InstitusiInstitusi Islam UICI 2042 Institusi Ekonomi Nurazmallail Bin

Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Ekonomi Nurazmallail Bin Marni Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad al-Idrus

OBJEKTIF • Membincangkan sistem perbankan Islam. • Membincangkan sistem takaful Islam. 2

PERBANKAN ISLAM • Konsep Perbankan Islam • Perbankan Islam ialah sistem perbankan dan insuran yang berlandaskan hukum muamalat Islam. ü Keperluan memahami dan melaksanakan konsep kewangan Islam. ü Tuntutan menjauhi aktiviti ekonomi yang melibatkan riba, syubhah (keraguan), maisir (perjudian)), gharar (penipuan), dan lain-lain. 3

Operasi Perbankan Islam • Aplikasi teori-teori pinjaman, pembiayaan, simpanan, pelaburan, jualan dan belian, gadaian dan hutang secara Islam hanya dapat dilaksanakan dengan baik bila ada institusi dan syarikat kewangan yang menjalankannya. • Bank mestilah mempunyai kepakaran tentang sistem kewangan Islam dan segala yang berkaitan dengannya. • Urus niaga berlandaskan syariah perlu kepada Majlis Pengawasan Syari’ah (Syari’ah Supervisory Council) yang dilantik oleh setiap bank untuk membuat pemantauan sepanjang masa ke atas perjalanan bank supaya sentiasa mengikut hukum Syarak. 4

Senarai Bank-Bank Islam Di Malaysia No. Nama Pemilikan 1 Affin Islamic Bank Berhad Al Rajhi Banking &Investment Corporation (Malaysia) Berhad Local (L) 2 Foreign (F) 3 Alliance Islamic Bank Berhad L 4 Am. Islamic Bank Berhad L 5 Asian Finance Bank Berhad F 6 Bank Islam Malaysia Berhad L 7 Bank Muamalat Malaysia Berhad L 8 CIMB Islamic Bank Berhad L

Sambungan… No. Nama Pemilikan 9 EONCAP Islamic Bank Berhad L 10 Hong Leong Islamic Bank Berhad L 11 HSBC Amanah Malaysia Berhad F 12 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad L 13 Maybank Islamic Berhad L 14 OCBC Al-Amin Bank Berhad F 15 Public Islamic Bank Berhad L 16 RHB Islamic Bank Berhad L 17 Standard Chartered Saadiq Berhad F

RUKUN URUS NIAGA PERBANKAN ISLAM • Umumnya, sama dengan rukun jual beli, iaitu: 1. Aqad dalam sesuatu urus niaga. 2. Pihak yang terlibat dalam aqad urus niaga. 3. Status aset yang diurusniagakan. 4. Nilai harga sebagai tukaran dalam urusniaga. 7

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERBANKAN ISLAM ASAS AQIDAH & IBADAH ASAS SYARIAH ASAS AKHLAK 8

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERBANKAN ISLAM 1) ASAS AQIDAH & IBADAH (Faith and Belief Basis) • Aqidah asas pengabdian kepada Allah • Manusia perlu tunduk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah selaku pemilik mutlak harta. 9

Sambungan … • Aqidah asas dalam pengurusan harta. • Allah pemilik mutlak. Segala aset harta dana bank adalah milik Allah secara mutlak. • Individu yang berurusan dengan bank pada hakikatnya sedang berurusan dengan amanah Allah. 10

2) ASAS SYARIAH DALAM URUS NIAGA (SYARIAH BASIS) • Urus niaga perbankan Islam sebagai ibadah • Aktiviti ekonomi adalah ibadah – • Setiap urus niaga melibatkan balasan pahala atau dosa daripada Allah. 11

3) ASAS AKHLAK DALAM URUS NIAGA • Kaitan akhlak dalam urus niaga: Akidah tidak mantap dan syariat tidak akan terlaksana jika individu tidak memiliki akhlak mulia. • Spirit dalam melakukan urus niaga. • Jaminan (mendapat keredaan Allah, kepercayaan umum, keadilan, kebajikan, dan kesejahteraan ekonomi). 12

HUKUM-HUKUM MUAMALAT DALAM PERBANKAN ISLAM Wajib: cari rezeki untuk keluarga secara halal Haram: urus niaga melibatkan riba Sunat: pinjaman kebajikan (al-Qardhul Hasan) Makruh: meminjam/menggadai tanpa tujuan, belanja secara berlebihan/boros Harus: memilih dan membuka pelbagai jenis akaun 13

URUS NIAGA RIBA • Definisi Riba: Pertambahan kadar atau nilai dalam urus niaga yang melibatkan penangguhan tempoh bayaran atau jual beli secara hutang. • Nilai bayaran melebihi pinjaman ketika tangguh tempoh dalam urus niaga hutang. 14

JENIS RIBA 1. Al-Nasi’ah: • Pertambahan kerana tangguh bayaran maka terpaksa bayar lebih daripada jumlah pinjaman. • Contoh, pinjam RM 1000 bayar balik RM 1200 dalam tempoh enam bulan. 2. Al-Fadhl: • Pertambahan dalam pertukaran barang melalui sistem barter: tukar barang yang sama jenis tetapi berlainan kualiti. • Contoh: pinjam 10 kg beras AAA dan bayar dengan 15 kg beras Super Tempatan). 15

CIRI-CIRI RIBA AL-NASI’AH 1. Jumlah bayaran balik adalah lebih daripada jumlah pinjaman. 2. Penentuan bayaran tambahan berasaskan masa dan penangguhan (bulan dan % keuntungan). 3. Ada persetujuan atas syarat tertentu untuk bayar lebih. 16

CIRI-CIRI RIBA AL-FADHL 1. Pertambahan di sebelah pihak. 2. Sukatan/timbangan tidak seimbang. 3. Contoh: Tukaran emas 10 dengan emas 916, beras Super Siam dengan beras Super Tempatan. 17

LARANGAN RIBA • Al-Quran secara tegas melarang orang mengambil keuntungan melalui riba. Antaranya dalam surah al. Baqarah, ayat 175. • Islam menjelaskan betapa bahayanya riba kepada kehidupan manusia, sehingga ada hadis yang mengutuk semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam kegiatan riba. "Rasulullah mengutuk pemakan riba, pemberinya, saksinya dan penulisnya. ” (Riwayat Abu Daud) 18

HIKMAH PENGHARAMAN RIBA • Bahaya riba dari sudut; 1 -aqidah – meyakini sistem riba lebih baik boleh merosakkan akidah. 2 -akhlak - membentuk sifat hina, bakhil, bangga, sombong, dengki, takut mati, tiada belas kasihan kepada orang fakir dan miskin, tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan. 3 -sosial - melahirkan rasa kebencian dan menghalang hubungan baik. 4 -ekonomi - kaut untung dgn tidak bermoral, menindas, melahirkan budaya kaum pemodal yang suka ambil kesempatan & kenaikan harga. 19

PRODUK PERBANKAN ISLAM - Matlamat dan sejarah perbankan Islam (rujuk nota kuliah 13). 1) Akaun Semasa / Akaun Simpanan (Al-Wadi’ah) Bank akan menerima wang simpanan daripada penyimpan dalam bentuk simpanan akaun semasa atau akaun simpanan di bawah hukum al-wadi’ah dan yad al-dhaman (kuasa jaminan). 2) Akaun Pelaburan (Al-Mudharabah) Bank menerima wang daripada pemodal (owner of fund) yang mencarum untuk tujuan melabur melalui bank dalam bentuk akaun pelaburan berasaskan hukum al-Mudharabah (berkongsi untung). 20

3) Al-Musyarakah (Join-Venture Profit Sharing) Transaksi perkongsian antara dua atau lebih pemegang modal untuk menjalankan sesebuah urusniaga atau pelaburan yang mereka bersetuju berkongsi menyumbangkan modal dan berkongsi untung rugi. 4) Al-Murabahah (Cost-Plus or Mark-up Price) Transaksi jualbeli barang antara penjual dan pembeli. Penjual menyatakan kos barangan yang akan dijualnya dan menyebutkan harga jualan setelah mencampurkan kos bayaran ansuran. 21

5) Al-Bai bi Thaman Ajil/BBA (Deferred Sale) Jualan dengan harga tertangguh, iaitu penjual menyerahkan barang jualan kepada pembeli tetapi pembeli menangguhkan bayaran harga dan berjanji membayarnya dengan bayaran ansuran. 6) Al-Ijarah (Leasing) Transaksi antara pemilik dengan penyewa ke atas sesuatu harta yang mana pemilik harta membenarkan penyewa mengguna, memperolehi manfaat dan perkhidmatan daripada harta tersebut dengan bayaran sewaan seperti yang dipersetujui bersama. 22

7) Al-Bai Al-Tijari (Trade Financing) Sewa jual sama dengan al-Ijarah, tetapi ditambah dengan peruntukan bahawa pemilik harta setuju menjual terus harta kepada penyewa dengan harga yang dipersetujui di samping jumlah bayaran sewaan. 8) Al-Ujrah (Upahan) Kontrak perjanjian antara pengambil upah dan pengupah. Pihak pengambil upah memberikan khidmat kerja dan pengupah membayar mengikut kadar yang dipersetujui. 23

9) Al-Wakalah (Agency) Seseorang atau bank yang diberi kuasa untuk melaksanakan tugas dengan jelas. Wang atau harta yang diamanahkan kepada wakil itu adalah mengikut hukum al-wadi’ah. Wakil boleh mengguna wang itu atas hukum al-ijarah sesuai dengan khidmat perwakilan yang diberikan. 10) Al-Qard Al-Hasan (Pinjaman Kebajikan) Pinjaman antara dua pihak tanpa sebarang syarat faedah dalam tempoh dan jumlah yang tertentu. 24

11) Al-Rahn (Gadaian) Pihak pajak gadai menerima barang gadaian daripada penggadai berdasarkan hukum al-wadi’ah dan alijarah. Biasanya melibatkan emas. 12) Al-Kafalah (Jaminan Hutang) Perjanjian antara penjamin dengan penerima jaminan. Penjamin menerima tanggungjawab menjelaskan hutang orang yang dijamin sekiranya orang itu gagal menjelaskannya dengan syarat hutang itu adalah hutang yang sah dan wajib dibayar. 25

13 -Pembiayaan Perbankan Islam & Surat Bank a) Surat Kredit (Letter of Credit) • Diperlukan oleh mereka yang menjalankan perniagaan mengimport barang di luar negara. Dikeluarkan berdasar pilihan pelanggan mengikut hukum al-Wakalah atau al. Musyarakah atau al-Murabahah. b) Surat Jaminan (Letter of Guarantee) • Dikeluarkan kepada pelanggan berhubung dengan tanggungjawabnya ke atas hutang/tender sesuatu projek mengikut hukum al-kafalah. Pelaksanaannya mestilah ada deposit yang diperlukan oleh bank dan komisyen yang akan dikenakan ke atas pelanggan. 26

ZAKAT DALAM EKONOMI ISLAM • Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada orang tertentu dengan syarat tertentu. • Pengeluaran zakat dalam Perbankan Islam adalah satu ciri penting perbankan Islam. • Zakat dibayar mengikut zakat perniagaan yang melibatkan cukup nisab (kadar minimum wajib zakat) dan tempoh setahun (haul). 27

Statistik Pembayar Zakat (2008 & 2009) Mengikut Jenis Zakat di Johor Sumber dari www. maij. gov. my

Graf Pengagihan Zakat Negeri Johor

TAKAFUL/INSURAN ISLAM Tauhid Sebagai Tunjang • Sistem insuran Islam (al-takaful) bertunjangkan tauhid, bermatlamat mencapai keredaan Allah S. W. T (mardatillah) melalui usaha bersungguh-sungguh bagi memakmurkan bumi. • Ia tidak bersifat menindas atau mencari keuntungan semata-mata hingga melanggar etika dan moral dalam mencapai kejayaan kerana pencapaian mardatillah (keredaan Allah) mengatasi lain-lain matlamat sampingan. 30

Pengamalan Konsep Ihsan • Umumnya, ihsan bermakna berbuat baik dan melakukan sesuatu dengan sebaiknya. • Berdasarkan hadis ketika baginda ditanya malaikat Jibril tentang Ihsan. Rasulullah (saw) menjawab “Beribadahlah kamu bagaikan kamu melihat Allah S. W. T dan jika kamu tidak merasakan begitu sesungguhnya Allah S. W. T sentiasa melihat kamu”. 31

Persaudaraan Islam Sebagai Asas Takaful • Antara asas ajaran Islam ialah menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia yang keduanya perlu dijaga secara serentak untuk memastikan kejayaan manusia di dunia dan akhirat. • Penafian salah satu daripadanya akan mengakibatkan manusia menerima kehinaan Allah di mana sahaja mereka berada. • Hubungan manusia sesama manusia adalah semulajadi dan amat perlu demi kehidupan yang ideal. 32

Sambungan. . . • Persaudaraan mendorong kepada lahirnya kesediaan saling membantu, saling melindungi, saling bertanggungjawab, berkorban dan sentiasa memastikan keselamatan masyarakat terjamin. • Konsep al-takaful, persaudaraan, pengorbanan, saling membantu dan saling bekerjasama adalah berkait rapat antara satu sama lain, maka pengamalan konsep-konsep tersebut adalah amat perlu. 33

PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL Saling Bekerjasama Konsep Pengorbanan Saling Bertanggungjawab Prinsip Keselamatan Saling Melindungi 34

PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL 1) Saling Bekerjasama • Manusia adalah makhluk sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, mereka perlu bekerjasama. 2) Saling Bertanggungjawab • Sikap ini amat perlu untuk melahirkan generasi yang teguh dan kukuh dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin “sophisticated”. 3) Saling Melindungi • Perlaksanaannya menuntut agar yang kuat melindungi yang lemah, pemimpin melindungi kebajikan dan keamanan yang dipimpin, si kaya melindungi si miskin, lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan keluarganya, dan seumpamanya. 35

sambungan … 4) Prinsip Keselamatan • Keamanan dan keharmonian merupakan dua aspek jaminan keselamatan yang amat diperlukan oleh manusia. • Antara matlamat penting perutusan para rasul kepada manusia ialah menjanjikan keselamatan di dunia dan akhirat. • Tidak hanya terbatas kepada keselamatan diri malah termasuk keselamatan ahli keluarga dan masyarakat. • Maksud hadis "Tidak masuk syurga seseorang itu selagi jirannya tidak selamat daripada perbuatan jahatnya". 36

sambungan … 5) Konsep Pengorbanan • Kisah pengorbanan anak-anak Nabi Adam dan Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail menggambarkan betapa melakukan pengorbanan dengan ikhlas dan penuh ketakwaan merupakan satu tuntutan. • Boleh dibuat ke atas perkara yang kita miliki (harta, masa, tenaga mahupun jiwa). • Dalam banyak ayat al-Quran, Allah mengaitkan perbuatan berkorban dengan keimanan. 37

Perbezaan Asas Dalam Operasi Takaful & Insuran Konvensional 1) Aspek Akad 5) Aspek Tabungan & Pelaburan 4) Aspek Maisir (Perjudian) 2) Aspek Gharar (Ketidakpastian) 38 3) Aspek Riba

1 - Aspek Akad • Takaful-risiko tidak • Insuran-berdasarkan dipindahkan kepada perjanjian dan struktur syarikat takaful tetapi kontrak jual beli. Pembayar berkonsepkan kerjasama polisi berfungsi sebagai antara peserta, iaitu mereka pembeli jaminan terhadap membuat jaminan bersama sebarang risiko yang terjadi ke atas risiko yang wujud. kepada barangan yang diinsurankan sementara • Konsep tabarru‘ meletakkan pihak syarikat insuran syarikat takaful sebagai berperanan sebagai pembeli pengelola tabung atas dasar risiko dengan menanggung mudarabah dan sebarang kerugian yang tuntutan akan dibayar mungkin dihadapi pembeli melalui tabung yang telah polisi ke atas barangannya. ditubuhkan bersama. 39

2 - Aspek Gharar (Ketidakpastian) • Takaful-berasaskan • Insuran-berasaskan konsep tabarru' (derma konsep jualbeli maka tabungan) yang dapat aspek yang diakadkan hindari sebarang unsur menjadi persoalan ketidakjelasan/gharar kerana tidak jelas, dalam perjanjian takaful. khususnya wang premium yang berupa pembayaran terhadap perkara yang tidak pasti wujudnya (kemalangan). 40

3 - Aspek Riba • Takaful-Unsur riba tidak • Insuran-wujud unsur wujud kerana Lembaga riba dalam pelaburan Pengawasan Syariah yang dibuat ke atas memantau program premium yang dibayar pelaburan syarikat. oleh pemegang polisi dan biasanya tidak • Operasi berasaskan dipantau oleh Lembaga sistem Pengawasan Syariah. tabarru’/sumbangan ahli yang dilaburkan dalam perniagaan yang sesuai dengan syariah. 41

4 - Aspek Maisir • Takaful-unsur maisir tidak wujud kerana pelaksanaannya berteraskan konsep almudarabah (perkongsian untung rugi). • Insuran-wujud unsur maisir kerana syarikat insurans konvensional berperanan sebagai ‘bank pertaruhan’ dengan menerima premium serta berjanji membayar sebarang gantirugi jika berlaku kemalangan. 42

5 - Aspek Tabungan & Pelaburan • Takaful-premium adalah • Insuran-segala premium dan milik peserta bagi keuntungan pelaburan menampung sebarang risiko adalah milik syarikat. kemalangan. • keuntungan daripada pelaburan akan dipulangkan kepada peserta dalam bentuk dividen dan dibahagikan menurut peratusan yang dipersetujui bersama. • mengambil berat persoalan halal dan haram sesuatu pelaburan. 43

sambungan … 4) Prinsip Keselamatan • Keamanan dan keharmonian merupakan dua aspek jaminan keselamatan yang amat diperlukan oleh manusia. • Antara matlamat penting perutusan para rasul kepada manusia ialah menjanjikan keselamatan di dunia dan akhirat. • Tidak hanya terbatas kepada keselamatan diri malah termasuk keselamatan ahli keluarga dan masyarakat. • Maksud hadis "Tidak masuk syurga seseorang itu selagi jirannya tidak selamat daripada perbuatan jahatnya". 44

sambungan … 5) Konsep Pengorbanan • Kisah pengorbanan anak-anak Nabi Adam dan Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail menggambarkan betapa melakukan pengorbanan dengan ikhlas dan penuh ketakwaan merupakan satu tuntutan. • Boleh dibuat ke atas perkara yang kita miliki (harta, masa, tenaga mahupun jiwa). Dalam banyak ayat al. Quran, Allah mengaitkan perbuatan berkorban dengan keimanan. 45

Perbezaan Asas Dalam Operasi Takaful Dan Insuran Konvensional • 1. 2. 3. 4. 5. Dari segi aplikasi konsep, ia menyentuh perkara-perkara asas dalam sistem ekonomi Islam seperti elemen-elemen; aqad (kontrak) gharar (ketidakpastian) riba’ maisir (perjudian) persoalan tabungan & pelaburan 46

1 - Aspek Akad • Takaful-risiko tidak • Insuran-berdasarkan dipindahkan kepada perjanjian dan struktur syarikat takaful tetapi kontrak jual beli. Pembayar berkonsepkan kerjasama polisi berfungsi sebagai antara peserta, iaitu mereka pembeli jaminan terhadap membuat jaminan bersama sebarang risiko yang terjadi ke atas risiko yang wujud. kepada barangan yang diinsurankan sementara • Konsep tabarru‘ meletakkan pihak syarikat insuran syarikat Takaful sebagai berperanan sebagai pembeli pengelola tabung atas dasar risiko dengan menanggung mudarabah dan sebarang kerugian yang tuntutan akan dibayar mungkin dihadapi pembeli melalui tabung yang telah polisi ke atas barangannya. ditubuhkan bersama. 47

2 - Aspek Gharar • Takaful-berasaskan • Insuran-berasaskan konsep tabarru' (derma konsep jualbeli maka tabungan) yang dapat aspek yang diakadkan hindari sebarang unsur menjadi persoalan ketidakjelasan/gharar kerana tidak jelas, dalam perjanjian takaful. khususnya wang premium yang berupa pembayaran terhadap perkara yang tidak pasti wujudnya (kemalangan). 48

3 - Aspek Riba • Takaful-Unsur riba tidak • Insuran-wujud unsur wujud kerana Lembaga riba dalam pelaburan Pengawasan Syariah yang dibuat ke atas memantau program premium yang dibayar pelaburan syarikat. oleh pemegang polisi dan biasanya tidak • Operasi berasaskan dipantau oleh Lembaga sistem Pengawasan Syariah. tabarru’/sumbangan ahli yang dilaburkan dalam perniagaan yang sesuai dengan syariah. 49

4 - Aspek Maisir • Takaful-unsur maisir tidak wujud kerana pelaksanaannya berteraskan konsep almudarabah (perkongsian untung rugi). • Insuran-wujud unsur maisir kerana syarikat insurans konvensional berperanan sebagai ‘bank pertaruhan’ dengan menerima premium serta berjanji membayar sebarang gantirugi jika berlaku kemalangan. 50

5 - Aspek Tabungan & Pelaburan • Takaful-premium adalah • Insuran-segala premium dan milik peserta bagi keuntungan pelaburan menampung sebarang risiko adalah milik syarikat. kemalangan. • keuntungan daripada pelaburan akan dipulangkan kepada peserta dalam bentuk dividen dan dibahagikan menurut peratusan yang dipersetujui bersama. • mengambil berat persoalan halal dan haram sesuatu pelaburan. 51
- Slides: 51