ISUISU KONTEMPORARI TITAS KRISIS ALAM SEKITAR 1 PENDAHULUAN

  • Slides: 23
Download presentation
ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR 1

ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR 1

PENDAHULUAN § Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam

PENDAHULUAN § Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global. § Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor. § Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat individu. 2

PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR § Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan

PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR § Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama : § Dominasi (Domination) § Kekhalifahan (Stewardship) § Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology) 3

1. Dominasi (Domination) § Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar

1. Dominasi (Domination) § Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia. § Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri. § Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia. § Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah. 4

2. Kekhalifahan (Stewardship) § Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan

2. Kekhalifahan (Stewardship) § Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini. § Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan. § Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain. 5

3. Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology) § Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan

3. Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology) § Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan. § Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya. § Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci. § Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama. § Manusia adalah sebahagian daripada alam. 6

PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Tawhid Khalifah & amanah Syariah

PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Tawhid Khalifah & amanah Syariah Keadilan & kesederhanaan 7

(a) Tawhid § Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain

(a) Tawhid § Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s. w. t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s. w. t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya. § Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat. § Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar. 8

Tawhid § Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah

Tawhid § Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s. w. t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini. § Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain. § Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak. § Nabi Muhammad s. a. w. pernah bersabda, maksudnya, ‘Semua ciptaan Allah s. w. t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya. ’ 9

(b) Khalifah dan amanah § Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu

(b) Khalifah dan amanah § Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni. § Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi ‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah s. w. t. § Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53 -54, yang bermaksud: ‘Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-macam. . . Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang 10 berakal. ’

Khalifah dan amanah § Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s. w.

Khalifah dan amanah § Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s. w. t. dengan akal fikiran berbanding makhluk-makhluk lain. § Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam ini. § Amanah yang diberikan Allah s. w. t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan dipersoalkan tentanggungjawabnya. § Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat. § Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha 11 Pengampun Lagi Maha Mengasihani. ’

(c) Syariah § Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan

(c) Syariah § Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam. § Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s. a. w. § Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat. § Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan. § Allah s. w. t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: ‘Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang. ’ 12

(d) Keadilan dan kesederhanaan § Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. § Al-Quran dalam

(d) Keadilan dan kesederhanaan § Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. § Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan bahawa: ‘Sesungguhnya Allah s. w. t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan. ’ § Konsep adil dalam ini dapat dilihat daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran tertentu serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian. § Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan. § Dalam persoalan alam sekitar, Allah s. w. t. tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan. 13

Keadilan dan kesederhanaan § Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan

Keadilan dan kesederhanaan § Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan. Nya untuk kalian daripadanya mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk kalian makan’. § Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan. § Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air. 14

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Hubungan manusia dan haiwan

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Hubungan manusia dan haiwan Hubungan manusia dan tumbuh-tumbuhan Penggunaan dan pemilikan tanah 15

Hubungan manusia & haiwan § Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik

Hubungan manusia & haiwan § Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan. § Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap manusia. ’ § Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan. § Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya! § Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu. § Kisah pada zaman Rasulullah saw : Lelaki dengan anjing & Wanita dengan kucing. 16

Hubungan manusia & tumbuh-tumbuhan § Hadis Rasulullah s. a. w. : ‘Dunia ini hijau

Hubungan manusia & tumbuh-tumbuhan § Hadis Rasulullah s. a. w. : ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. ’ § Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam. § Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud: ‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebunkebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumputan untuk kesenanganmu dan binatang 17 binatang ternakmu. ’

§ Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan

§ Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam § Nabi Muhammad s. a. w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam. § Allah s. w. t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam. § Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat. ’ § Hadis : ‘Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan. ’ § Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s. a. w. di Mekah dan Madinah. § Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau 18 membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.

Penggunaan dan pemilikan tanah § Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat

Penggunaan dan pemilikan tanah § Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal (hima). § Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian. § Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan. § Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan. § Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, 19 bercucuk tanam atau membuat bangunan.

§ Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di

§ Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan. § Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut. § Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal. § Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan. § Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam. § Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan. § Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang 20 digunakan semasa peperangan.

§ Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan. § Selain

§ Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan. § Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian. § Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon hima adalah dibuat secara adil. § Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai. § Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan. 21

KRISIS ALAM SEKITAR § § Pemanasan Suhu dunia Krisis tenaga nuklear Pencemaran udara dan

KRISIS ALAM SEKITAR § § Pemanasan Suhu dunia Krisis tenaga nuklear Pencemaran udara dan jerebu Banjir kilat 22

KESIMPULAN § Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s. w. t. dan menjadi ‘ayat’

KESIMPULAN § Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s. w. t. dan menjadi ‘ayat’ dalam memahami hakikat kewujudan keagungan Allah s. w. t. § Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran demi mendapat keredaan Allah. § Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama. § Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar. § Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian. § Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan kesejahteraan alam pada masa 23 akan datang.