JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU KHUTBAH MULTIMEDIA SAYANGILAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU KHUTBAH MULTIMEDIA SAYANGILAH BAHASA KITA 28 SAFAR 1442 H bersamaan 16 OKTOBER 2020 http: //e-khutbah. terengganu. gov. my
Pujian kepada Allah S. W. T. ﺍﻟﻣ ﻟﻠ ﺍﻱ ﻛﺍ ﻋ ﺍﻹﺳﻼ “Segala puji-pujian hanya bagi Allah S. W. T. , Yang Memuliakan kita dengan nikmat Islam”
Syahadah ﺷ ﺍ ﺑ ﻭ ﺍﻱ ﺍ ﻳ ﺍﻟﻻ ، ﺷ ﻥ ﺍ ﺍ ﺍﻟﻠ ﺣ ﺍﻟﺧ ﺍﻟ ﺍ ﺍﻟ ﻻ “Dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah, Yang Mengeluarkan manusia daripada kegelapan, dan juga aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S. A. W hamba-Nya dan rasul-Nya, datang menyebarkan kalam”
Selawat ke atas Nabi Muhammad S. A. W ﻯ آ ﺣ ﻥ ﻡ ﺣﺍ ﻯ ﺍ ﺍﻟ ﻻ ، ﺍﻟ ﻡ ﻯ ﻳ ﺍﻷﺍ “Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas hamba-Mu dan rasul-Mu Nabi Muhammad S. A. W sebaik-baik manusia, serta ke atas keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik sehingga negeri kedamaian”.
Pesanan Taqwa ﺍ ﻭﺍ ﺍﻟ ﻭﻭﺍ ﻭﻻ ﻳﺍ “Bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang lurus tepat (dalam segala perkara)”.
Khutbah Jumaat Hari Ini SAYANGILAH BAHASA KITA 28 SAFAR 1442 H bersamaan 16 OKTOBER 2020
Bahasa asas penting pembentukan jatidiri bangsa Medium komunikasi masyarakat Pengutusan para rasul dengan bahasa kaum sendiri
Firman Allah dalam surah Ibrahim: Ayat 4 ﺍﻟ ﺍ ﻱ ﺍ ﺍﻳ ﺍﻳ ﺍﺍ ﻭﺍﺍ “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki. Nya (menurut undang-undang peraturan. Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki. Nya (menurut undang-undang peraturan. Nya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
Bahasa lambang ketamadunan dan kebudayaan sesuatu bangsa Bangsa yang ingin menjajah akan memastikan penghapusan bahasa, budaya dan nilai bangsa yang ingin dijajah Negara-negara yang dijajah terkesan dengan bahasa dan budaya penjajah sehingga kini
Bangsa, budaya dan bahasa Melayu diteguhkan dengan nilai-nilai Islam yang utuh Bahasa Melayu disaring dan disebatikan dengan agama Islam oleh para ulama menjadikan Jawi sebagai tulisan kepada bahasa Melayu Kesungguhan ulama dan umara menjadikan bahasa Melayu dan tulisan Jawi bahasa dan pengantara penting di wilayah kepulauan Melayu mengatasi bahasa Sanskrit dan Jawa
Perkembangan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi Perekodan peristiwa seperti Batu Bersurat, urusan rasmi kerajaan dan kitab akademik Penterjemahan kitab-kitab arab dan penulisan kitab-kitab daripada ulama tempatan Kepentingan penggunaan bahasa Melayu melalui penulisan Jawi yang meluas membuktikan kemampuannya sebagai Bahasa Ilmu
Cadangan mengembalikan kesedaran dan kecaknaan kita kepada bahasa kebangsaan Penggunaan bahasa Melayu dalam percakapan dan urusan rasmi Penekanan subjek bahasa Melayu kepada anak Mengenali budaya dan nilai murni masyarakat kita melalui pembacaan karya-karya bahasa Melayu Pelajari kitab-kitab peninggalan ulama alam Melayu serta tulisan Jawi
Martabatkan kembali bahasa Melayu, identiti bangsa kita secara serius Tiada nilai bagi bangsa yang maju tetapi hilang identiti diri, adat, nilai murni, jati diri dan sifat sayang terhadap tanah air Ingatlah…. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Firman Allah dalam Surah Ar-Rum: Ayat 22 ﻱ آﺍ ﺍﻳ آﺍ ﺍﻟ ﺍﺍ ﺍ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan. Nya dan kebijaksanaan. Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
Doa Antara Dua Khutbah Aamiin Ya Rabbal Aalamin. . Tuhan Yang Memperkenankan Doa Orang-orang Yang Taat, Berilah Taufik Kepada Kami Di Dalam Mentaatimu, Ampunilah Kepada Mereka Yang Memohon Keampunan. Aamiin
Pujian kepada Allah S. W. T. ﺍﻟﻣ Segala puji-pujian hanya bagi Allah S. W. T.
Syahadah ﺷ ﺍ ﺍ ﺑ ﻭ ، ﺷ ﻥ ﻵ ﻻ ﺍﻟﻠ ﺣ ﻻ ﻳ Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah, ke. Esaan-Nya tiada sekutu bagi-Nya dan juga aku bersaksi bahawa nabi Muhammad S. A. W hamba-Nya dan rasul-Nya
Selawat ke atas Nabi Muhammad S. A. W ، ﺍﻟ ﻡ ﺍﻙ ﻯ ﺍ . ﻯ آ ﺻﺍ ﺗﺍ ﻯ ﻭ ﺍﻟ ﻳ Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas hamba-Mu dan rasul-Mu Nabi Muhammad S. A. W dan ke atas keluarganya, para sahabat serta pengikut Baginda sehingga hari pembalasan
Pesanan Takwa ﻭﻳﻡ ﻓﻱ ﻗﻯ ﺍﻟﻠ ﺍ ﻡ ﻓﻭ Saya menasihati anda dan diri saya untuk bertakwa kepada Allah dan taat kepada. Nya supaya kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya
Seruan Memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S. A. W. (Surah Al-Ahzab : Ayat 56) “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi (Muhammad S. A. W. ). Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya”
، ﺍﻷﺣﺍ ﻧﻡ ﺍﻷﻣﺍﺕ ، ﺍﻟﺳﻳ ﺍﻟﺳﺍ ، ﺍﻟ ﺍﻏﺭ ﻟﺅﻳ ﺍﻟﺅﺍ ﻳ ﻳ ﻳ ﺍﻟ ﺍﺕ Ya Allah, ampunkanlah dosa golongan Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan segala permintaan
Ya Allah… Yang Maha Pemurah Peliharakanlah dengan senantiasa mendapat Pertolongan, Hidayah, Taufiq, Kesihatan dan Keselamatan dari-Mu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kami, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Limpahilah Rahmat-Mu untuk Baginda, juga untuk Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu Peliharakanlah ya Allah… Putera Puteri, Ahli Keluarga, Keturunan dan Kerabat Baginda
Ya Allah… Peliharakanlah para Ulama, Semua Pembesar, Hakim-hakim, Pegawai Kerajaan dan Rakyat Jelata Baginda Dari kalangan Orang Islam dan mereka yang beriman Lelaki dan Perempuan, di Dunia dan Akhirat, Dengan segala Rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Penyayang Ya Allah… Peliharakanlah juga Raja Muda kami Tengku Muhammad Ismail Ibn Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
. ﻯ ﺍﻟﻠ ﻟ ﺍ ﻟ آ ﺣ ﻡ. ﺍ آﺍ ﻱ ﺍﻟ ﻧﺍ ﻱ ﺍﻵ ﺍ ﺍ ﺍﻟ ﺍ . ﺍﻟﻣ ﻟﻠ ﺍﻟﺍﻳ Ya Allah… Kurniakanlah Kepada Kami Kebaikan Di Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat Serta Hindarilah Kami Dari Seksaan Neraka.
Wahai hamba-hamba Allah…. Sentiasalah mengingati Allah, nescaya Dia akan mengingatimu. Dan bersyukurlah di atas nikmat-nikmat. Nya nescaya Dia akan menambahkan lagi nikmat itu kepadamu. Dan pohonlah kelebihan daripada-Nya, nescaya akan diberikannya kepadamu. Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar (faedah dan kesannya). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
- Slides: 28