JENISJENIS BILIK PEMBELAJARAN BILIK PEMBELAJARAN Umumnya bilik darjah
JENIS-JENIS BILIK PEMBELAJARAN
BILIK PEMBELAJARAN Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses Pd. P yang melibatkan pelajar dan guru. Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses Pd. P di sekolah. Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih. Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.
Jenis-jenis Pembelajaran Bilik darjah tradisi Bilik darjah terbuka Bilik darjah bercantum Bilik darjah pra sekolah Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21 Bilik darjah multimedia Bilik darjah mata pelajaran khas
Bilik Darjah Tradisi Kerusi dan meja disusun baris demi baris. Sesuai untuk aktiviti Pd. P berbentuk seluruh kelas dan berpusatkan guru. Murid-murid yang mempunyai tubuh badan kecil/kurang aktif/ pendengaran yang kurang, biasanya ditempatkan di barisan hadapan. Aktiviti melibatkan murid dalam proses Pd. P jarang digunakan menyebabkan murid pasif semasa mendengar pengajaran guru.
Bilik Darjah Terbuka Aktiviti Pd. P biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di beberapa tempat di bilik darjah secara serentak. Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih, merancang, dan melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati. Ujian, peperiksaan, dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum. Murid-murid bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.
Bilik Darjah Bercantum Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan mereka. Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang. Semasa guru mengajar murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri. Biasanya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk yang tidak ramai.
Bilik Darjah Prasekolah Kanak-kanak dalam lingkungan 4 -6 tahun. Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal. Kebanyakan aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan. Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni.
Bilik Darjah Multimedia Dilengkapi dengan komputer untuk aktiviti Pd. P. Pelajar digalakkan memperoleh maklumat melalui internet. Strategi Pd. P adalah berpusatkan pelajar dan bahan. Guru berperanan sebagai fasilitator. Interaksi pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.
Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas Menjalankan aktiviti seperti amali/projek tertentu. Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti amali/projek (misalnya sinki, paip air, dll). Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan.
Bilik Mata pelajaran Khas Bilik darjah Makmal sains Makmal ICT/multimedia Bilik PSV Gimnasium Bengkel kemahiran – KHB, RBT, MPV Bilik Muzik Adakah proses pembelajaran boleh berlaku di padang sekolah? PADANG
Carta organisasi pengurusan bilik khas mata pelajaran Pembelajaran dan pemudahcaraan (Pd. Pc) Pengurusan & Penyelenggaraan Pengurusan Stok Keselamatan Kebersihan & Keceriaan
STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH
Saiz Bilik Darjah Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid. Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7 m x 9 m. Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.
Susunan Bilik darjah Susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru. Seharusnya memberi kemudahan kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan.
…Susunan Bilik darjah G P P P Gaya Auditorium - penyusunan tradisional di mana murid menghadap guru
…Susunan Bilik darjah P P P Gaya Bersemuka – Murid menghadap satu sama lain
…Susunan Bilik darjah Gaya Off Set – Tiga atau empat murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka
…Susunan Bilik darjah Gaya Seminar – Kumpulan murid 10 orang atau lebih duduk dalam bulatan, segi empat, atau bentuk U
Peralatan Kerusi dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid) Kerusi dan meja guru Papan hitam/putih Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan) Rak buku Bahan pengajaran dan pembelajaran
Pencahayaan dan Pengudaraan Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi. Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan udara masuk. Bilik darjah yang gelap dan tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan murid. Situasi ini menyebabkan murid mudah berasa letih dan mengantuk.
Ciri Keselamatan Ruang kerja selesa – susun atur perabot Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak Cahaya dan pengudaraan yang cukup Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup Sudut pameran/hasil kerja murid Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
Bilik Darjah Pembelajaran Abad ke 21 Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan mengikut tahap kebolehan. Menggalakkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid. Aktiviti murid dapat dilaksanakan dalam keadaan aktif. Murid dibenarkan bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan.
Meja dan kerusi Disusun mengikut kumpulan antara 4 hingga 5 orang mengikut kebolehan masing atau pelbagai kebolehan dan menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif.
SUSUN ATUR MEJA MURID
Model Bilik Darjah
SUDUT OBJEKTIF (OPEM) Sudut objektif
PENGGUNAAN KOMPUTER DAN LCD
SMART BOARD • Layar paparan interaktif menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. • Proses pengajaran dan pembelajaran bersifat interaktif antara guru dengan murid, dan murid dengan murid
RUANG PAPARAN HASIL KERJA MURID Contoh hasil keja murid yang terbaik dipaparkan, jadikan contoh dan rujukan murid lain, murid dapat membuat penambahbaikan kepada latihan mereka
- Slides: 29