JIRIM Perubahan Keadaan Jirim O Jirim berubah dari
JIRIM Perubahan Keadaan Jirim
O Jirim berubah dari satu keadaan ke satu keadaan apabila dipanaskan atau disejukkan. O Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan jirim: Dipanaskan Peleburan Dipanaskan Pendidihan / Penyejatan Gas Cecair Pepejal Pembekuan Kondensasi Disejukkan
Perubahan Keadaan Air O Air boleh wujud dalam tiga keadaan: cecair, dalam bentuk air (ii) pepejal, dalam bentuk ais (iii) gas, dalam bentuk stim atau wap air O Air boleh berubah keadaannya apabila dipanaskan atau disejukkan. (i)
sambungan… O Proses perubahan keadaan air termasuk: (i) peleburan (ii) pendidihan (iii) penyejatan (iv) kondensasi (v) pembekuan
Peleburan O Peleburan ialah proses yang melibatkan perubahan pepejal kepada cecair apabila dipanaskan. O Ais melebur menjadi air pada suhu bilik kerana ais menerima haba dari persekitarannya.
Pendidihan O Pendidihan ialah proses yang melibatkan perubahan cecair kepada gas apabila dipanaskan. O Air mendidih dan berubah menjadi stim apabila dipanaskan pada suhu 100 C.
Penyejatan O Penyejatan ialah proses yang melibatkan perubahan cecair kepada gas apabila cecair menerima haba. O Penyejatan berlaku pada permukaan cecair pada sebarang suhu. O Sebagai contoh, air di dalam piring penyejatan yang diletakkan di bawah sinaran cahaya matahari hilang selepas seketika.
O Faktor yang mempengaruhi penyejatan:
Kondensasi O Kondendasi ialah proses yang melibatkan perubahan gas kepada cecair apabila disejukkan. O Sebagai contoh, wap air di udara bertukar menjadi air apabila wap tersentuh permukaan luar gelas yang sejuk. Titisan air terbentuk pada permukaan gelas.
Pembekuan O Pembekuan ialah proses yang melibatkan perubahan cecair kepada pepejal apabila disejukkan. O Air berubah menjadi ais apabila disejukkan pada suhu 0 C.
- Slides: 10