ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN Integrasi Nasional Guru dan
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN: Integrasi Nasional Guru dan Cabaran Semasa
Hasil Pembelajaran § Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa(1. 1) § Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang integrasi nasional (1. 1)
Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan ISU v KAMUS DEWAN (2007) – Perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. CABARAN v KAMUS DEWAN (2007) – Sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
Isu Dan Cabaran Semasa PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA(PIPP- 2013 -2025)
Cabaran Pendidikan v Ledakan ilmu berbentuk global v Masalah sosial
Integrasi Nasional v Proses dinamik untuk merapatkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
Integrasi Nasional v “Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, The Way Forward Vision 2020, 1991)
Definisi Perpaduan (Integrasi) v Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.
v Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara. Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita (Sanusi Osman, 1989).
v Sistem pendidikan merupakan salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara kaum dan etnik. v Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.
1. Bahasa Malaysia v Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai strategi telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan kaum antaranya ialah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. 2. Kurikulum v Kurikulum yang seragam dan berorientasikan Malaysia di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya juga telah diperkenalkan.
3. Pendidikan Kewarganegaraan v Unsur-unsur pendidikan kewarganegaraan juga telah diterapkan ke dalam semua mata pelajaran. v Pendidikan berperanan memupuk semangat patriotik kepada negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, pendidikan turut membentuk sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersetupadu.
4. Peruntukan & Perhatian v Peruntukan dan perhatian diberikan dengan adil, tidak kira sama ada bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar mahupun golongan yang tidak bernasib baik. v Semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.
v Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. v Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
v Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. v Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil.
Pupuk Integrasi Nasional v v v v Akibat keretakan Integrasi Nasional Perbezaan Agama dan Budaya Ketidakpuasan hati Kedudukan Geografi Perkasa Bahasa Kebangsaan Pemantapan aktiviti Pupuk kefahaman Dasar Pelajaran Kebangsaan
Halangan Integrasi Nasional v Perbezaan Agama dan Budaya v Dasar Penjajahan v Sistem Pendidikan v Amalan Ekonomi v Perbezaan politik
Pemupukan Integrasi Nasional Melalui RIMUP v v v Kecemerlangan akademik Sukan dan permainan Ko-kurikulum Khidmat masyarakat Aktiviti berbentuk patriotik
Tindakan KPM Pupuk Intergrasi Nasional v v v Sekolah sebagai alat perpaduan Sistem persekolahan yang sama Penggunaan Bahasa Kebangsaan Pendekatan kepada nilai Seminar / Forum
SEKOLAH WAWASAN v Konsep belajar bersama-sama dibawah satu bumbung / satu kawasan yang sama tanpa kira kaum dan agama v Dua / tiga buah sekolah berlainan aliran dan pentadbiran disatu tempat
Matlamat 1. Mewujudkan perpaduan 2. Memupuk semangat integrasi 3. Melahirkan sifat toleransi dan persefahaman 4. Menggalakkan interaksi maksimum
Ciri-ciri v Pentadbiran & Pengurusan i. dua / tiga aliran di satu kawasan ii. sekolah masing-masing mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana, lagu dll iii. Pentadbiran yang berasingan iv. Identiti asal sekolah dikekalkan v. Berkongsi kemudahan seperti padang, kantin dll vi. JK penyelaras dibentuk bagi selaras dari segi kebersihan, keceriaan dan keselamatan. (terdiri daripada guru besar dan 2 orang wakil guru setiap sekolah)
Ciri-ciri v Kurikulum dan Bahasa Pengantar i. Menggunakan kurikulum kebangsaan ii. Bahasa pengantar bagi SK adalah bahasa melayu manakala SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda masing-masing iii. P&P mengikut aliran masing-masing. iv. Gurunya mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan
Ciri-ciri v Kokurikulum i. Bahasa pengantar mengikut sekolah masing-masing ii. Dalam pertandingan, setiap sekolah menghantar wakil terbaik masing-masing iii. Digalakkan mengadakan sukan tahunan, hari guru dll secara bersama iv. Perhimpunan bulanan adalah secara bersama
PERBINCANGAN v APAKAH PERANAN GURU DALAM MEMUPUK INTERGRASI NASIONAL v SEJAUH MANAKAH GURU MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA PELAJAR TENTANG INTERGRASI NASIONAL
- Slides: 26