JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU KHUTBAH MULTIMEDIA RASULULLAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU KHUTBAH MULTIMEDIA RASULULLAH S. A. W 6 Rabiulawal 1442 H bersamaan 23 Oktober 2020 http: //e-khutbah. terengganu. gov. my
Pujian kepada Allah S. W. T. ﺍﻟﻣ ﻟﻠ ﺍﻱ ﺍ ﺑﺎ ﺍﺍ Segala puji bagi Allah yang memerintahkan hamba-Nya supaya berlaku adil dan ihsan
Syahadah ، ﺷ ﻥ ﺍ ﺍ ﺍﻟﻠ ﺣ ﻻ ﻳ ﺍ ﺍﻟﻠ ﻭ Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, serta aku bersaksi bahawa (Nabi) Muhammad itu hamba dan utusan-Nya.
Selawat ke atas Nabi Muhammad S. A. W ﻯ آ ﺍ ﻥ ﻡ ﺍ ﻯ ﺍﻟ ﻳ ، ﺍ ﻳ ، ﺍ ﺍﺍ ، ﻯ ﺍﻧﺍ ﺍﻳ ﺍﻟ Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas semulia nabi dan rasul, ketua dan penghulu kami (Nabi) Muhammad (S. A. W) sebaik-baik makhluk keseluruhannya, serta ke atas keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik sehingga ke hari perhitungan
Pesanan Taqwa ﺍ ﻭﺍ ﺍﻟﻠ ﻳﻭ ﻭ Bertakwalah kepada Allah dan taatilah kepada-Nya, mudahan kamu beroleh kejayaan (di dunia dan akhirat)
ASULULLAH S. A. 6 Rabiulawal 1442 H bersamaan 23 Oktober 2020
PENGUTUSAN RASULULLAH S. A. W. KEPADA UMAT INI Seruan menyembah Allah (Tauhid) dan meninggalkan syirik Seruan bersikap prihatin, berbuat baik, tidak sombong dan tidak bangga diri sesama insan
Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.
Peluang kesempatan berada dalam bulan kelahiran Nabi S. A. W. Teliti asas-asas prihatin yang disarankan Nabi S. A. W. menerusi hadith-hadith Baginda S. A. W. sebagaimana berikut;
Maksudnya: “Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggungjawab ke atas mereka semua. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua. ”
2 Menjaga hubungan baik dan mengambil cakna sesama jiran ( )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﻄﺒﺮﺍﻧﻲ ﺍآﻱ ﺍﺍﺍﺍﻯ “Tidak sempurna keimanan denganku orang yang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan jirannya yang berada di sampingnya dalam keadaan lapar padahal dia mengetahuinya. ”
3 Menjaga keselamatan dan keselesaan anggota masyarakat ( )ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ : ﺍ ، ﺍ ﺍﻟﻠ « ﺍﺍ ﺍ ﺍﻯ ﺍﻟ ﺍﺍ » ﺍ “Iman itu terdapat lebih tujuh puluh cabang. Yang paling baik ialah ucapan « » ﺍ ﺍ ﺍﻟﻠﻪ dan yang paling rendah ialah membuang benda yang menyakitkan dari jalan. ”
4 Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat ( )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ ﺍ ﺍﺍ “Jangan melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan juga memudaratkan orang lain. ”
5 Menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua ( )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﻄﺒﺮﺍﻧﻲ ﺍﻟ ﺍ “Sebaik-baik manusia ialah manusia paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain. ”
Buktikan kecintaan kepada Rasulullah S. A. W. Jadikan Baginda S. A. W. sebagai tauladan Belajar dan beramal dengan sunnah-sunnah Baginda S. A. W. Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan yang mendapat syafaat Baginda S. A. W.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada. Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. "
Pujian kepada Allah S. W. T. ﺍﻟﺍﻳ ﺍﻟﻣ Segala puji-pujian hanya bagi Allah S. W. T. Tuhan sekalian alam
Syahadah ﺷ ﺍ ﺍ ﺑ ﻭ ، ﺷ ﻥ ﻵ ﻻ ﺍﻟﻠ ﺣ ﻻ ﻳ Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah, ke. Esaan -Nya tiada sekutu bagi-Nya dan juga aku bersaksi bahawa nabi Muhammad S. A. W hamba-Nya dan rasul-Nya
Selawat ke atas Nabi Muhammad S. A. W ، ﺍﻟ ﻡ ﺍﻙ ﻯ ﺍ ﻯ آ ﺻﺍ ﺗﺍ ﻯ ﻭ ﺍﻟ ﻳ Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas hamba-Mu dan rasul-Mu Nabi Muhammad S. A. W dan ke atas keluarganya, para sahabat serta pengikut Baginda sehingga hari perhitungan
Pesanan Taqwa ﻭﻳﻡ ﻓﻱ ﻗﻯ ﺍﻟﻠ ﺍ ﻡ ﻓﻭ Saya menasihati anda dan diri saya untuk bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya mudahan kamu beroleh kejayaan (di dunia dan akhirat)
Seruan Memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S. A. W. (Surah Al-Ahzab : Ayat 56) “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat. Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi (Muhammad S. A. W. ). Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya”
، ﺍﻷﺣﺍ ﻧﻡ ﺍﻷﻣﺍﺕ ، ﺍﻟﺳﻳ ﺍﻟﺳﺍ ، ﺍﻟ ﺍﻏﺭ ﻟﺅﻳ ﺍﻟﺅﺍ ﻳ ﻳ ﻳ ﺍﻟ ﺍﺕ Ya Allah, ampunkanlah dosa golongan Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan segala permintaan
Ya Allah… Yang Maha Pemurah Peliharakanlah dengan senantiasa mendapat Pertolongan, Hidayah, Taufiq, Kesihatan dan Keselamatan dari-Mu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kami, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Limpahilah Rahmat-Mu untuk Baginda, juga untuk Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu Peliharakanlah ya Allah… Putera Puteri, Ahli Keluarga, Keturunan dan Kerabat Baginda
Ya Allah… Peliharakanlah para Ulama, Semua Pembesar, Hakim-hakim, Pegawai Kerajaan dan Rakyat Jelata Baginda Dari kalangan Orang Islam dan mereka yang beriman Lelaki dan Perempuan, di Dunia dan Akhirat, Dengan segala Rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Penyayang Ya Allah… Peliharakanlah juga Raja Muda kami Tengku Muhammad Ismail Ibn Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
. ﻯ ﺍﻟﻠ ﻯ ﺍ ﻯ آ ﺣ. ﺍ آﺍ ﻱ ﺍﻟ ﻧﺍ ﻱ ﺍﻵ ﺍ ﺍ ﺍﻟ ﺍ . ﺍﻟﻣ ﻟﻠ ﺍﻟﺍﻳ Ya Allah… Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta hindarilah kami dari seksaan neraka.
Wahai hamba-hamba Allah… Sentiasalah mengingati Allah, nescaya Dia akan mengingatimu. Dan bersyukurlah di atas nikmat-nikmat. Nya nescaya Dia akan menambahkan lagi nikmat itu kepadamu. Dan pohonlah kelebihan daripada-Nya, nescaya akan diberikannya kepadamu. Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar (faedah dan kesannya). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
- Slides: 33