Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas KONSEP

  • Slides: 30
Download presentation
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas KONSEP PEMIKIRAN • Nama : SYAHIDA MOHAMED

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas KONSEP PEMIKIRAN • Nama : SYAHIDA MOHAMED MOKHTAR • Kumpulan : PGSR - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran • Ambilan November 2009

Konsep Pemikiran Menurut V. R. Ruggiero, 1984 Menurut Beyer, 1981 pemikiran ialah satu proses

Konsep Pemikiran Menurut V. R. Ruggiero, 1984 Menurut Beyer, 1981 pemikiran ialah satu proses mental yang digunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannya membuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan. pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap input deria, dan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuat penyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahami sesuatu konsep.

Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah.

Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep, pentafsiran, dan penghasilan gerak balas yang sesuai. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Pemikiran juga merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian otak kiri berfikir secara kritis. Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.

Input Apakah perkara yang kita difikirkan? (Kandungan) Memproses Bagaimana kita memikirkannya ? (Operasi) Output

Input Apakah perkara yang kita difikirkan? (Kandungan) Memproses Bagaimana kita memikirkannya ? (Operasi) Output Jawapanjawapan yang diperoleh. (Hasil) Konsep Pemikiran

Perbincangan • Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam suatu kumpulan yang kecil dengan mempertimbangkan

Perbincangan • Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam suatu kumpulan yang kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea/isu semasa dari segi kebaikan dan kelemahannya Teknik Penyelesaian Masalah • Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu yang alternatif, kemungkinan/pilihan untuk membuktikan hipotesis/mendapat suatu rumusan. Pertimbangan • Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan/semasa membuat suatu keputusan. Penelitian • Membimbing pelajar meneliti segala akibat (apabila melakukan sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam jangka masa pendek serta jangka masa panjang. Faham, Tentukan Ujian dan Objektif • Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

Pemikiran Menegak Pemikiran Konvergen Jenis-jenis pemikiran Pemikiran Divergen Pemikiran Mendatar Pemikiran Kreatif

Pemikiran Menegak Pemikiran Konvergen Jenis-jenis pemikiran Pemikiran Divergen Pemikiran Mendatar Pemikiran Kreatif

Pemikiran Mendatar/ Pemikiran Lateral Pemikiran Mendatar ialah keupayaan untuk menjana idea-idea bercapah daripada pelbagai

Pemikiran Mendatar/ Pemikiran Lateral Pemikiran Mendatar ialah keupayaan untuk menjana idea-idea bercapah daripada pelbagai penyelesaian bagi sesuatu masalah Pemikiran ini melibatkan proses pemikiran ‘luar kotak’ (out of a box) di mana penyelesaian kepada masalah diperoleh daripada sumber yang tidak sama dan tidak berkaitan. Oleh itu, dalam pemikiran ini seseorang guru harus menggalakkan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mencari jalan penyelesaian berdasarkan perspektif yang berlainan. Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektif- perspektif yang berlainan supaya ia mudah diselesaikan. Penggunaan pemikiran lateral di dalam bilik darjah akan menggalakkan proses pemikiran kreatif di kalangan murid apabila idea baru dijanakan.

Guru mesti mengajar murid untuk melihat alternatif -alternatif yang berbeza dan bukan alternatif tradisional

Guru mesti mengajar murid untuk melihat alternatif -alternatif yang berbeza dan bukan alternatif tradisional sahaja dalam penyelesaian sesuatu masalah. Mengenal pasti idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi. Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan. De Bono mengatakan bahawa terdapat 4 langkah penting dalam pemikiran lateral, iaitu: Menggunakan idea yang diberikan oleh orang lain. Melonggarkan cara pemikiran yang terkawal.

Pemikiran Menegak/ Pemikiran Vertical Pemikiran Menengak merujuk kepada keupayaan menjana satu idea/penyelesaia n kepada

Pemikiran Menegak/ Pemikiran Vertical Pemikiran Menengak merujuk kepada keupayaan menjana satu idea/penyelesaia n kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci. Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah. Pemikiran ini membolehkan kita mempertimbangk an hubungan antara sesuatu situasi/idea yang membantu kita untuk memahaminya dengan lebih baik dan menggunakan idea itu dalam situasi tertentu secara berkesan. Pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan Apakah masalah yang dihadapi? Apakah alternatifalternatif yang terdapat? Apakah alternatif yang terdapat?

Perbezaan di antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Mendatar Pemikiran Menegak Mencari pendekatan yang betul

Perbezaan di antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Mendatar Pemikiran Menegak Mencari pendekatan yang betul Pemikiran Lateral Mencari pendekatan sebanyak yang mungkin Menekankan kebenaran idea Menekankan kekayaan Sedia ada tuju hala Membentuk tuju hala Mengikut kronologi Tidak tersusun Setiap langkah mesti betul Tidak tersusun Menggunakan unsur negatif untuk Tidak ada unsur negatif menghalang idea-idea tertentu Menolak semua yang tidak releven Menerima sebarang pendapat Membuat analisis terhadap sesuatu idea Tidak banyak penerokaan

Pemikiran Kritis/ Pemikiran Kritikal/Pemikiran Reflektif • Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan

Pemikiran Kritis/ Pemikiran Kritikal/Pemikiran Reflektif • Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan mengkaji situasi, fenomena, persoalan/masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. • Secara ringkasnya, ada mungkin juga berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi. • Pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan tujuan menilai sesuatu objek/situasi. • Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji kebenaran sesuatu perkara/masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah. • Tahap pemikiran murid-murid boleh ditentukan oleh guru dengan penggunaan jenis-jenis soalan yang sesuai.

Membuat rumusan dan penilaian Menyusun sesuatu mengikut keutamaan Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang

Membuat rumusan dan penilaian Menyusun sesuatu mengikut keutamaan Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang dibaca oleh mereka Aktiviti untuk membina dalam diri murid supaya berfikiran kritis: Membuat perbandinga n Membuat kesimpulan Menentukan akibat/kesan (walaupun tidak dinyatakan) Menentukan kesan

4. Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah 1. Kefahaman untuk

4. Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah 1. Kefahaman untuk menghujah Pemikiran kritis merangkumi perkara berikut: 3. Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan 2. Usaha mengumpul maklumat

Penentuan Tahap Pemikiran Aras Jenis Pemikiran Contoh Bilakah… Pengetahuan Murid mengingat kembali fakta Namakan…

Penentuan Tahap Pemikiran Aras Jenis Pemikiran Contoh Bilakah… Pengetahuan Murid mengingat kembali fakta Namakan… Siapakah… Di manakah… Terangkan… Kefahaman Murid memahami sesuatu situasi/fenomena Huraikan… Bandingkan… Jelaskan… Penggunaan Analisis Murid menggunakan fakta/hukum untuk menyelesaikan masalah ABC ialah sebuah segitiga. Cari nilainya. Murid memecahkan sesuatu peristiwa/ Golongkan benda-benda kepada kejadian kepada bahagian-bahagian kecil benda hidup dan benda bukan hidup agar dapat memahami keseluruhan situasi. 1. Apakah yang akan terjadi sekiranya Sintesis Murid membuat rumusan tentang bahan-bahan yang telah dipecah-pecahkan. Perang Dunia Ke-3 tercetus? 2. Bagaimanakah anda sebagai pelajar berusaha ke arah kecemerlangan? Penilaian Murid menilai sesuatu berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Sekiranya anda seorang pelabur, kawasan perindustrian manakah yang akan anda pilih, Pasir Gudang/Tampoi-Larkin?

Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu baru dan

Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu baru dan asli yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di kalangan murid dengan memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid dapat melahirkan idea kreatif dan unik. Guru boleh memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan munasabah bagi menggalakkan pemikiran kreatif para murid. Guru juga harus berusaha untuk membina murid yang mempunyai ‘open mind’ dan tidak melihat sesuatu permasalahan daripada satu aspek sahaja.

Ciri-ciri Pemikiran Kreatif KELANCARAN • Keupayaan menyediakan gerak balas tanpa halangan. FLEKSIBEL • Tidak

Ciri-ciri Pemikiran Kreatif KELANCARAN • Keupayaan menyediakan gerak balas tanpa halangan. FLEKSIBEL • Tidak terbatas kepada satu kaedah sahaja. KEASLIAN • Personal, unik/luar biasa. HURAIAN • Keupayaan menerang secaraterperinci.

Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang

Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima. Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam. Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan menonjolkan idea-idea yang asli. Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera serta humanistik.

Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen

Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan muridnya adalah seperti yang berikut: • Apakah yang menganggu saya? • Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya? • Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya? Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di bawah: • Bagaimana anda menerangkan sesuatu? • Apakah yang menyebabkan sesuatu? • Apakah yang penting mengenai sesuatu? Guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.

Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan

Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-cadangan berikut: • Menulis dan melukis • Menebuk lubang pada kertas • Sebagai senjata • Sebagai alat permainan Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal/unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif.

Ciri-ciri Pemikiran Divergen Kelikatan (Fluidity) Kelenturan (Flexibility) Keaslian (Originality) Terperinci (Detail) • Mampu memberi

Ciri-ciri Pemikiran Divergen Kelikatan (Fluidity) Kelenturan (Flexibility) Keaslian (Originality) Terperinci (Detail) • Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh • Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah • Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik • Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci

Idea RANGSANGAN Idea Corak Pemikiran Divergen

Idea RANGSANGAN Idea Corak Pemikiran Divergen

Pemikiran Konvergen/Pemikiran Tertumpu /Pemikiran Berpandu Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah

Pemikiran Konvergen/Pemikiran Tertumpu /Pemikiran Berpandu Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk mencari satu jawapan. Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tepat. Dalam pemikiran konvergen, seseorang individu mengaplikasi pengetahuannya dan peraturan-peraturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling sesuai.

Berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu penyelesaian yang betul. Tidak suka meneka dan tidak

Berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu penyelesaian yang betul. Tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti. Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:

Contohnya, sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan. Jurutera awam itu perlu mencari

Contohnya, sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan. Jurutera awam itu perlu mencari sebab-sebabnya. Berdasarkan pengetahuan serta pengalamannya, jurutera perlu berusaha mencari sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan tentang keretakan tembok bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakan menggunakan pemikiran konvergen. Murid-murid di sekolah yang menggunakan hukum-hukum dan rumus-rumus untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik adalah menggunakan pemikiran konvergen. Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains dan banyak diuji dalam peperiksaan awam.

Pemikiran Konvergen Fakta JAWAPAN Fakta

Pemikiran Konvergen Fakta JAWAPAN Fakta

Cara-cara Guru Memupuk Daya Berfikir Murid a) Mengemukakan banyak soalan divergen dalam proses pengajaran

Cara-cara Guru Memupuk Daya Berfikir Murid a) Mengemukakan banyak soalan divergen dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini akan memberikan peluang kepada murid-murid untuk memikirkan jawapan-jawapan yang ada banyak alternatif/penyelesaian. Soalan-soalan divergen yang lebih sukar harus diformulasikan oleh guru untuk murid-murid yang lebih mahir supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dalam kerja rumah dan tugasan harian mereka.

b) Menerapkan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) dalam langkah P&P guru. Guru

b) Menerapkan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) dalam langkah P&P guru. Guru mesti secara sedar menerapkan elemen KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang guru merancangkan untuk murid -muridnya. Guru mesti sentiasa mensimulasikan pemikiran dan minda murid-murid dengan pelbagai aktiviti KBKK dalam pengajarannya. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh mereka melengkapkan borang grafik banding beza untuk konsep-konsep yang berlainan supaya murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir mereka.

Mengenal pasti dan memahami masalah c) Menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-murid dapat mengaplikasikan

Mengenal pasti dan memahami masalah c) Menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan cara yang berikut: Menjelaskan masalah Membuat pertimbangan kepada penyelesaian yang telah dibuat. Membuat operasi penyelesaian Memikirkan alternatif penyelesaian masalah

d) Memastikan yang tugasan dan kerja rumah yang guru memberikan kepada murid-murid mengandungi arahan-arahan

d) Memastikan yang tugasan dan kerja rumah yang guru memberikan kepada murid-murid mengandungi arahan-arahan kemahiran berfikir seperti berikut: Mencirikan Meramal Membuat hipotesis Membanding dan membezakan Menghubung kaitkan Menilai Mengumpul dan mengelaskan Membuat inferens Mesintesis Menganalisis Menjanakan idea Menyusun megikut keutamaan