Maksud � D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M) � Unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Contohnya Frasa Nama Diterangkan (D) Menerangkan (M) orang lelaki askar Melayu kelapa sawit baju kemeja pam angin penulis buku guru bahasa jentera pendingin serbuk perasa lampu gas Sabarudin Tukang kasut
Huraian � Penggunaan susunan unsur FN yang bertentangn dengan peraturan D-M salah dan tidak diterima seperti contoh berikut ekrana intinya terletak di bahagian belakang: � Aminah Restoran � Gigi Klinik � Koh Klinik � Militari Polis � Keriting Rambut Salon � Tenggara Asia
Kekecualian Hukum D-M � Penerang mendahului unsur yang diterangkan boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan…
Contohnya Frasa Nama Penerang (M) Yang Diterangkan (D) Perdana menteri Timbalan menteri Naib presiden Naib yang dipertua Naib canselor Timbalan pengerusi Pembantu penyelidik ibu pejabat
Latihan � Bincangkan frasa nama yang salah penggunaannya dalam kalangan masyarakat Malaysia. � Contoh: cili sos (sos cili), goreng pisang (pisang goreng)