ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU NOR ASIAH
ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL JPM
Istilah Singkatan • Menurut Kamus Dewan (2007: 1501), singkatan ialah kependekan, ringkasan, merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Abdullah Hasaan (2006) menyatakan istilah singkatan sebagai bentuk istilah yang tulisannya dipendekkan menurut tiga cara yang berikut : • i. Istilah yang bentuk tulisannya terdiri daripada satu huruf atau lebih, tetapi bentuk lisannya sesuai dengan bentuk istilah lengkapnya. Misalnya; ` l disebut liter cm disebut sentimeter sin disebut SINUS
• ii. Istilah yang bentuk tulisannya terdiri daripada satu huruf atau lebih yang dilafazkan huruf demi huruf. Contohnya : KVA (kilovolt-ampere) yang disebut = k –V-A • iii. Istilah yang dibentuk dengan meninggalkan satu bahagiannya atau lebih. Misalnya: Kawat (yang berasal dari surat kawat) Lab (yang berasal dari laboratorium)
Lambang Huruf dan Bilangan • • Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
Lambang • Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan. •
Lambang huruf • ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh : • meter - m • kilogram - kg • second - saat - s • ampere - A • degree - darjah - K
• • candela - kandela - cd radian - rad steradian - st mole - mol hecto - hekto - h centi - senti - c mega - M giga - G
• Terdapat juga lambang huruf K digunakan bagi menunjukkan makna ribu. Misalnya 20 K adalah dua puluh ribu. Misalnya, K ialah lambang daripada kilo bermakna seribu.
Bilangan • Sistem Unit Antarabangsa menentukan penulisan bilangan seperti yang berikut: i. Tanda perpuluhan boleh ditulis dengan titik. Misalnya: 3. 05 Bilangan hendaklah tidak dimulai dengan tanda perpuluhan, kecuali apabila diperlukan dalam jadual atau senarai. Bilangan perpuluhan tidak boleh dimulai dengan titik perpuluhan, tetapi hendaklah dimulai dengan angka. Misalnya: 0. 52 bukan. 52 0. 54 bukan. 54 0. 56 bukan. 56
• Kekecualian daripada peraturan ini diizinkan dalam senarai atau jadual. • Misalnya: • . 50 • . 52 • . 54 • . 56 • . . .
• Bilangan yang hanya terdiri daripada angka yang ditulis dalam jadual atau daftar hendaklah dibahagi-bahagikan kepada kelompok tiga angka yang dipisahkan oleh ruang tanpa tanda titik atau koma. Misalnya: • 3 105 724 bukan 3. 105. 724 • 0. 987 24 bukan 0, 98724
Lambang Gambar • Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar. Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing. Misalnya; ☼ (matahari).
Akronim • Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66), akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009: 27) mendefinisikan akronim sebagai kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata -kata unsur.
Menggabungkan suku kata atau bahagian kat • • • Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Tadika - taman didikan kanak – kanak Cerpen - cerita pendek - kumpulan gitar rancak Berdikari - berdiri dngean kaki sendiri Pawagam - Panggung wayang gambar Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial
Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim • JKR - Jabatan Kerja Raya • TLDM - Tentera Laut Di. Raja Malaysia • IPGKPI - Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam • LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia • ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri • IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
• Dari segi pembentukan istilah, akronim tidak digalakkan kerana apabila perkataan dibentuk melalui akronim, ada masanya kita terlupa akan ungkapan asalnya sehingga kita tidak mengetahui maknanya. Lebih-lebih lagi, istilah perlu memberi gambaran makna yang dibawa oleh perkataan asalnya. Apabila perkataan itu dihilangkan maka maknanya turut tidak ketara. •
• Dari segi perkamusan, perkataan akronim yang sudah lazim digunakan diterima sebagai perkataan, diterima sebagai masukan dalam kamus.
SEKIAN, TERIMA KASIH
- Slides: 18