KAA 3013 Kuliah 3 Unit 6 TOKOHTOKOH DALAM

  • Slides: 37
Download presentation
KAA 3013 Kuliah 3 Unit: 6 TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1

KAA 3013 Kuliah 3 Unit: 6 TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengetahui tokoh-tokoh pendidikan awal

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengetahui tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak. 2. Membincangkan pandangan dan pendekatan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak. 3. Menghuraikan pendekatan tokoh pendidikan awal kanak-kanak 2

TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Martin Luther John Amos Comenius John Locke Jean-Jacques Rousseau

TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Martin Luther John Amos Comenius John Locke Jean-Jacques Rousseau Johann Heinrich Pestalozzi John Dewey(1859 -1952) Maria Montessori (1870 -1952) Jean Piaget 3

Sumbangan Tokoh-tokoh dahulu. Kepentingan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal dan cabaran pembangunan negara yang

Sumbangan Tokoh-tokoh dahulu. Kepentingan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal dan cabaran pembangunan negara yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibu bapa dan pendidik. Sistem pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini bermula daripada teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pada zaman dahulu. 4

PENDEKATAN MARTIN LUTHER Menurut Martin Luther tujuan utama sekolah adalah mengajarkan agama, dan keluarga

PENDEKATAN MARTIN LUTHER Menurut Martin Luther tujuan utama sekolah adalah mengajarkan agama, dan keluarga merupakan institusi penting dalam pendidikan anak. Beliau mencadangkan pendidikan universal dan wajib, serta menitikberatkan keperluan mendirikan sekolah bagi mengajar kanak-kanak membaca. 5

PENDEKATAN MARTIN LUTHER. . samb. Luther berpendapat tujuan utama persekolahan adalah untuk mengajar agama.

PENDEKATAN MARTIN LUTHER. . samb. Luther berpendapat tujuan utama persekolahan adalah untuk mengajar agama. Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani perlu diintegrasikan dalam kurikulum. Luther yakin keluarga merupakan institusi paling penting dalam pendidikan kanak. Baginya pendidikan dan persekolahan adalah untuk pengajaran sosialisasi, keagamaan dan moral. 6

PENDEKATAN JOHN AMOS COMENIUS Comenius merasakan pendidikan awal kanak-kanak perlu memberi pengalaman pembelajaran yang

PENDEKATAN JOHN AMOS COMENIUS Comenius merasakan pendidikan awal kanak-kanak perlu memberi pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah kebebasan, kegembiraan dan keriangan. Beliau juga percaya, pendidikan perlu mengikut aturan semula jadi, mengikut umur dan kaedah yang betul dan mengelakkan pembelajaran secara paksa sebelum kanak-kanak bersedia. 7

Prinsip Pengajaran Comenius (Morrison 1995, hlm. 58). Pendidikan akan lebih mudah jika: � bermula

Prinsip Pengajaran Comenius (Morrison 1995, hlm. 58). Pendidikan akan lebih mudah jika: � bermula pada peringkat awal semasa otak masih bersih � semasa otak bersedia untuk menerimanya � bermula daripada umum kepada khusus � daripada senang kepada susah � tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran � proses tidak terlalu cepat � berdasarkan umur dan kaedah yang betul � diajar dengan menggunakan deria � bahan pengajaran dipamerkan � semua yang diajar mengikut kaedah yang sama 8

JOHN LOCKE � Locke menganggap kanak-kanak seperti kertas putih, tabula rasa, atau blank slate.

JOHN LOCKE � Locke menganggap kanak-kanak seperti kertas putih, tabula rasa, atau blank slate. � Hasil pengalaman persekitaran akan mencorakkan kanak-kanak tersebut. � Semua kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai kebolehan yang sama dari segi perkembangan mental dan pembelajaran. � Yang membezakan pencapaian pembelajaran dan tingkah laku seseorang individu adalah faktor persekitaran seperti rumah dan keadaan keluarga, taraf sosioekonomi keluarga, pendidikan awal dan pengalaman. 9

JOHN LOCKE… samb. � Beliau menekankan tentang penggunaan deria penglihatan, rasa, bau dan pendengaran

JOHN LOCKE… samb. � Beliau menekankan tentang penggunaan deria penglihatan, rasa, bau dan pendengaran sebagai kaedah yang berkesan untuk kanak. � Locke juga mengakui tentang kepentingan bermain kerana pengajaran yang menggunakan kaedah bermain menjadikan kanak-kanak belajar dengan cepat dan mereka akan merasa seronok. � Locke juga yakin bahawa perkembangan intelek dari segi pengingatan dan penaakulan boleh dikembangkan melalui pengajaran mata pelajaran tertentu seperti bahasa klasik dan matematik. 10

Jean-Jacques Rousseau � Bagi Rousseau, pendidikan secara semula jadi `natural` dapat mempertingkatkan kualiti seperti

Jean-Jacques Rousseau � Bagi Rousseau, pendidikan secara semula jadi `natural` dapat mempertingkatkan kualiti seperti kegembiraan, spontan dan inkuisitif. � Dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak Rousseau menganggap kanak-kanak semasa ia dilahirkan adalah baik. � Dalam bukunya Emile Rousseau menggambarkan pandangannya terhadap alam seperti berikut `God makes all things good; man meddles with them and they become evil’ (Barbara 1933, hlm. 5 dalam Morrison 2001, hlm. 3). 11

Jean-Jacques Rousseau …samb. � Empat perkara yang diberi penekanan dalam falsafahnya ialah kebebasan, perkembangan,

Jean-Jacques Rousseau …samb. � Empat perkara yang diberi penekanan dalam falsafahnya ialah kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti. � Pandangan Rousseau tentang ciri kanak yang berkembang secara semula jadi telah membentuk kurikulum yang disusun berdasarkan minat dan aktiviti kanak-kanak mengikut peringkat umur yang berbeza dan berdasarkan deria. � Pendidikan pada pandangan Rousseau berlaku melalui 3 punca : keadaan semula jadi, manusia dan benda. 12

Johann Heinrich Pestalozzi Beliau menyatakan bahawa: Kanak-kanak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang

Johann Heinrich Pestalozzi Beliau menyatakan bahawa: Kanak-kanak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya, Bimbingan perlu bermula daripada pengalaman deria (konkrit) kepada yang abstrak, Bahan pendidikan adalah asas kepada pengalaman-pengalaman deria, melalui pengalaman itu, kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka secara semula jadi. 13

Johann Heinrich Pestalozzi…samb. � Pembelajaran yang aktif menurut Pestalozzi mengharuskan kanak-kanak mencuba, mengeksplorasi, memerhati,

Johann Heinrich Pestalozzi…samb. � Pembelajaran yang aktif menurut Pestalozzi mengharuskan kanak-kanak mencuba, mengeksplorasi, memerhati, melakukan sendiri kegiatan sehari-hari. Dengan melalui learning by doing barulah anak belajar yang sebenarnya. � Pestalozzi percaya cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. � Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya. 14

Friedrich Wilhelm Froebel berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak -kanak. Pendidikan

Friedrich Wilhelm Froebel berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak -kanak. Pendidikan hendaklah berdasarkan keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Disebabkan kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan, mereka hendaklah dianggap sebagai kanak-kanak dan perlu diberikan kebebasan. 15

Friedrich Wilhelm Froebel …samb. � Peringkat pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dan menjadi asas

Friedrich Wilhelm Froebel …samb. � Peringkat pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dan menjadi asas kepada semua pendidikan selanjutnya. � Beliau menyatakan bahawa penghidupan itu suatu proses evolusi, dan memajukan individu bermakna memajukan masyarakat. � Kindergarten adalah tapak semaian bagi latihan kemasyarakatan seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, bersikap membina, hormat-menghormati, menjaga kebersihan dan menggalakkan kesihatan yang baik. 16

Froebel Gifts Froebel telah mencadangkan 10 jenis hadiah atau gifts untuk melatih fizikal, mental,

Froebel Gifts Froebel telah mencadangkan 10 jenis hadiah atau gifts untuk melatih fizikal, mental, sosioemosi dan kreativiti kanak-kanak. Alat-alat yang dicipta oleh Froebel bermula daripada yang mudah kepada yang lebih rumit berdasarkan umur kanak-kanak. Ciptaan bermula daripada keseluruhan kepada unit-unit yang lebih kecil. Hadiah yang pertama terdiri daripada enam biji yang diperbuat daripada bulu pelbagai warna. 17

Froebel Gifts Gift 1 mengandungi enam biji bola yang lembut diperbuat daripada bulu yang

Froebel Gifts Gift 1 mengandungi enam biji bola yang lembut diperbuat daripada bulu yang mempunyai ukuran dua inci diameter. Bola ini berwarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Setiap bola dilengkapkan dengan tali yang mempunyai ukuran lebih kurang enam inci panjang dan dibuat lubang pada setiap hujung tali tersebut supaya boleh diayun. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur tiga bulan hingga tiga tahun. 18

Froebel Gifts Gift 2 mengandungi kiub dua inci, satu silinder dua inci, dan satu

Froebel Gifts Gift 2 mengandungi kiub dua inci, satu silinder dua inci, dan satu sfera dua inci. Froebel menggelar gift ini sebagai the children’s delight yang mempunyai rupa bentuk yang berbeza. Gift ini mungkin sesuai bagi kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun. Gift 3 terdiri daripada kiub dua inci yang terdapat dalam Gift 2. Gift itu kini dipecahkan kepada lapan kiub yang tiap-tiap satu berukuran satu inci. 19

Froebel Gifts Gift 4 ini terdiri daripada kiub dua inci yang dibahagikan kepada lapan

Froebel Gifts Gift 4 ini terdiri daripada kiub dua inci yang dibahagikan kepada lapan blok yang berbentuk empat segi Gift 5 mewakili bentuk yang lebih besar, kiub tiga inci dan lebih banyak jumlah dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Kiub yang berbentuk separuh dan suku memperkenalkan bentuk tiga segi. Gift ini sesuai bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas. 20

Froebel Gifts � Gift 6 mengandungi kiub tiga inci yang dibahagikan kepada 18 blok

Froebel Gifts � Gift 6 mengandungi kiub tiga inci yang dibahagikan kepada 18 blok empat segi bujur, 12 blok yang leper (flat), dalam bentuk segi empat, dan enam tiang yang kecil. Gift ini sesuai bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas � Gift 7 ini mengandungi 172 kepingan papan kecil yang pelbagai bentuk warna dan saiz, kanak-kanak boleh mengasingkan kepingan mengikut bentuk, warna dan saiz yang berbeza atau mengasingkannya berdasarkan dua ciri atau lebih. 21

Froebel Gifts � Gift 8 mengandungi cincin yang dibuat daripada besi. Terdapat juga bentuk

Froebel Gifts � Gift 8 mengandungi cincin yang dibuat daripada besi. Terdapat juga bentuk cincin separuh dan kayu. Kanak-kanak boleh mengasingkan benda-benda ini mengikut bentuk, mencipta huruf, membuat corak dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing. � Gift 9 pula boleh dimainkan dengan cara yang sama seperti gift yang lain, iaitu boleh mengasingkan benda-benda mengikut warna, membuat corak dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing. � Gift 10 berubah daripada bentuk yang konkrit kepada bentuk yang lebih abstrak. Gift ini dibina dengan mencantumkan titik dan garisan untuk mencipta pelbagai bentuk. 22

Aspek Moral Froebel � Froebel sangat mementingkan supaya ibu bapa dan guru melatih kanak-kanak

Aspek Moral Froebel � Froebel sangat mementingkan supaya ibu bapa dan guru melatih kanak-kanak aspek moral melalui kaedah bermain. � Umpamanya setiap blok yang dikeluarkan daripada kotaknya merupakan sebahagian daripada blok-blok yang lain. Hal ini samalah dengan kanak-kanak dan rakan-rakannya di kindergarten dengan individu dan masyarakat. � Oleh itu apabila kanak-kanak menggunakan blok-blok, mereka dikehendaki meletakkan semula blok-blok itu ke tempat simpanannya. 23

JOHN DEWEY(1859 -1952) � Dewey memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait

JOHN DEWEY(1859 -1952) � Dewey memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. � Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru haruslah memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. � Menurut beliau lagi, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. 24

JOHN DEWEY(1859 -19520)…samb. � Pembelajaran menurut beliau perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. �

JOHN DEWEY(1859 -19520)…samb. � Pembelajaran menurut beliau perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. � Pendidikan boleh dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka. � Kaedah pengajaran tidak boleh diasingkan daripada kandungan matapelajaran. � Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu individu memahami serta menghargai norma dan amalan sesuatu budaya di samping mempunyai kemahiran kreatif dan kritis. 25

MARIA MONTESSORI (1870 -1952) Montessori menekan kepada kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak.

MARIA MONTESSORI (1870 -1952) Montessori menekan kepada kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan ‘sensory teaching and learning’. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan mengguna deria dengan cekap 26

Prinsip-Prinsip Yang Terdapat Dalam Kaedah Montessori 1. Menghormati Kanak-Kanak dengan berbagai cara di antaranya

Prinsip-Prinsip Yang Terdapat Dalam Kaedah Montessori 1. Menghormati Kanak-Kanak dengan berbagai cara di antaranya : � Membantu kanak-kanak untuk belajar melakukan sendiri aktiviti mengikut pilihan mereka. � Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan, mereka akan dapat memperkembangkan kemahiran dan kebolehan mereka yang menjadi asas dalam pembelajaran berkesan, autonomi, dan penghargaan kendiri yang positif. 27

2. Absorbent Mind �Apa yang kanak-kanak pelajari bergantung kepada orang-orang yang terdapat di sekeliling

2. Absorbent Mind �Apa yang kanak-kanak pelajari bergantung kepada orang-orang yang terdapat di sekeliling mereka percakapan, perbuatan dan bagaimana mereka memberi respon kepada kanak -kanak. �Pengalaman yang sedia ada dan bahan -bahan yang disediakan untuk kanak juga menentukan jenis dan kualiti pembelajaran. 28

3. Waktu Sensitif � Montessori percaya terdapat jangka masa sensitif di mana pada waktu

3. Waktu Sensitif � Montessori percaya terdapat jangka masa sensitif di mana pada waktu ini kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkah laku dengan lebih berkesan. Banyak ahli pendidik awal kanak-kanak memberi maksud sensitive periods ini sebagai kesediaan (readiness). Guru mempunyai 3 peranan: � mengakui wujudnya , masa-masa yang sensitif, � belajar untuk mengesaninya dan � menyediakan pengalaman-pengalaman untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak 29

4. Persekitaran Yang Disediakan (Prepared Environment) Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang

4. Persekitaran Yang Disediakan (Prepared Environment) Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang disediakan. Persekitaran ini mungkin bilik darjah, di rumah, di taman asuhan kanak-kanak atau di padang permainan. Matlamat penyediaan persekitaran ini ialah untuk membolehkan kanak-kanak berdikari dan tidak bergantung kepada orang dewasa. Sebaliknya mereka melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri 30

5. Pendidikan Kendiri (Auto Education) Maksud pendidikan kendiri ialah apabila kanak-kanak boleh mendidik diri

5. Pendidikan Kendiri (Auto Education) Maksud pendidikan kendiri ialah apabila kanak-kanak boleh mendidik diri mereka sendiri semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di persekitaran yang disediakan. Melalui penglibatan dalam aktiviti ini kanak dapat : - Mempelajari sesuatu - Membuat refleksi dan - Mendapat kepuasan diri 31

JEAN PIAGET Pandangan Piaget Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu

JEAN PIAGET Pandangan Piaget Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya. 32

JEAN PIAGET Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak belajar: Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar

JEAN PIAGET Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak belajar: Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain - Bahasa, tingkah laku, dan idea keagamaan. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda – melalui penerokaan dunia fizikal -berkenaan bulatan, segi empat sama, keras dan lembut, panas dan sejuk melalui pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logikal-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian. 33

JEAN PIAGET � Pada tahun 70 an dan 80 an, pemikiran Piaget lebih cenderung

JEAN PIAGET � Pada tahun 70 an dan 80 an, pemikiran Piaget lebih cenderung kepada pendekatan berpusatkan kanak. � Antara sumbangan Piaget yang lain ialah, teori perkembangan kognitif yang menekankan peringkat deria motor, praoperasi, konkrit dan formal, � Teori konstruktivism menitikberatkan kecerdasan kanak-kanak berkembang melalui pembelajaran yang aktif, aktiviti mental dan fizikal adalah penting bagi perkembangan kanak-kanak, perkembangan kognitif kanak adalah melalui interaksi dan penyesuaian dengan persekitaran dan menggalakkan pembelajaran aktif melalui objek konkrit. 34

RUMUSAN Tokoh-tokoh yang dibincangkan di atas telah membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

RUMUSAN Tokoh-tokoh yang dibincangkan di atas telah membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan pandangan yang tersendiri. Aspek yang ditekankan adalah meliputi aspek perkembangan kanak-kanak, strategi dan pendekatan pengajaran, teori perkembangan seperti teori kognitif, emosi, sosial serta persekitaran yang sesuai kepada proses pembelajaran kanak-kanak. 35

RUMUSAN Sumbangan setiap tokoh ini sangat berkesan dan membawa hala tuju yang berbeza terhadap

RUMUSAN Sumbangan setiap tokoh ini sangat berkesan dan membawa hala tuju yang berbeza terhadap penerimaan guru dan kanak-kanak. Pelaksanaan aktiviti pengajaran adalah mengikut kreativiti guru agar pandangan tokoh ini dapat diaplikasikan di dalam pendekatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus memberi keseronokan kepada semua kanak di dalam kelas. 36

SEKIAN TERIMA KASIH 37

SEKIAN TERIMA KASIH 37