebih yakin, seronok dan bersyukur dengan hasil yang telah diperolehi. Keluarga, Gurubesar serta rakan-rakan guru telah memberikan komen yang membina, sokongan dan perangsang untuk saya terus maju dan menggunakan kaedah ini.
5. 5 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang sangat positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ membantu murid membina keyakinan diri, seronok, minat dan akhir sekali berjaya mencapai keputusan yang dihajati. Murid yang masih tidak dapat menguasai Kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ diminta untuk datang ke perpustakaan semasa waktu rehat untuk belajar- Program Klinik Matematik. Setelah murid kuasai dapatlah digunakan untuk menjawab soalan. Murid kelas lain juga minta saya ajarkan mereka Kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ . Saya rasa terharu kerana murid kelas lain juga berminat terhadap Kaedah ‘ GIVE ME TEN ’. Saya yakin dan percaya Kaedah ‘ GIVE ME TEN ’ sangat membantu murid. 6. 0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk bundarkan.
SEKIAN TERIMA KASIH
- Slides: 24